Certot

Manisnya Berkawan!

Hasil nukilan Nuha Nabiha 2 years agoFiksyen 62

“Mia, jom makan?” tanya Mira.

“Mia tak mahu. Mia dah kenyang,” kata Mia.

“Ala, bolehlah? Kalau tak nak makan tidak mengapa. Mia boleh tengok Mira makan. Hehehe!” gelak Mira.

“Mia tetap tidak mahu. Mia takut,” kata Mia.

“Kenapa?” tanya Mira.

“Mia selalu kena ejek dengan kumpulan Best Girls. Mereka mengata Mia macam-macam. Miskinlah, gemuklah. Mia risau Mia akan terserempak dengan mereka lagi. Lalu mereka mengata Mia lagi,” kata Mia.

“Tidak mengapa, satu hari nanti mereka akan terima balasannya akibat mengejek Mia. Mereka memang perangai macam tu. Perasan cantik, gedik, dan berlagak. Sebab itu, satu sekolah menyampah dengan kumpulan itu. Kecuali budak lelaki yang tergilakan kumpulan itu. Hmm… jika Mia masih berdegil tidak mahu pergi ke kantin, Mira tidak mahu kawan dengan Mia!” ugut Mira.

Mia mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Dia perlu mengikut kawannya itu pergi ke kantin. Jika Mia tidak mahu pergi ke kantin, alamatnya dia perlu memujuk kawannya berkali-kali. Mira memang kuat merajuk. Sekali permintaannya tidak ditunaikan, terus merajuk sampai sebulan tidak bertegur sapa. Hai, pening kepala Mia melayan karenahnya.

“Hmm baiklah. Jom kita pergi ke kantin,” kata Mia.

“Jom! Perut Mira sudah menyanyi dangdut ni!” kata Mira.

Lalu mereka menuju ke kantin. Dalam menuju ke kantin, mereka terserempak dengan kumpulan Best Girls, kumpulan paling popular di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Impian.

“Alamak nasi lemak! Hai, tidak sangka aku terserempak dengan badak sumbu ni,” kata Shamira disambut dengan gelak ketawa oleh kawan-kawannya.

“Kalau kau ke sekolah semata-mata untuk mengejek dan membuli orang, baik kamu semua tidak payah pergi ke sekolah. Kenapa kamu tidak pergi ke shopping mall sahaja? Kamu semua kan pemalas, asyik tak siap kerja sekolah sahaja,” kata Mira.

“How dare you! Kau memang kurang ajar. Siapa nama kau dan kau dari kelas mana?” tanya Farihah, si hitam manis tetapi masih cantik.

“Mira, kelas 5 Anggerik,” kata Mira.

“Oh, inilah budak yang sedang mencabar aku. Kau nak kena ni?” tanya Shamira sambil menunjukkan penumbuk bersaiz S namun menjanjikan kesakitan yang maksima apabila terkena.

“Aku tidak mahu. Sudahlah Mia, kita pergi tempat lain. Buang masa lain mereka ni!” kata Mira lalu menarik tangan Mia pergi ke taman herba milik sekolahnya.

Mia dibawa ke taman herba untuk menenangkan fikiran mereka berdua. Setelah 15 minit berlalu, Mia pun menegur Mira.

“Mira, Mia mahu mengucapkan terima kasih kerana mempertahankan Mia daripada kena ejek dengan kumpulan Best Girls,” kata Mia.

“Tidak mengapa. Mira sanggup buat apa sahaja demi Mia. Lagipun Mia, best friend forever memang kena sentiasa saling mempertahankan diri orang lain. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri,” kata Mira sambil tersenyum.

“Terima kasih kerana sudi menjadi kawan Mia. Mia rasa alangkah manisnya berkawan dengan Mira,” kata Mia.

“Sama-sama,” kata Mira.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: