Certot

MAAFKAN SAYA

Hasil nukilan Aliya Yasmin about 3 years agoFiksyen 43

Namaku Ismi Aishah Amirah . Umurku 11 tahun. Aku digelar budak nerd di sekolah kerana aku memakai cermin mata yang bulat dan besar. Dan juga kerana tiap-tiap masa akan ada buku di tanganku. Aku ada kawan yang setia dan yang selalu menemaniku ketika dalam keadaan susah, sedih mahupun gembira. Namanya Nur Aliyah Maisarah. Biarpun kami selalu bergaduh, kawan tetap kawan.

*****

KRING!

Loceng waktu rehat sudah berbunyi. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Dahlia berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing. Ada juga yang berlari, terutamanya murid lelaki. Seperti biasa, Ismi dan Maisarah membawa bekal masing masing, kemudian ke pondok berwarna kuning yang menjadi tempat kebiasaan bagi mereka berdua.

“Mai, awak ingat tak yang Cikgu Mawar cakap tu?” tanyaku kepada Maisarah.

“Tentang lawatan tu ke?” tanya Maisarah semula kepadaku seolah olah seperti ingat-ingat lupa.

“Ya, ya. Lawatan ke Melaka. Awak nak pergi ke?” ujarku kepada Maisarah.

“Erm… tanya abah dan umi saya dululah. Kenapa? Awak nak pergi?” tanya Maisarah sambil membuat memek muka.

“Mestilah saya pergi! Alah, Melaka je pun! Saya hanya perlu minta ayah saya tanda tangan sahaja!” balasku sambil tersengih.

“Untunglah, anak orang kaya katakan,” perli Maisarah.

“Ish, apa apa jelah! Sikit sikit kata macam tu. Tak elok tau!” getusku lalu menepuk paha Maisarah.”

“Bluek!” balas Maisarah sambil menjelir lidah kepadaku.

*****

“Umi! Umi masak apa tu?” tanyaku setelah pulang dari sekolah.

“Cuba teka,” balas ibuku sambil tersenyum lalu mencubit pipi gebuku.

“Alah umi ni! Nak teka teka pula. Erm… ayam kurma?” ujarku lalu memuncungkan bibir berwarna merah jambu milikku.

“Yeah! Pandai anak Umi teka, ya?” balas ibuku lalu tersenyum.

Tiba-tiba….

I… i… ibu… s… Sa… sakit…,” jeritku sambil memegang dada kiriku. Aku mengerang kesakitan sehingga aku terduduk.

“Ya Allah, Mirah! Kenapa ni? Tiba-tiba je!” jerit ibuku. Panik.

“I… i… ibu… s… sa… sakit… s… sa… sang… sangat…,” ujarku lagi. Di saat itu, aku tidak dapat menahan lagi. Air mata bergelimpangan tumpah ke lantai.

“Mirah! Sekejap ya, umi telefon ambulan! Sabar ya Mirah!” kata Umi. Ketika itu, umi juga mengalirkan air mata melihat keadaanku.

******

Bunyi ambulan menyebabkan penduduk Taman Perumahan Dahlia keluar dari rumah masing-masing. Penduduk penduduk Taman Perumahan Dahlia mula berkumpul di kawasan rumahku. Semakin lama, semakin ramai. Aku masih lagi mengerang kesakitan dengan air mata yang sudah mencurah curah.

******

Hospital Kuala Lumpur.

“Saya harap puan bertenang dengar apa yang saya cuba sampaikan ni,” ujar doktor yang berbangsa Singh itu lalu mengeluh berat.

“Ke… kena… kenapa dengan anak saya, doktor?” tanya umi dengan riak muka panik.

“Anak puan mempunyai penyakit jantung tahap tiga,” kata doktor itu dengan wajah yang tenang walaupun berita itu amat mengejutkan sesiapa yang mendengarnya.

“Astagfiruallahalazim…,” kata umi dengan perlahan. Air mata mula bergenang di kelopak mata umi. Namun, Umi masih boleh mengawal perasaannya ketika itu.

‘Kami terpaksa lakukan pembedahan. Saya harap puan bersetuju. Peluang hidupnya 50/50. Tolong tandatangan di sini,” terang doktor itu lalu menyerahkan sebuah fail untuk ditandatangan oleh umi.

Tanpa mengatakan apa-apa, umi terus menandatangan sambil air mata mencurah-curah keluar. Habis basah tudung yang dipakai oleh umi. Begitu juga dengan lengan baju umi.

*****

Sudah seminggu aku tidak hadir ke sekolah. Tiada siapa tahu penyakit yang sedang aku hadapi. Cikgu Azrin, selaku guru kelas 5 Setia sebenarnya sudah tahu. Tetapi, aku minta Cikgu Azrin rahsiakan. Aku suruh cikgu beri alasan yang aku melancong ke luar negara. Aku tidak mahu kawan-kawanku terutamanya Mai membazirkan air mata hanya disebabkan aku. Rindu sangat aku dekat kawan-kawan. Entah berapa banyak pelajaran yang aku sudah terlepas. Aku juga meminta umi supaya tidak beritahu sesiapa tentang penyakitku. Biarlah Abang Man , Kak Mairah, umi, dan abah sahaja yang tahu.

*****

Diari Mirah.

5 April 2015.

Yeay! Hari ini hari jadi aku! Tapi sayangnya  hari ini aku dibedah! Ya Allah, takutnya…. Aku harap umurku masih panjang di dunia ini. Sudah sebulan aku tak jumpa Mai! Aku tuliskan surat untuk dialah! Mana tahu umur aku pendek. Only Allah knows.

Ismi Aishah Amirah,

*****

“Mirah kena kuat ya! Ingat Abang Man, Kak Mairah, umi, dan abah sayangkan Mirah. Selawat banyak-banyak ingat Allah, ya?” kata Abang Man, memberi semangat kepadaku.

Aku sekadar menggangguk sambil tersenyum. Aku tidak mahu bersuara. Takut. Gentar. Sedih . Semuanya ada. Aku tidak boleh lakukan apa-apa sekarang. Hanya sekadar boleh berselawat dan berserah kepada-Nya.

*****

Setelah lima jam pembedahan dilakukan, doktor pun keluar dari bilik pembedahan.

“Doktor, macam mana dengan anak saya?” tanya abah kepada doktor yang bertanggungjawab atas pembedahanku.

“Maafkan saya. Anak encik, puan, tidak dapat diselamatkan,” kata doktor itu dengan muka yang amat kecewa.

Pada saat itu , ayah dan umi tidak dapat berdiri kuat . Ayah dan umi terduduk sambil menangis . Abang Man dan Kak Mairah pula menangis nangis sehinggakan mata merah dan bengkak . Sungguh , hanya tuhan yang tahu .

‘Maafkan saya. Saya tak dapat hidup lama. Saya tak kuat.’

*****

Tiga minggu selepas kematian Mirah, Abang Man datang ke sekolah untuk berikan surat yang ditulis oleh Mirah untuk Maisarah.

Hai, Mai !

Maafkan saya tak beritahu awak tentang penyakit saya! Saya tak nak BFF saya bazirkan air mata semata-mata kerana saya. Saya minta maaf sangat! Awak tahu, sakit sangat rasa penyakit ni! Kena bedah pun, entahlah apa rasanya pula. Saya minta maaf, saya tak kuat. Saya tak boleh teman awak sampai kita habis sekolah. Saya tak boleh nak hadapi peperiksaan UPSR tahun depan bersama awak. Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa, cerewet, selalu merajuk, atau apa-apa yang pernah saya buat selama saya hidup. Redha jelah atas permergian saya ya. Allah knows the best. Maafkan saya.

Salam sayang,

Mirah

Ketika sedang membaca surat itu, Maisarah rebah ke lantai. Air mata mula mengalir perlahan dan kemudiannya semakin deras. Dia tidak sangka yang Mirah sanggup menipunya.

“Sampai hati awak, Mirah! Saya tak akan lupakan sahabat macam awak,” jerit Maisarah dalam hati sambil menangis.

Maisarah tidak boleh buat apa-apa lagi. Mirah telah pun pergi meninggalkan dunia ini. Hari terakhir mereka bersama ialah sewaktu mereka duduk di pondok ketika rehat sambil berborak berkenaan lawatan. Semua hanya tinggal kenangan buat Maisarah.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: