Certot

Maafkan Kak Ngah, Ibu

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFiksyen 38

Aku melihat kasut sekolahku dengan perasaan yang bercampur. Ada marah, sedih, dan kecewa. Semalam aku meminta ibu dan ayahku supaya membelikanku kasut sekolah yang baru. Namun mereka menolak dengan alasan tidak cukup duit. Setiap hari, aku berasa amat malu kerana aku sering diejek rakanku kerana penampilanku yang lusuh.

“Kak Ngah marah lagi pasal semalam?” soal ibuku.

Aku segera memakai kasutku. Aku malas mahu berbicara dengan ibu.

“Kak Ngah pergi sekolah dulu,” kataku sambil berlalu pergi.

Dari jauh, aku dapat melihat ibuku memerhatiku dengan wajah yang sayu. Aku langsung tidak mengendahkan ibuku. Aku mengatur langkahku ke sekolah dengan segera.

******

“Assalamualaikum,” ucapku sebelum masuk ke rumah.

“Waalaikumussalam,” jawab ibuku dengan suara yang lemah.

Aku melihat ibuku jalan dengan terhuyung-hayang. Tiba-tiba,aku melihat ibuku rebah. Aku segera ke arah ibuku.

“Ibu! Ibu! Bangun ibu!” kataku sambil menggoyang-goyangkan tangan ibuku.

“Tolong! Tolong!” jeritku.

******

“Doktor, macam mana keadaan ibu saya?” soalku dengan wajah yang amat cemas.

“Jangan risau. Ibu adik cuma penat sahaja. Sebab tu ibu adik pengsan,” terang doktor yang merawat ibuku.

Aku menarik nafas lega. Mujurlah tiada sesuatu yang buruk berlaku kepada ibuku.

Aku masuk ke bilik ibuku. Aku melihat ibuku masih terbaring lemah.

“Kak ngah, maafkan ibu. Ibu tak mampu belikan kak ngah kasut baru,” kata ibuku.

“Tidak mengapa, ibu. Lepas ni, ibu tak payah buat kerja banyak-banyak. Nanti ibu pengsan lagi,” kataku.

“Maafkan kak ngah, ibu,” kataku kepada ibu.

Ibuku hanya tersenyum memandangku. Ibuku kemudian mengusap-usap kepalaku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: