Certot

Mamaku Seorang Spy?

Hasil nukilan Nilyanieh 1 year agoSuperhero

Pagi yang cerah di hujung minggu dihiasi dengan bunyi burung berkicaun dengan angin yang nyaman menyapa pipiku.

“Ainul sayang, bangu,” kejut mama nya, Puan Afirah atau nama panggilannya Puan Irah. 

“Yalah mama, Ainul bangun,” ujar Ainul dengan muka masih kelihatan mamai. “Mama, mengapa perlu bangun awal sedangkan hari ini hujung minggu?” tanya Ainul.

“Pergi mandi dahulu, nanti mama beritahu,” ujar mamanya dengan suara yang lembut. 

*****

Sesudah Ainul bersiap, dia menuruni tangga menuju ke meja makan. “Mama, papa. Mengapa Ainul perlu bangun awal?” tanya Ainul.

Ainul sudah berumur 12 tahun. Walaupun akan meningkat remaja, tetapi perangainya seakan-akan perangai budak-budak dengan mama dan papanya sahaja. Namun, sekirannya dengan orang yang dia masih belum kenal, garangnya seperti singa.

“Kami berdua ada kejutan,” ujar mama. 

“Kejutan apa?” tanya Ainul ingin tahu.

 “Tunggu malam nanti,” ujar papanya pula. 

“Mengapa bukan sekarang?” tanya Ainul dengan suara dibuat-buat merajuk. 

“Nanti tidak jadi kejutanlah,” jawab papanya.

“Assalammualikum!” suara orang memberi salam. 

“Waalikumussalam,” jawab mereka bertiga. 

“Eh! Kamu berempat mahu apa?” tanya Ainul. 

“Ish. Ainul ini sudah lupakah hari ini kita ada study group? Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) kian hampir,” ujar Ameer. 

“Minta maaf, saya terlupa. Marilah masuk. Kamu berempat boleh tunggu di bilik bacaan dahulu, saya mahu ambil buku,” pelawa Ainul.

“Kamu berempat pulang pukul berapa?” tanya mama Ainul. 

“Kira-kira pukul 5.00 petang,” ujar Danial. 

“Kalau begitu, aunty beritahu ibu bapa kamu yang kamu berempat pulang selepas makan malam. Aunty mahu masak untuk kamu semua,” ujar mama Ainul. 

“Terima kasih, aunty,” ujar mereka berempat.

*****

Di dalam bilik bacaan.

“Hari ini kita ulang kaji matapelajaran matematik,” ujar Ainul. 

“Kami berempat sudah pandai. Hanya Ameer yang kurang pandai dalam matapelajaran matematik,” ujar Danial. 

“Walaupun aku kurang pandai, aku tetap berusaha!” jawab Ameer. 

“Sudah, mari mulakan dengan kertas satu,” ujar Ainul.

*****

Selepas tiga jam….

“Ainul! Ajak kawan-kawan kamu turun makan,” laung mamanya. 

“Mari makan, mama aku sudah panggil,” ujar Ainul. 

“Ya Allah! Sudah pukul 7.00 rupa-rupanya,” ujar Anisa. 

“Khusyuk sangat mengira,” ujar Danial. 

“Matematik memang kena mengira, bukan mengeja,” ujar Ameer.

“Perli nampak,” marah Danial. 

“Sudah! Kalau mahu gaduh pergi luar,” ujar Anisa. 

Mereka berdua senyum seperti kerang busuk. Mereka menuruni tangga menuju ke bawah. 

“Wah, nampak sedap dan menyelerakan!” puji Ameer. Ameer ini memang suka puji orang. Maklumlah perangai pun mengada-ada juga. Tetapi Ainul tetap sukakan Ameer yang sporting perangainya.

“Selepas ni aunty hantar kamu pulang,” ujar mama Ainul. 

“Terima kasih,” ucap mereka berempat.”

Mama… bi… puh… la….” Ainul ingin bercakap, tetapi mulutnya penuh dengan nasi. 

“Ainul! Habiskan makanan dalam mulut itu,” marah papanya.

“Mama, bila Nul dapat kejutan?” tanya Ainul. 

“Budak ini….” Mama Ainul mengeluh.

“Apa dalam perjalanan,” sambung mama Ainul.

“Yahoo! Apa dia, ya?” teka Ainul.

“Seperti budak-budak,” bisik Danial. 

“Memang budak-budak pun,” jawab Ameer.

*****

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selepas Puan Irah menghantar kawan-kawan Ainul pulang ke rumah, mereka berhenti di sebuah kedai buku. Mama berjumpa dengan kawannya sementara Ainul memilih buku-buku novel.

 

“Bagaimana?” tanya kawan Puan Irah. Cik Fia. 

“Permata itu hilang, tetapi mereka tidak mendapatkannya. Saya risau permata itu dijumpai oleh mereka,” ujar Puan Irah. 

“Awak sudah beritahu anak awak pasal kerja ini?” tanya Encik Hairul. 

“Belum…,” ujar Puan Irah.

 

  “Betulkah Encik mahu dia menyelesaikan misi ini? Dia baru berumur 12 tahun masih mentah,” ujar Puan Irah. 

“Jangan menilai seorang budak dari luaran. Mungkin kamu lihat dia seperti mentah, tetapi tidak,” ujar Encik Hairul.

 

“Mama!” jerit Ainul. 

Puan Irah tersentak lalu menuju ke arah anaknya. “Mengapa sayang?” tanya mama ]nya dengan perasaan risau. 

“Tadi ada orang suruh beri surat pada mama,” ujar Ainul lalu menghulurkan surat tersebut.

 

  “Mari ikut mama. kamu sudah pilih buku-buku yang kamu mahu?” tanya mama Ainul. 

“Sudah!” ujar Ainul. 

Selepas membuat bayaran, mereka pergi minum di sebuah restoran bersama kawan-kawan mamanya.

*****

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Group SpyA.

 

Irah: Saya mendapat sepucuk surat.

Irul: Siapa pengirimnya?

Irah: Tiada nama pengirim mahupun alamat. Anak saya yang memberikannya tadi. Dia kata ada seorang lelaki yang memberikan surat tersebut. Nasib baik masa itu terdapat orang di kawasan berkenaan.

Fia: Apa isi surat itu?

Irah: Serahkan permata bayang pada aku jika tidak anak engkau akan aku culik. Saya risau.

Irul: Di rumah kamu memberitahu pasal ini pada dia. Eh… bukan kamu kata kawan-kawannya akan datang ke rumah untuk bermalam? Kamu beritahu sahaja kepada kawan-kawannya.

Irah: Baiklah.

*****

Di rumah.

“Malam ni kita tengok cerita Train To Busan,” ajak Alia. “Okay. Cerita zombi boleh takutkan Ameer ini,” ujar Danial. 

“Aku tak takutlah!” marah Ameer.

Malam itu mereka menoton cerita tersebut. Tiba-tiba, bunyi kuali terjatuh di dapur. Mereka terkejut. 

“Aku pergi dapur sekejap, mungkin ada kucing,” ujar Ainul. Ameer sudah ketakutan kerana bunyi tersebut.

Ainul melangkah menuju ke dapur. ‘Mungkin mama minum air,’ ujar Ainul menyedapkan hatinya. Fikirannya mula memikirkan benda-benda yang bukan-bukan. Ainul sedikit menyorok apabila melihat susuk tubuh seseorang. Seperti seorang lelaki. Bukan papanya.

 ‘Mustahi papa ada di dapur? Bukankah papa outstation? Susuk tubuh ini seperti lelaki. Patutkah aku panggil mama?’ tanya Ainul dalam hati. Dia mengitip lelaki itu. Telefonnya pula tertinggal bersama Alia di dalam bilik. Patutkah dia berpatah balik ke bilik semula ataupun menjerit?

  Sedang dia mengelamun dan memikirkan idea, tiba-tiba lelaki itu berada di depannya dengan senyuman sinis. 

“Mama! Tolong!” jerit Ainul dengan kuat. Lelaki itu memegangnya. Ditengkuknya diletakkan sebilah pisau. Ainul dalam ketakutan. 

Mamanya keluar dari tempat persembunyiannya. Dia sangka lelaki itu tidak akan perasan kehadiran anaknya kerana Ainul menyorok di belakang almari, tetapi sangkaanya meleset. Anaknya dalam bahaya! Mujur bantuan akan sampai.

“Lepaskan anak aku!” arah Puan Irah. Atau nama Spy nya P.I. 

“Serahkan permata bayang dahulu baru aku lepaskan anak kau!” ujar lelaki tersebut. 

Nama lelaki tersebut Azri Haiful atau nama jahatnya Dark A. Dia adalah pembantu Dark Night. Dark Night adalah organisasi hitam yang mencari diamond shadow, red dream, dan diamond rays. Permata tersebut disimpan rapi oleh M.A.T.A angensi Spy. 

  “Ainul!” jerit rakannya berempat. 

Ainul tidak nampak cara untuk melepaskan dirinya. Kudrat lelaki lebih kuat daripada perempuan. Dia hanya tunggu untuk melakukan teknik yang dibelajar semasa latihan takewandonya.

    Puan Firah dan Encik Irul sampai di rumah Puan Irah. Mereka mengarahkan untuk berjaga di luar rumah tersebut. Mereka berdua masuk ke dalam dengan membawa balang kaca yang mengisi permata bayang. 

“Serahkan permata bayang itu!” ujar Dark. A. 

“Lepaskan budak itu dahulu baru aku beri permata inu,” ujar Encik Irul. 

“Huh! Kau fikir aku akan terpedaya? Serahkan permata itu dahulu baru aku serahkan budak ini!” ujar Dark.A dengan nada marah. 

“Kita buat pertukaran secara serentak!“ujar Ameer secara tiba-tiba. Mereka bertiga memandang antara satu sama lain.

“Baik! Tetapi aku mahu budak lelaki ini buat pertukaran,” ujar Dark.A. 

“Tidak boleh!” ujar Alia. “Mengapa?” tanya Dark.A. 

“Sebab bukan mahram!” ujar Danial. 

“Kalau begitu, budak perempuan yang pakai cermin mata buat pertukaran,” ujar Dark A yang menuju ke arah Anisa.

“Baik!” jawab Anisa. Encik Irul menyerahkan balang kaca tersebut kepada Anisa. 

Anisa mengatur langkah menuju ke arah Dark A. Sambil menghulurkan balang tersebut, tangannya sudah memegang tangan Ainul. Hanya beberapa saat lagi perturkaran berjaya.

Secara tiba-tiba, Ainul memijak kaki Dark A lalu mengambil balang tersebut dan menolak Anisa ke belakang. Mereka terjatuh di depan Ameer. Encik Irul pantas menangkap Dark A. 

Ahli spy yang lain menyerbu masuk ke dalam rumah Puan Irah menangkap Dark A. 

“Ainul, Anisa, kamu berdua tidak apa-apa?” tanya Mama Ainul dengan nada risau. 

“Kami okey. Sorry Anisa kalau saya tolak awak secara mengejut,” ujar Ainul. 

“Saya lupa yang Ainul ada tali pinggang hitam,” ujar Danial.

 “Mama! Terangkan semua,” ujar Ainul menyilang tangannya seperti pegawai polis pulak. 

“Baiklah, mama cerita,” ujar Mama Ainul.

  “Sebenarnya, mama seorang spy. Kerja di pejabat Holding M itu hanyalah penyamaran. Holding M atau nama betul agensi M.A.T.A. Sebenarnya seorang ahli spy menjumpai permata bayang dan permata bayang tersebut hilang semasa sesi rampas-merampas. Tetapi organasasi hitam itu sangka mama yang menyimpan permata bayang itu. Sebab itulah mereka mencari mama dan disebabkan itulah mama sering menjaga keselamatan kamu,” terang Mama Ainul.

“Dan pak cik mahu kamu semua membantu angensi M.A.T.A mencari diamond shadow, red dream, dan diamond rays tersebut. Kamu semua diisytiharkan sebagai Spy Junior,” ujar Encik Irul. 

 “Mama, papa tahu pasal ini?” tanya Ainul. 

“Ya, papa tahu. Papa ingat mahu membuat kejutan kepada kamu, tetapi papa outstation,” ujar Mama Ainul.

  “Pak cik, benarkan diamond shadow itu apabila bergabung dengan diamond rays dan red dream dan dihalakan semasa malam bulan purnama akan mengalir ‘air mata’ dan masa itu kita boleh membuat hajat?” ujar Danial. 

“Bijak. Tetapi bukan untuk membuat hajat tetapi menjualnya. Diamond shadow, diamond rays, dan red dream amat jarang dijumpai atau maksudnya memang hanya ada satu sahaja dunia ini. Sekiranya ada orang menjumpai permata tersebut, dia boleh menjadi terkenal dan jutawan,” ujar Encik Irul. 

“Dan sebab itulah organasasi hitam itu mencari permata-permata tersebut?” tanya Ameer. 

“Betul,” ujar Mama Ainul. 

Mujurlah Dark Asudah ditangkap, tetapi ketuanya belum ditangkap. Ketuanya amat licik sekali. Mereka akan tetap mencari permata-permata tersebut walau apa pun terjadi. Aku dan kawan-kawan pulak menjadi spy junior. Aku harap permata-permata tersebut selamat dan tidak jatuh ke tangan yang salah.

*****

Tujuh tahun kemudian.

Aku sudah memijakkan kaki di United kingdom menyambung pelajaran. Kes tersebut sudah tutup. Permata-permata tersebut sudah dijumpai dan dijaga rapi oleh angensi M.A.T.A. Aku dan kawan-kawan berada di United Kingdom. Walaupun Danial dan Ameer menyambung pelajaran di Australia, tetapi kami tetap berhubung.

 Mama umpama insan yang sangat bahagia sewaktu kita gembira. Mama you always my superhero in my heart. Aku akan berusah untuk menggembirakan mu. 

  Mama umpama insan yang sentiasa ada di sisiku. Mama kuharap kau sangup tunggu anakmu ini selama dua tahun di UK. Aku ingin menjadi seorang yang berguna pada masyarakat.

*****

 Akhirnya Ainul dan rakan-rakan yang lain berjumpa semula di Malaysia semasa hari reunion. Mamalah orang yang gembira. Mamanya masih menjadi seorang spy. Mama umpama superhero pada hatiku. Mamaku seorang Spy!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: