Certot

Mama, Aku Ingin Pulang

Hasil nukilan Haiqal Zulkarnain 2 years agoFiksyen 10

Di sebuah kampung yang bernama Kampung Damai, tinggallah seorang wanita dan anaknya sendirian kerana suami kepada wanita tersebut telah meninggal dunia saat usia Sofia, anak kepada wanita itu yang baharu berusia lima tahun. Sangat berpegang teguh dengan janji ayahnya bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh. Itulah kata-kata terakhir ayah Sofia semasa hidup.

Kini, Sofia berusia 20 tahun. Sofia berkerja sebagai seorang model ternama. Sofia telah berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Namun, masa kian berlalu. Ibu Sofia semakin meningkat umurnya. Makan tidak terjaga, mahupun minuman. Sedangkan Sofia bersenang-lenang di luar sana yang tidak menjaga kesihatan ibu tercinta. Ibu Sofia ada memesan supaya Sofia pulang ke rumah namun Sofia tidak pulang. 

Suatu hari, pintu rumah Sofia diketuk. Sofia cepat-cepat membuka pintu tersebut. Rupa-rupanya ibu Sofia datang melawat sambil berpakaian lusuh dan sedikit berbau. Sofia yang tidak sanggup menahan malu tidak mengaku wanita itu adalah ibunya dan mengatakan ibunya itu orang gila yang tersesat. Mana tidak luluh hati seorang ibu bila dikatakan sebegitu rupa. Sanggup menghina ibu sendiri semata-mata mahu menjaga populariti. 

Beberapa bulan sudah berlalu, Sofia menerima berita buruk yang menimpa ibunya. Rumah ibunya telah dipecah masuk oleh pencuri dan ibunya ditikam, namun masih dapat bertahan. Sofia terburu-buru pulang ke pangkuan ibunya. Ibunya kini sedang nazak. Beberapa jam kemudian, Sofia sampai. 

Keadaan ibunya bertambah kritikal. Selepas mengambil masa berbual, ibu Sofia memberikan sehelai sapu tangan yang dihiasi dengan corak bunga-bungaan. Lalu, ibu Sofia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sofia meronta-ronta dan meratap kematian ibunya namun orang di sekeliling menghalang perbuatan Sofia. 

Setelah mengadakan kenduri tahlil dan urusan-urusan yang sepatutnya, Sofia pulang ke rumahnya di bandar. Sofia juga dikejutkan dengan berita suaminya dan anak-anaknya maut dalam kemalangan jalan raya akibat dilanggar lori dari arah belakang. Tiada seorang daripada mereka yang selamat. Hal yang sama terjadi kepada Sofia. 

Satu hari hanya mampu menitiskan air mata yang tiada hentinya . Sofia hanya pasrah menerima suratan takdir. Sesal dengan perbuatannya itu. Tidak menghormati suami dan menghina ibu kandung itu perbuatan yang sangat keji! 

Sofia hanya mampu merenung sapu tangan yang diberikan oleh ibunya . Sofia akan kenang sapu tangan itu sampai bila-bila. Sofia yang kini sudah mengerjakan solat yang tidak pernah dilaksanakan dan menunaikan zakat serta mengerjakan haji telah dilaksanakan oleh Sofia. Sofia kini sudah berubah dan berhijab. Semoga ibu, suami, dan anak-anak Sofia tenang di alam sana.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: