Certot

Mamaku Superhero

Hasil nukilan Ahamd syahir 6 months agoSuperhero

Ketika di sekolah, Nadia menunggu ibunya di perhentian bas yang berhampiran dengan sekolah. 

Tiba-tiba seorang lelaki dewasa berjalan datang menghampiri dirinya.

 Lelaki dewasa itu berkata, “Mari ikut saya.” 

Nadia merasa kebingungan sementara kerana lelaki itu mengajaknya. Lalu dengan segera nadia berkata tidak. Tiba-tiba lelaki itu memegang tangan Nadia dan menariknya untuk melarikan Nadia.

Pada ketika itu, ibu Nadia sampai di sekolah. Ibu Nadia tidak tahu bahawa Nadia berada di perhentian bas. Ibu Nadia pun bertanya kepada pengawal keselamatan yang berada di pondok pengawal.

 Pengawal itu pun berkata, “Tadi saya ada nampak Nadia ke perhentian bas. Mungkin puan boleh cari dia di sana.”

Semasa ibunya pergi  ke perhentian bas, tiba-tiba dia terlihat ada seorang lelaki dewasa menarik Nadia. Namun Nadia masih selamat kerana ibunya sempat menarik tangannya.   

Ketika dia dan ibunya sampai di rumah, Nadia terpaksa mendengar serangan  leteran oleh ibunya. 

“Mengapa kamu tunggu di perhentian bas sedangkan ibu suruh kamu tunggu di pondok pengawal?” 

Selepas Nadia mendengar leteran ibunya, Nadia teringin untuk membahamkan bahan-bahan dan dikerat-kerat dijadikan tomyam sahaja.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: