Certot

Mama Penyelamat Hidupku

Hasil nukilan irdina sarah ^_^ 2 years agoSuperhero

‘‘Athirah, bangun nak,’’ kata Puan Syamimi. 

‘‘Malaslah. Ibu ini asyik-asyik kejutkan orang. Orang sudah besarlah. Tahulah bangun sendiri,’’ kata Athirah sambil menarik mukanya.

‘‘Maafkan ibu, nak. Tetapi sekarang sudah pukul berapa? Kamu kena pergi ke sekolah,’’ kata Puan Athirah memujuk anaknya yang degil itu.

‘‘Yalah, ibu ini suka betul nasihat orang,’’ luahnya kepada maknya.

******

Nur Puteri Athirah Binti Munir yang berumur 15 tahun adalah anak tunggal kepada pasangan suami isteri itu. Namun, dia seorang yang degil dan pemalas. Ibu dan ayahnya pening dengan sikapnya itu. Dia juga suka melawan cakap mereka dan membantah apabila dimarah atau ditegur. Pasti di ariknya muka dan masuk ke dalam bilik sambil menutup pintu dengan kuat sekali. Ibu dan ayahnya pening dengan sikapnya itu.

Ayahnya adalah seorang CEO di sebuah syarikat. Manakala ibunya adalah suri rumah yang perlu mengajar anaknya mengenai hormat ibu bapa. Tetapi semakin ditegur semakin perangai degil. Jika tidak ditegur makin perangai menjadi degil.

******

Di sekolah,

‘‘Hai, Athirah,’’ ucap Aida kawan karib Athirah kepadanya.

‘‘Hmm…,’’ jawab Athirah malas.

‘‘Ish, kena sampuk dengan jin mana pula ini?’’ kata Aida yang pelik dengan perangai kawannya pagi ini.

‘‘Mana ada, emak aku ini suka sangat nasihat aku. Rimas aku dibuatnya,’’ kata Athirah sambil mengeluh.

‘‘Ish, kau patutnya dengar cakap emak kau. Dia yang lahirkan kau. Dia nasihatkan kau ada sebab. Kau tau tidak apa dosa yang kau dapat kalau kau lawan ckap dia?’’ kata Aida seperti ustazah.

‘‘Biarlah, ini hidup aku. Lagipun terima kasih beri ceramah percuma ya, ustazah,’’ kata Athirah. 

‘‘Eh, bukan percumalah. Kau kena beri aku coklat sebagai bayaran,’’ kata Aida.

‘‘Yalah, esok aku beri. Dalam mimpi,’’ kata Athirah sambil jelir lidah.

‘‘Ala….’’ Merungut Aida sambil membuat muka comel.

******

‘‘Athirah mahu ikut kitorang tak pergi karaoke?’’ tanya kawan sekelasnya, Minna.

‘‘Tidak mengapalah, aku mahu pergi ke Mid Valley untuk jumpa seseorang,’’ jawab Athirah sambil menyandang begnya.

‘‘Baiklah, bye,’‘ kata Minna sambil melambai ke arah Athirah.

’‘Bye,’‘ jawab Athirah.

******

Di Mid Valley,

‘‘Manalah, Afiq ni?’’ rungut Athirah yang hampir sejam tunggu di Cafe Mid Valley itu.

‘‘Hai, Athirah. Maaf lambat,’’ kata seseorang lelaki.

‘‘Afiq, lamanya. Kata mahu pergi tandas, tetapi seperti buat tandas pula,’’ rungut Athirah sambil buat muka comel.

‘‘Ala, jangan merajuk,’’ pujuk Afiq.

‘‘Yalah, kita mahu pergi mana selepas ini?’’ tanya Athirah.

‘‘Jalan-jalan, mahu?’’ tanya Afiq dan Athirah pun setuju.

******

‘‘Aduhai, terlupa pulak beli hadiah untuk Athirah,’’ kata Puan Syamimi.

‘‘Eh, itu bukan?’’ kata Puan Syamimi dalam hati sambil melihat seseorang perempuan dengan seseorang lelaki. Perempuan itu amat dikenalinya. 

******

‘‘Afiq, mari pergi ke seberang sana,’’ kata Athirah sambil menariknya ke jejantas.

PIN! PIN!

Tiba-tiba, athirah pengsan dan melihat afiq pun pengsan disebelahnya dan darah merata-rata.

******

‘‘Eh.’’ Sedar Athirah.

‘‘Athirah, bangun pun kamu,’’ kata Encik Munir sambil menutup surah yasin.

‘‘Ayah? Mana ibu?’’ tanya Athirah.

‘‘Ibu, kamu… dia sudah mendermakan darah dia kepada kamu dan Afiq kerana kamu berdua  banyak kehilangan darah,’’ jawab ayahnya sambil menangis.

‘‘Tak mungkin ayah, tak mungkin,’’ kata Athirah sambil menangis juga.

******

Kepada anakku, Athirah.

Kami tidak dapat didik kamu dengan baik sekali. Maafkan ibu. Jika kamu baca ini, mungkin ibu sudah tak hidup lagi. Maafkan ibu. Ibu belikan hadiah untuk kamu sempena hari jadi keenam belas kamu.

Athirah membaca surat peninggalan ibu untuknya. Dia pun memeluk hadiah ibunya itu sambil menangis. 

Dan dia berkata, ‘‘Maafkan aku, ibu. Aku telah membuat dosa yang besar ibu,’’ kata Athirah sambil menangis di dakapan ayahnya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: