Certot

Mamaku Seorang Polis

Hasil nukilan Hakeem Adny 8 months ago

Pada 15/7/2030… di sebuah balai polis terdapat beberapa polis yang sedang berkerja, satu daripada pekerja itu adalah Aisyah iaitu seorang ibu yang mempunyai empat anak. Sepatutnya tiga orang anak sahaja, tetapi kedua-dua anak bongsunya itu adalah sepasang kembar lelaki.

Kelihatan banyak pencuri yang sedang didalam penjara. yay! Mama sudah balik! Kata salah seorang anak Aisyah kepadanya.

Empat anak itu sangat risaukan dengan keadaan emaknya kerana mereka kerana ayahnya telah mati akibat eksiden di jalan raya.

Keesokan harinya Aisyah pergi ke balai polis.

“Mengapa lambat sangat? Sudah lama saya tunggu kamu, tetapi kamu baru sampai!” marah encik malik kepada Aisyah. Encik Malik adalah bos kepada kesemua polis dibalai itu.

“Maaf, saya tidak boleh tidur malam tadi sebab malam tadi sangat sejuk kerana sekarang musim hujan,” kata Aisyah pula meminta maaf kepada Encik Malik.

Kelihatan Ridwan iaitu kawan Aishah sedang mendengar apa yang dikatakan oleh Aisyah dan Encik Nalik dalam senyap, tetapi Aisyah perasan yang Ridwan sedang memerhatikan mereka dalam senyap.

“Ridwan, apa kamu buat di situ? Mahu dimarah juga?” kata Aisyah kepada Ridwan apabila Aisyah melihatnya sedang mengintip mereka berdua.

“Tidak ada apa-apa. Cuma mahu ambil barang saya yang telah terjatuh tadi lalu saya pun mengambilnya semula. Kebetulan awak sedang dimarahi Encik Malik,” kata Ridwan dengan tergagap-gagap.

“Mengapa kau tengok aku senyap-senyap? Mahu gelakkan aku?” kata Aisyah kepada Ridwan dengan geram lalu dia pergi buat kerjanya semula.

Satu per satu kes mereka telah selesaikan dengan sempurna, tetapi pada suatu hari… pada pukul 12:56, kelihatan seorang pemuda bertopeng hitam sedang berdiri di depan sebuah rumah dua tingkat.

“Padan muka kau!” Pemuda bertopeng itu memasuki rumah itu lalu menculik kanak-kanak di dalam rumah itu dengan mudah. Dia pergi dari rumah itu dengan secepat mungkin.

“Baiklah semua hari ini kita ada misi besar. Misi ini telah diberitahu oleh Ridwan beberapa jam sebelum ini, tetapi dia cakap dia tidak dapat datang tak tahu mengapa. Misi kali ini telah melibatkan empat kanak-kanak. Keempat-empat kanak-kanak itu dikenali sebagai Muhammad Rashid, Nur Fatimah, Muhammad Abdullah, dan Nur Shafiqah. Saya harap kes ini dapat diselesaikan dengan selamat,” kata Encik mMalik kepada empat polis iaitu Ahmad, Zulkifli, Sarah, dan Aishah iaitu paling hebat antara kesemua polis lain.

‘Ya Allah! Mengapa anak-anak aku diculik? Apa yang akan terjadi kepada anak-anak aku nanti?’ kata Aishah dalam hati dengan rasa bimbang kepada anak-anaknya itu.

Mereka berlima menggunakan alat pengesan kerana Aishah menyuruh anak-anaknya memakai alat itu semasa dia berkerja.

Selepas mereka dapat mengesan penculik bertopeng, mereka bertolak untuk mengejarnya menggunakan kereta polis tercanggih tahun 2030 yang dipandu oleh Aishah.

Penculik bertopeng itu membuat pusingan U-turn, lalu penculik itu pun tenampak yang keempat-empat polis itu sedang mengejarnya dari belakang.

Sarah menangkap gambar kereta itu kerana mahu menyiasat dengan lebih lanjut. Aishah memandu dengan kelajuan 0km sejam kerana penculik itu telah perasan yang mereka sedang mengejarnya.

Lantas pencuri itu memandu keretanya dengan laju kesebuah terowong smart untuk mengelirukan keempat-empat polis yang sedang mengejarnya.

Keempat-empat polis tidak dapat mengesan penculik itu menggunakan alat pengesan yang boleh mengesan anak-anak Aishah kerana alat itu tidak boleh mengesan apa-apa di dalam terowong seperti di dalam terowong smart ini.

Selepas itu, mereka balik ke balai polis itu semula dengan rasa sangat kecewa kerana mereka tidak berjaya memberkas penculik itu.

“Mengapa penculik itu boleh terlepas? Kamu tahu kes ini melibatkan anak-anak!Sekarang kamu pergi mengesan kereta itu menggunakan nombor plate. Kamu mesti masih tangkap gambar kereta itu,” kata Encik Malik dengan sangat marah kerana mereka berempat tidak berjaya memberkas pencuri itu.

******

Selepas mereka berempat dimarahi dengan teruk, mereka pun pergi menyiasat kereta itu. Aishah kelihatan sangat murung kerana dia tidak Berjaya menyelamatkan anak-anaknya.

“Mengapa kamu nampak murung sahaja?” kata Sarah apabila melihat Aishah murung seperti mahu menangis.

“Sebenarnya budak-budak yang diculik itu adalah anak saya,” kata Aishah pula lalu menangis kerana bimbang ada apa-apa yang akan terjadi kepada anak-anaknya itu.

“Jangan risau Aishah, kerana Allah pasti mejaga mereka. Ini semua adalah dugaan bagi Allah lagipun kami kami boleh tolong kamu,” kata Sarah lagi.

“Jangan risau kerana kami akan tolong kamu untuk menangkap penculik itu!” sampuk Ahmad dan Zulkifli pula, lalu mereka mula menyiasat kereta itu.

Selepas beberapa jam kemudian….

“Encik Malik! Saya sudah dapat mengetahui di mana penculik itu. Dia berada di sebuah rumah dua tingkat yang sudah usang,tetapi saya masih belum pasti kedudukan rumah di mana,” kata Aishah apabila mengetahui yang penculik itu sedang berada di sebuah rumah usang menggunakan alat pengesan dan gambar kereta penculik itu.

“Baiklah. Jika kamu sudah tahu di mana rumah usang itu terletak, kamu segera bertolak ke sana sebelum kes kali ini menjadi lagi rumit! Tetapi ingat ini peluang terakhir kamu!” kata Encik Malik dengan tegas kepada mereka berempat.

Selepas itu mereka berempat bergerak ke rumah usang tersebut lalu mereka pun sampai ke rumah usang itu, tanpa melengahkan masa mereka memasuki rumah tersebut.

“Amboi! Banyak cantik rumah penculik ini. Dari luar nampak buruk seperti rumah hantu, tetapi dari dalam nampak macam di dalam istana!” kata Aishah cemburu apabila melihat didalam rumah itu tidak setanding didalam rumahnya.

Tiba-tiba muncul sebuah jaring yang besar dari atas mereka. Jaring itu menangkap Ahmad, Zulkifli, dan Sarah dari atas.

“Aishah! Pergi selamatkan anak awak dulu. Tinggalkan kami di sini kerana kami akan selamat, awak jangan risau!” kata Sarah kepada Aishah.

“Baiklah!” kata Aishah ringkas lantas pergi menyelamatkan anaknya seorang diri.

Hari semakin gelap Aishah masih tidak dapat mencari anaknya dan penculik itu walaupun rumah itu hanya ada dua tingkat sahaja.

“Haih, mana lagi aku mahu cari? Semua tempat aku sudah cari tetapi tidak jumpa pun dari tadi,” keluh Aishah kerana kepenatan.

Selepas itu, mata Aishah dengan secara tiba-tiba tertumpu kepada sebuah pintu berwarna perang yang belum pernah dia lihat sebelum ini yang tidak dikunci. Aishah memasuki pintu itu. Dia ternampak keempat-empat anaknya sedang pengsan sambil diikat di sebuah dinding besar.

“Masya Allah! Apa sudah terjadi kepada anak aku?” Aishah terkejut melihat anaknya diikat di dinding itu lalu melepaskan anak-anaknya itu.

Tiba-tiba muncul seseorang daripada belakang Aishah lalu menutup mulut Aishah. Dengan pantas Aishah menepis tangan orang itu. Dia terkejut melihat Sarah yang secara tiba-tiba muncul dari belakangnya.

“Sarah? Bagaimana kamu boleh terlepas dari jaringan itu?” soal Aishah pelik.

“sebenarnya saya ada membawa alat APGSGLDP6BD1 (alat pisau, garfu, sudu,g ergaji, lampu suluh, dan pen enam benda dalam 1) Cuma saya lupa mahu keluarkan. Selepas lama kami dijaring saya baru ingat mahu menggunanya lalu saya mengambilnya untuk diguna. Kami pun terlepas dari jaring itu, tetapi Ahmad dan Zulkifli sudah tertidur kepenatan lalu saya membawa mereka masuk kereta lantas pergi mencari awak seorang diri,” cerita Sarah kepada Aishah panjang lebar.

Tiba-tiba muncul lagi seseorang dari belakang pintu itu lalu berkata, “Lepaskan budak-budak itu! Sekiranya tidak, aku tembak kau!” lalu mereka berdua pun memandang orang itu lantas terkejut melihat Ridwan dibelakang mereka sedang menghulur pistol kepada mereka berdua.

“Ridwan? Mengnapa kau boleh ada di sini dan kenapa kau mahu menembak kami berdua?” soal Aishah kepada Ridwan.

“Sebab apa kau tanya! Sebab kaulah aku buat semua ini! Aishah! Setiap kali kau tidak berjaya selesaikan kes mesti tidak dimarahi atau dikeji, tetapi apabila aku tidak berjaya menyelesaikan satu kes sahaja, semua orang membebel!. Bukan itu sahaja! Encik Malik pun memarahi aku dengan sangat teruk dan semua orang suruh aku keluar dari kerja polis, tetapi aku bertekad tidak mahu dibuang. Aku pun dapat idea untuk menculik anak kau dan menggagalkan misi kau !” balas Ridwan panjang lebar.

“Ridwan! Lebih baik kau menyerah. Kalau tidak kami tembak!” kata Zulkifli dan Ahmad yang secara tiba-tiba muncul di belakang Ridwan.

“Ahmad! Zulkifli! Bagaimana kamu boleh tahu kami sedang kesusahan?” kata Aishah.

“Maaf kerana kami tertidur. Sebenarnya tadi Sarah menelefon saya. Nasib baiklah saya dapat dengar bunyi telefon bimbit. Sarah beritahu kesemuanya lalu saya pun mengejutkan Ahmad untuk pergi menolong kamu berdua. Sebab itulah kami boleh terjaga,” cerita Zulkifli dengan panjang lebar.

“Baiklah, aku menyerah!” kata Ridwan pula lantas menembak Shafiqah iaitu anak kedua Aishah dengan pantas.

“Shafiqah!” kata Aishah apabila melihat anaknya ditembak oleh Ridwan lantas pergi mendapatkan anaknya yang sudah ditembak itu.

Zulkifli segera menggari Ridwan. Selepas itu Ridwan pun dipenjara tetapi Shafiqah masih tidak dapat sedarkan diri.

“Bagaimana keadaan anak saya? Adakah dia selamat?” kata Aishah.

“Maaf keadaannya adalah kritikal, jadi saya minta puan bersabar dulu. Mudah-mudahan anak puan ini dapat diselamatkan,” kata doktor itu pula.

Hampir setiap hari Aishah pergi melawat anaknya itu, tetapi Shafiqah tetap tidak sedarkan diri,semakin lama keadaan shafiqah semakin kritikal.

Kelihatan Aishah sedang menunggu Shafiqah sedar dari pengsan. “Ma… mama tolong Shafiqah… mama tolong Shafiqah…,” kata Shafiqah meminta tolong lalu pengsan semula.

‘Shafiqah!’ kata Aishah dalam hati seolah-olah terdengar suara anaknya itu, lantas Aishah memanggil doktor secepat mungkin untuk menyelamatkan Shafiqah yang sedang dalam keadaan kritikal.

Tiba-tiba Aishah terasa tidak sedap badan seolah-olah sesuatu akan terjadi lalu Aishah berdoa agar anaknya itu terselamat. Selepas lama Aishah menunggu tiba-tiba Shafiqah terjaga dari pengsan lalu memanggil Aishah.

“Shafiqah!” kata Aishah sambil memeluk anaknya itu.

‘Alhamdulillah!’ kata Aishah dalam hati. Aishah dan anak-anaknya itu pun hidup dengan bahagia.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: