Certot

Lyna & Bola Sepak

Hasil nukilan balqis qarirah 2 years agoSukan

“Eh! Mereka main apa itu?” Lyna bercakap sendirian. Dia terus berjalan dengan pantas menuju kearah budak-budak lelaki itu.

“Assalamualaikum! Boleh aku sertai main dengan kamu semua?”

“Waalaikumsalam, tidak boleh! Pandai kah kau main bola sepak? Sudalah perempuan! Sekali sepak melambung terus! Ada hati mahu main dengan kami!” jawab seorang budak lelaki itu.

“Sudah tentulah aku pandai main bola! Kalau kamu semua mahu tahu, masa aku tidak pindah ke sini lagi, aku ada kumpulan bola sepak sendiri! Kami dapat tempat juara setiap tahun berturut-turut!” jawab Lyna, membuka identitinya.

“Kalau begitu, kita lawan! Kalau aku menang, kau berambus dari sini. Kalau kau menang, kau dibenarkan sertai kumpulan kami. Okey?”

“Okey! Aku terima cabaran kau!”

*****

Budak lelaki itu membahagikan kumpulannya kepada dua untuk bermain bersama Lyna.

“Frit! Pertandingan bermula!” Bunyi wisel ditiup oleh pengadil menandakan pertandingan bermula.

*****

Nampaknya, bola dirampas oleh Lyna dari lelaki itu! Lyna menyepak bola itu ke arah jaring gol, dan gol!” Kumpulan Lyna mendapat tiga mata. 

Lyna bersorak gembira kerana dia lulus dengan cabaran yang diberikan. Budak lelaki yang angkuh tadi mengucapkan tahniah kepada Lyna. 

“Kau memang layak sertai kumpulan kami! Kau boleh panggil aku Hazmi.” 

Lyna berterima kasih. Semenjak hari itu, Lyna menubuhkan kumpulan bola sepaknya yang baru dengan nama We Are Football Player (WAFP). Lyna harap dia terus maju dengan sukan kegemarannya itu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: