Certot

Manis

Hasil nukilan Aisyah Sara 2 years agoSukan 108

PRIT!

    Wisel berbunyi menandakan perlawanan bermula. Aku yang bermain pada posisi centre segera melontarkan bola kepada Zya. Pada mulanya gelanggang permainan dikuasai oleh pasukanku. Tetapi kerana pasukanku telah banyak menjaringkan bola, pasukanku mula bermain sambil lewa. Kesempatan ini diambil oleh pasukan lawan untuk merampas bola. Pihak lawan terus mengasak untuk menguasai permainan. Pasukanku sedikit terkejut dengan kemaraan pasukan lawan yang sedaya upaya menjaringkan gol. Namun pasukanku sedikit lega kerana tiada satu bola pun yang berjaya membolosi jaring pihakku. Penjaga gol pasukanku walaupun bertubuh kecil, tetapi lincah mempertahankan gol.

PRIT!

Wisel kedua berbunyi bermakna tamat separuh masa pertama. Pasukanku berkumpul bersama pengurus pasukanku.

“Tadi saya tengok ada antara kamu yang bermain secara sambil lewa,” ujar Cikgu Shah dengan nada sedikit tegas. “Lepas ni saya tak nak tengok ada yang bermain macam tu lagi. Faham?” sambung Cikgu Shah lagi.

“Maafkan kami, cikgu. Selepas ni kami tak akan buat lagi,” ujarku mewakili rakanku yang hanya menundukkan muka tanda bersalah.

Kami terus berbincang tentang strategi yang akan kami lakukan. Sedang asyik kami berbincang, terdengar pengumuman.

“Perhatian… kepada pasukan bola jaring Sk Alam Damai dan Sk Taman Tiara, sila berkumpul di gelanggang permainan kerana perlawanan separuh masa kedua akan bermula sebentar lagi. Harap maklum.” Suara Cikgu Aida selaku pengadil bagi perlawanan ini bergema di padang 1.

“Cikgu, kami semua pergi dulu. Cikgu doakan kami menang. Maafkan kami tentang tadi,” kata yang keluar dari mulut Iqlima membuat kami ketawa.

Sebelum pasukanku menuju ke gelanggang, kami berdoa bersama-sama lalu bersalaman dengan Cikgu Shah. Kami segera berlari anak menuju ke gelanggang permainan.

Permainan dimulakan sekali lagi. Kini, kami bertekad untuk menunaikan permintaan Cikgu Shah. Selama tujuh minit kami bermain, kami telah berjaya menjaringkan sebanyak lapan gol. Setiap kali gol dijaringkan, aku akan melemparkan pandangan kepada Cikgu Shah di luar padang.

Tapi kali ini, ketika aku memandangnya, aku melihat Cikgu Shah sedang memegang kepalanya. Beberapa ketika kemudian, aku melihat Cikgu Shah terduduk. Aku mengangkat tangan sebagai tanda meminta permainan dihentikan seketika, lalu pasukkanku berlari mendapatkan pengurus pasukanku.

“Cikgu… cikgu ok ke tak? Cikgu mahu saya panggilkan guru lain?” soal Niza dengan keadaan cemas.

“Erm tak payah. Cikgu nak kamu teruskan permainan sekarang. Jangan risaukan cikgu.” Cikgu Shah cuba menunjukkan wajah tetang, tetapi aku dapat melihat kesakitan yang sedang dialami.

Permainan disambung semula. Melalui ekor mata, aku melihat Cikgu Shah dipapah oleh dua orang guru yang lain menuju ke keretanya lalu dibawa pergi entah ke mana.

Pasukanku bermain dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, setelah hampir 15 minit bermain, pasukanku berjaya membolosi gol pihak lawan dengan markah 13:0.

Prit!

Sekali lagi wisel ditiup. Kali ini wisel menandakan tamatnya permaianan. Kami bersorak kegembiraan kerana percaya kami akan menang.

“Baiklah. Kini tamatlah sudah perlawanan kita di peringkat akhir peringkat daerah. Semua pasukan sila berkumpul di dewan sebelah kanan padang untuk acara penyampaian hadiah.  Terima kasih,” umum Cikgu Aida.

Pasukanku bersalaman dengan pihak lawan sebelum beredar meninggalkan gelanggang lalu menuju ke dewan yang dimaksudkan Cikgu Aida.

“Argh… tak sabarnya saya,” kata Ain.

Aku menolak daun pintu dewan tersebut lalu masuk ke dalam. Pasukkanku terus mengambil tempat duduk di bahagian pemain. Kami duduk dalam satu barisan.

“Setelah penat kamu bersaing, pastinya kamu ternanti-nantikan keputusan. Betul?” ujar pengerusi majlis. 

“Tanpa membuang masa, saya menjemput Pengerusi Karnival Bola Jaring peringkat negeri iaitu puan Marzasella untuk menyampaikan piala, pingat, serta sijil penyertaan. Dipersilakan,” sambungnya lagi.

“Diumumkan… tempat ketiga dimenangi oleh SK Intan Baiduri. Tahniah diucapkan. Seterusnya kita akan terus mengumumkan johan dan secara tidak langsung sekolah yang tidak disebut akan bergelar naib johan. Johan Karnival Bola Jaring Peringkat Negeri tahun 2015 dirangkul oleh… SK Alam Damai! Tahniah! Jadi secara tidak langsung  SK Taman Tiara mendapat tempat naib johan.

Kami beratur mengambil hadiah dan piala kemenangan. Ketika menjulang piala, air mataku bergenangan. “Alhamdullilah, tapi sedih sangat.” Suaraku didengari oleh Iqlima.

“Kenapa Syah? Awak ada masalah? Kalau ada, beritaulah kami,” soal Iqlima kepadaku.

“Tak adalah. Saya sedih sebab cikgu tak dapat tengok saat-saat yang menggembirakan ni,” ujarku dengan sebak.

Kami turun dari pentas lalu menghampiri Cikgu Juliana selaku penolong pengurus pasukanku yang sedang menanti berdekatan pintu keluar.

“Tahniah semua. Kamu sudah membuktikan kebolehan pasukan kita boleh,” ujar Cikgu Juliana.

“Terima kasih cikgu. Boleh tak cikgu bawa kami melawat Cikgu Shah?” soal Niza.

“Jom. Takut nanti jalan jem pula,” jawab Cikgu Juliana

Kami menuju ke van yang bersedia menanti di hadapan sekolah. Setelah semua menganmbil tempat duduk, van terus meninggalkan perkarangan sekolah menuju ke hospital.

Kira-kira 30 minit kemudian….

Kami sampai di hospital. Kami terus ke wad yang menempatkan Cikgu Shah.

“Cikgu… kami berjaya! Kami gembira sangat!”

Seorang jururawat menunjukkan jari ke bibir meminta kami senyap.

“Alhamdullilah. Cikgu bangga dengan kamu semua. cikgu ada sesuatu nak beritahu kalian,” ujar cikgu Shah sambil tersenyum.

“Apa dia?” ujar Iqlima tidak sabar.

“Cikgu mengandung dah tiga minggu. Baru tahu tadi. Jadi lepas ni kamu semua kena jadi mak cik pula,” ujar Cikgu Shah sambil diikuti ketawanya.

“Cikgu… tahniah! Lepas satu kejutan, satu lagi kejutan. Lepas ni cikgu tak bolehlah nak latih kami dah. Apa pun, tahniah cikgu!”

Walaupun peristiwa ini sudah hampir setahun. Namun tidak akan aku lupakan kerana ini kenangan termanis buat hidup. Aku sudah menjadi mak cik kepada dua orang bayi. Kenapa dua? Sebab cikgu Shah melahirkan bayi kembar. ‘Bayi sukan’ itulah yang kami panggil untuk si kembar. Manis. Memang manis kenangan itu. Alhamdulillah.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: