Certot

Mamaku Superhero

Hasil nukilan Alif Najmi 1 year agoSuperhero

  Seorang remaja yang bernama Alfi berusia 15 tahun. Bapanya telah meninggal dunia dua tahun yang lalu akibat serangan jantung. Tinggallah dia dengan mamanya. Dia sangat nakal dan selalu melawan cakap mamanya itu.

“Alfi, mari makan. Mama sudah siapkan sarapan untuk kamu,” panggil Puan Azlina. 

“Mama masak apa hari ini? Nasi goreng lagi?” tanya Alfi.

“Ya, hari ini mama masak nasi goreng kesukaan kamu. Jemputlah makan,” jawab Puan Azlina.

“Kau suruh aku makan nasi goreng yang tidak sedap ini! Jangan harap aku akan makan nasi goreng yang langsung tidak setaraf dengan aku,” kata Alfi dengan biadab.

“Mama minta maaf Alfi, mama hanya mampu menyediakan nasi goreng untuk kamu. Keluarga kita miskin, ayah kamu sudah tiada,” ujar Puan Azlina sambil menitiskan air mata. 

Alfi langsung tidak menghiraukan mamanya yang sedang menitiskan air mata itu. Alfi berjalan  keluar. 

Puan Azlina memegang tangan anaknya dan berkata, “Alfi mahu ke mana? Janganlah tinggalkan mama. Biar mama ikut kamu, ya.” Azlina sambil mengelap air mata. 

“Ah, tepilah!” kata Alfi dengan garang dan menolak mamanya sendiri. Puan Azlina sangat sedih kerana anaknya sanggup menolaknya. 

“Mama kena sediakan nasi ayam untuk Alfi sebagai makanan tengah hari ini. Kalau tidak, Alfi tidak akan mengaku yang mama adalah mama Alfi. Faham?” Alfi berkata lalu terus keluar dari rumah.

*****

Di Cyber Cafe.

“Kau tahu, mama aku bagi aku sarapan nasi goreng sahaja. Ish, tidak sinonim dengan aku langsung,” kata Alfi pada kawannya. 

“Memang tidak sinonim,” kata kawan Alfi. Rupa-rupanya Alfi dan kawannya ponteng sekolah.

“Hmm… betul kata kau, Rayyan. Tidak patut mama Alfi sediakan nasi goreng sebagai menu sarapan. Patutnya sediakan spagetti, burger, atau Ppasta. Barulah setaraf dengan kau,” kata kawan Alfi yang bernama Muhkriz. 

“Memang patut pun mama aku sediakan makanan yang kau cakap tadi, barulah sinonim dengan aku. Ini nasi goreng, beri pengemis sahaja,” kata Alfi sambil menghina ibunya sendiri.

“Eh Alfi, mari pergi tengok wayang. Aku bosanlah, marilah,” pelawa Rayyan. 

“Haah, marilah Alfi. Takkanlah kita mahu duduk di sini sahaja.” Muhkriz menerima pelawaan Rayyan dan mengajak Alfi sekali.

“Tetapi aku tidak membawa duit. Duit aku tertinggal dit rumah,” kata Alfi walaupun sebenarnya dia tiada wang. “

“Tidak mengapa. Hari ini, aku belanja kau tiket wayang,” kata Rayyan dengan bangga. Biasalah dia anak orang kaya.

“Betul kau mahu belanja aku?” tanya Alfi untuk mendapat kepastian.

“Ya, mestilah. Aku yang ajak kau, jadi aku kenalah belanja kau,” jawab Rayyan dengan senang. Sementara Muhkriz sedang menunggu jawapan Alfi.

“Okeylah. Aku ikut sekali, asalkan tidak kantoi,” kata Alfi dan menerima pelawaan Rayyan.

“Tidak mengapa, mesti tidak akan kantoi punya. Sebab dalam wayang gelap,” kata Rayyan sambil dalam keadaan yang yakin.

  Mereka bertiga pun berjalan menuju ke panggung wayang. Mereka membeli tiket dan selepas itu mereka membeli popcorn lalu terus masuk ke panggung wayang.

*****

  Puan Azlina sedih akan sikap anaknya yang biadab. Tidak sangka dia berbuat begitu pada mamanya sendiri. Puan Azlina teringat apa yang anaknya cakap sebelum dia keluar tadi. 

“Mama kena sediakan nasi ayam untuk Alfi sebagai makanan tengah hari ini. Kalau tidak, Alfi tidak akan mengaku yang mama adalah mama Alfi. Faham?”

  Itulah perkataan yang keluar daripada mulut Alfi kepada ibunya sendiri.

“Sampai hati Alfi buat mama begini. Apa salah mama sehingga Alfi bersikap seperti ini?” kata Puan Azlina sambil menitiskan air mata. 

Puan Azlina mengambil gambar suaminya. “Kalau abang masih hidup, pasti abang juga akan sedih atas sikap anak kita ini. Apa salah saya sehingga anak kita anggap saya seperti orang asing,” kata Puan Azlina.

*****

  Setelah habis menonton wayang….

Mereka bertiga keluar dari panggung tersebut dan berbual tentang cerita yang mereka tonton tadi. 

“Lawak betul cerita tadi,” Alfi berkata sambil ketawa terbahak-bahak.

  “Memang seronok betul cerita tadi,” kata Muhkriz dan ketawa terbahak-bahak seperti Alfi.

  “Lain kita pergi lagi, kau pula belanja aku,” kata Rayyan sambil mempelawa mereka lagi.

  “Boleh sahaja asalkan tidak kantoi,” kata Alfi sambil memberi peringatan kepada mereka berdua.

  Kelihatan seorang mak cik sedang berjalan menuju ke arah mereka dan memakai baju buruk. Rupa-rupanya itu ialah Mama Alfi. 

‘Alahai, apa mama aku buat di sini? Kalau dia nampak aku, habislah kantoi,’ kata Alfi dalam hati. 

“Eeee… buruknya baju dia,” kata Rayyan sambil menghina Puan Azlina.

  Puan Azlina ternampak anaknya, Alfi. “Alfi, apa Alfi buat ini? Alfi ponteng sekolah? Sejak bila Alfi pandai buat kerja ini? Cakap pada mama,” tanya Puan Azlina kepada mamanya.

  “Eh, siapa pengemis ini? Kenapa dia mengaku sebagai mama kau?” tanya Muhkriz kepada Alfi.

 “Tidak tahu, perempuan gila mana entah. Mari pergi dari sini,” kata Alfi sambil berlalu pergi.

  Dalam perjalanan pulang, dia berjalan seorang diri. Tiba-tiba dua orang lelaki ini menahan Alfi. Ternyata rupa-rupanya dua orang lelaki itu adalah perompak. 

“Heh, beri semua yang kau ada. Cepat!” kata seorang lelaki berbaju hitam itu. 

“Aku tidak ada apa-apa. Tolong! Tolong!” jerit Alfi untuk meminta tolong. 

“Siapa yang mahu menolong kau budak? Cepat berikan semua yang kau ada,” kata perompak sambil mengeluarkan pisau. Kebetulan Puan Azlina lalu di situ.

  Dia ternampak anaknya. “Ya Allah, Alfi!” jerit Puan Azlina. 

Puan Azlina menolak seorang perompak yang memegang pisau itu. “Cepat lari Alfi, cepat!” jerit Puan Azlina. Tetapi Puan Azlina tidak sempat lari kerana perompak yang ditolaknya tadi telah memegangnya. Manakala Alfi sempat melarikan diri. Perompak itu terus menikam Puan Azlina dengan pisau dan melarikan diri. 

“Mama!” Jerit Alfi dan terus berlari ke arah mamanya.

  “Mama, Alfi minta maaf. Maafkanlah Alfi,” Alfi berkata sambil memegang mamanya. 

“Mama sudah lama maafkan Alfi. Ini mama belikan kamu. Jadi anak yang baik dan jangan tinggal solat,” Puan Azlina berkata pada Alfi. Dia menarik nafas panjang, dan meninggal dunia di situ. 

Alfi melihat bungkusan yang ada di dalam plastik itu, dan melihat ada sebungkus nasi ayam. Alfi menyesal. 

“Terima kasih kerana selamatkan Alfi, mama. Mamaku superhero,” kata Alfi sambil menangis dan memeluk ibunya dengan erat.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: