Certot

Maafkan kakak

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFiksyen 39

   Suraya dan Umairah ialah adik-beradik. Namun sebagai seorang kakak,Suraya tidak pernah melayan Umairah dengan baik. Umairah selalu dikasari dan dimarahi oleh Suraya.

“Emm… kakak, soalan ni macam mana nak buat?” soal Umairah.

“Ah, kau ni takkan tak belajar dalam kelas. Lain kali tu bila cikgu ajar fokus ,bukannya berangan je,” marah Suraya.

Walaupun Umairah tahu itulah jawapan kakaknya, tetapi dia tidak pernah jemu bertanya kepada kakaknya. Dia selalu berusaha memperbaiki hubungannya dengan kakaknya walau perit sekali pun.

“Suraya kenapa marah-marah ni? Umairah cuma tanya je kan,” soal Puan Rina.

“Hmm yelah. Ibu memang suka sangat manjakan budak ni. Tahulah Suraya tak pandai macam dia,” jawab Suraya.

Umairah hanya menundukkan wajahnya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan kakaknya itu.

“Dahlah, Umairah tu cuma anak angkat,” sambung Suraya lagi sambil terus berlalu ke biliknya.

“Suraya!” jerit Puan Rina.

Umairah tergamam. Benarkah apa yang dikatakan kakaknya itu. Dia anak angkat?

“Ibu, betulkah Umairah anak angkat ibu?” soal Umairah.

Puan Rina hanya mendiamkan diri. Rina sebenarnya ialah anak angkat yang diambil di sebuah rumah anak yatim sewaktu dia masih bayi lagi. Pada asalnya Puan Rina mahu memberitahu anaknya itu tentang perkara ini pada masa yang sesuai, tetapi dia tidak menjangka perkara sebegini akan berlaku.

Sebaik melihat tiada jawapan dari mulut ibunya, Umairah membuka langkah seribu membawa dirinya.

“Umairah!” jerit Puan Rina.

‘Maafkan Umairah, ibu.’

Umairah berlari selaju mungkin.Dia kemudian berhenti di tengah jalan.

“Patutlah selama ni kakak benci aku. Rupanya aku ni anak angkat,” kata Umairah.

Dia menangis bersendirian di situ. Tiba-tiba….

Pin! Pin! Pin!

___

Kini sudah genap sebulan Umairah koma. Suraya hanya mampu melihat tubuh adiknya yang kaku. Mula timbul rasa insaf di hatinya. Kalaulah masa dapat diulang semula….


‘Maafkan kakak, Umairah.’

      

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: