Certot

Maafkanlah

Hasil nukilan balqis qarirah 1 year agoFiksyen

Aku Lysa. Aku adalah anak sulung daripada lima orang adik-beradik yang bernama Aqil, Damia, Nurul, dan yang bongsu adalah Qaisara. Aku hanya memiliki seorang adik lelaki. Aku sangat menyayangi mereka walaupun kadangkala kami bergaduh, tetapi akhirnya kami tetap berbaik semula.


*****


Pada suatu malam, aku termimpi sebuah kejadian yang membuatkanku sangat sedih. Aku bermimpi bahawa aku sedang bergaduh dengan Aqil dan Mia. Kami tidak henti-henti bergaduh sehinggalah aku, Aqil, dan Mia dipanggil oleh ibu. Ibu menyuruh kami berbaik semula, tetapi aku enggan.

 

Keesokannya, aku bangun dari tidur. Aku tidak menjumpai Aqil dan Mia. Hanya ada ibu, ayah, Nurul, dan Qaisara sahaja. Aku ke ruang tamu bertemu ibu dan ayah. Aku bertanya di manakah Aqil dan Mia? Ibuku berkata, siapakah Aqil? Siapa Mia? Mendengarkan itu, aku menangis sekuat hati.

Tiba-tiba sahaja aku tersedar daripada tidurku. Aku menarik lafas lega. Nasib baik hanya mimpi. Aku harap ia tidak menjadi kenyataan. Sebagai anak sulung kepada adik-adik, kita mestilah saling maaf-memaafkan dan saling menyayangi. Jika adik kita meminta maaf, maafkanlah mereka. Siapakah kita ingin tidak memaafkan orang lain. Rasulullah s.a.w., walaupun diejek, dihina, dilempar batu sehingga berdarah, tetapi Rasulullah s.a.w. tetap memaafkan mereka. Rasulullah s.a.w. juga mendoakan mereka agar diberi petunjuk. Apatah lagi kita, jadi sayangilah dan maafkanlah mereka walaupun mereka bertindak kasar dengan kita.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: