Certot

Mari bersukan!

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoSukan 16

Hari ini, Azira ke taman untuk bersenam dan bersukan.

Sudah menjadi rutin hariannya apabila tiba hujung minggu,dia akan ke taman untuk bersenam bersama rakan baiknya, Mya.

Azira masih belum melihat kelibat Mya di taman.

Dia mengambil keputusan untuk duduk sebentar di bangku yang disediakan di taman itu.

Azira melihat ramai orang yang berada di taman pada hari itu. Tapi, bukan untuk melakukan aktiviti yang sihat! Mereka hanya sibuk dengan gajet masing-masing sambil duduk goyang kaki!

Amboi! Seronok betul. Duduk goyang kaki sahaja.

Azira menggeleng-geleng melihat kelakuan sesetengah masyarakat yang kurang melakukan aktiviti yang sihat.

Kebetulan ketika itu Mya baru sahaja tiba. Dia segera menegur Azira.

“Hai, Azira!” sapa Mya.

“Oh, hai Mya!” balas Azira.

“Huh!” Azira mengeluh panjang.

“Mengapa, Azira?” soal Mya yang pelik melihat reaksi kawannya itu.

“Awak tengoklah tu. Masyarakat zaman sekarang ni asyik sibuk dengan gajet masing-masing! Bukannya mahu melakukan aktiviti yang sihat,” kata Azira.

Mya hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Azira.

“Betul. Sebab tu, kita yang remaja ni kena tunjuk contoh yang baik untuk kanak-kanak,” sambung Mya.

“Sudahlah, mari kita melakukan regangan,” kata Azira.

Lalu, setelah selesai melakukan regangan, Azira dan Mya pun berjoging sebanyak dua pusingan.

“Eh, itu Aisyah, Muni, Syaf, dan Ina kan,” kata Azira.

“Yelah. Jom kita tengok apa diaorang buat,” kata Mya.

“Eh, Azira dan Mya. Hai, kamu buat apa di sini?” soal Muni.

“Oh, kita orang tadi berjoging,” terang Azira.

“Oh, ye ke. Hah, kita orang nak main bola baling. Nak main sekali?” soal Aisyah.

“Erm… boleh juga,” balas Mya.

Mereka semua bermain dengan gembira sekali. Selesai bermain, mereka berehat sebentar.

“Wah, Azira awak memang pandai main bola baling. Boleh awak masuk pasukan sekolah,” puji Ina.

“Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Korang pun apa kurangnya,” kata Azira pula.

“Seronok kan, bersukan dan bersenam ni,” kata Syaf.

“Betul tu. Kita pun akan menjadi lebih sihat,” tambah Mya.

“Mari bersukan!” sorak mereka semua.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: