Certot

Mama

Hasil nukilan Ana Anaqah 1 year agoFiksyen

“Mama, maafkan saya kalau ada buat salah kepada mama,” tutur Aisyah kepada mamanya yang solehah dan cantik, Puan Lathifah selepas memohon ampun daripada papanya, Encik Luthfi. 

Walaupun Aisyah tidak berdosa kepada kedua orang tuanya sama ada disedari ataupun tidak, walau sebesar zarah, tetapi dia tetap menunaikan kewajipannya pada setiap malam sebelum tidur. Sudah dibiasakan sejak kecil, sebab itu Aisyah tidak pernah lupa walau penat bagaimana sekali pun.

     Puan Lathifah tersenyum seraya menjawab, “Baiklah, mama maafkan. Sudah, pergi tidur. Esok mahu sekolah. Nanti terlewat bangun pula.” Aisyah terus menghalakan penglihatannya ke arah jam dinding rumahnya yang berbentuk bunga berwarna coklat.

‘Oh, patutlah mama cakap begitu. Sudah hampir pukul 11.00 malam.’ Aisyah tersengih seperti kerang busuk. Selalunya dia akan tidur tepat pada pukul 10.00 malam, tetapi tadi dia begitu leka menyiapkan buku skrap yang diminta Cikgu Sarah, guru Bahasa Melayu yang sporting dan tidak suka memberikan kerja rumah yang berat kepada murid-muridnya.

Seketika kemudian, dia meminta diri untuk ke bilik tidurnya yang luas dan dicat ungu. Dia membaringkan diri di atas katil bersaiz queen di sudut biliknya. Dibaca surah 3 Qul, ayat Kursi dan doa tidur, kemudian dihembus ke telapak tangan dan disapu pada badan. Dia menutup matanya. Lima minit kemudian, dia membuka semula matanya. Terasa susah hendak tidur. Tiba-tiba, dia teringatkan kejadian pada beberapa tahun lepas. Entah mengapa kejadian itu pula yang menerjah ingatannya. 

     “Yeay, mahu beli hadiah hari jadi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: