Certot

Mamaku Wiraku

Hasil nukilan Amani 1 year agoSuperhero

Kring!

Loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran telah tamat. Saya, Nur Aryana atau panggilan mesra, Yana bersama Melina bergegas menuju ke pondok bas. 

Di pondok bas….

“Yana, Cikgu Jefri ada anjurkan Pertandingan Smart Bowling 2016 di Giant. Saya mahu sertai pertandingan itu. Kamu bagaimana?” ujar Melina.

“Saya mahu sertai juga. Tetapi, saya perlu bertanya kepada ibu saya, Puan Rokiah dahulu. Saya pulang dahulu, Melina. Ayah saya sudah tiba,” ujar Yana pula.

*****

Setibanya di rumah, Yana terus menerpa ke arah ibunya.

“Mama, Yana mahu sertai Pertandingan Smart Bowling 2016 di Giant, boleh?” ujar Yana.

“Yana, mama tidak benarkan kamu menyertai pertandingan itu. Mama risau jikalau perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada kamu. Mama minta maaf, Yana,” ujar ibunya.

“Mama jangan risau. Yana janji akan jaga diri baik-baik. Melina pun ada,” ujar Yana bersungguh-sungguh untuk meyakinkan ibu kesayangannya itu.

“Yana, mama tidak benarkan. Walau apa pun yang terjadi, Yana tidak dibenarkan untuk sertai pertandingan itu. Faham, Yana?” ujar ibunya dalam nada yang sedikit kasar.

“Ini tidak adil. Yana mahu sertai juga. Mama tidak pernah faham Yana. Yana perlu ada kemajuan dalam hidup Yana. Mama, tolong faham perasaan Yana. Mama, Yana merayu pada mama,” ujar Yana dengan muka yang merah padam menahan marah.

Puan Rokiah berlalu pergi dengan perasaan bercampur-baur.

*****

Keesokan harinya.

“Yana, selamat pagi. Ibu saya, Puan Hamidah benarkan saya sertai pertandingan itu. Nanti kita pergi jumpa Cikgu Jefri untuk pendaftaran,” ujar Melina.

“Baiklah,” ujar Yana sepatah.

Mereka berlalu untuk masuk ke kelas masing-masing.

Pada waktu rehat.

“Cikgu Jefri, kami berdua ingin menyertai pertandingan itu,” ujar Melina kegirangan.

Mereka menulis nama mereka di atas sehelai kertas.

*****

Pada hari pertandingan….

“Yana, sekarang giliran kamu. Buat yang terbaik untuk menang. Yana perlu ada kemajuan dalam hidup Yana,” ujar Melina dan rakan-rakannya.

Tiba-tiba….

Yana tergelincir. Bola bowling yang dipegangnya hampir menghempap tangannya. Namun, seorang wanita berbaju kurung terus menangkap bola itu dan membantu Yana untuk bangun. 

Setelah Yana sedar…

“Siapa yang selamatkan aku?” ujar Yana separuh sedar.

“Mama,” ujar Puan Rokiah mencelah.

*****

Di rumah Yana….

“Maafkan Yana, mama. Yana tahu Yana salah. Yana yang pentingkan diri. Yana yang tidak faham perasaan mama,” ujar Yana sambil menangis.

“Anakku sayang, Yana tidak pernah salah dalam hati mama. Mama sayang Yana sepanjang masa. Memang benar, Yana perlu ada kemajuan dalam hidup Yana. Kejadian ini merupakan satu pengalaman untuk Yana berhati-hati. Yana masih dapat majukan hidup Yana,” ujar Puan Rokiah sambil tersenyum.

“Terima kasih, mama. Yana pun sayang mama. Mama Yana adalah Wira Yana selamanya,” ujar Yana sambil berpelukan dengan ibunya.  

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: