Certot

Luka

Hasil nukilan Pika MK 2 years agoFiksyen 3

Ainan bangkit daripada tidurnya. Dia segera membersihkan dirikan dirinya dan bersiap. Hari ini hari pertama sekolahnya di Selangor. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan-rakan baru. 

“Ainan, cepat sarapan. Mama nak hantar Ainan awal hari ini.” Kedengaran suara ibunya, Puan Aina bergema. Dia segera turun lalu duduk di meja makan. 

Ada roti bakar mentega dan roti jem strawberi. Dia mengambil kedua-dua roti tersebut. Dia memakan roti itu dengan begitu gelojoh sehingga tersedak. Dia segera meneguk air teh O yang tersedia.

“Ainan, makan tu sopanlah sedikit. Ambil satu-satu,” ibunya menegur. Entah kenapa anak perempuannya perangai begitu.

“Akak memang gelojoh. Sebab itu tiada teman lelaki,” adiknya, Aiman berkata. Ainan membeliakkan matanya. Geram sungguh dengan adiknya. 

“Sudah, jom pergi. Kamu berdua sudah habis makan bukan? Ayuh,” Puan Aina menyampuk. Dia tidak mahu ada pertengkaran berlaku pagi-pagi ini. 

Ainan dan Aiman menurut sahaja. Mereka mengambil beg sekolah dan memakai kasut serentak. Mereka segera memasuki kereta Toyota Vios ibu mereka.

*****

Kelas 2 Melur begitu riuh. Kelihatan semua pelajar sedang sibuk membuat kerja masing-masing. Ada yang membaca buku,bergosip dan tidur. Tiba-tiba pintu kelas mereka diketuk. Kelihatan guru kelas mereka masuk. 

“Selamat pagi, Datin!” Danish berkata. Memang dia suka memberi gelaran kepada orang termasuk cikgunya sendiri. Seluruh kelas ketawa sebelum memberi salam dengan betul. 

“Amboi, seronok bukan main. Hari ini kamu ada kawan baru. Ainan, sila perkenalkan diri,” Cikgu Tasneem berkata. Ainan segera masuk ke kelas itu. 

“Assalamualaikum. Nama saya Nurul Ainan Binti Arman. Saya berasal dari Terengganu. Saya harap kamu semua dapat berkawan dengan saya.” Ainan tunduk sedikit. Dia sudah berlatih kelmarin. 

“Oh, Ainan dan Cikgu Tasneem bergabung jadi Ainan Tasneem. Penyanyi yang cun itu,” Danish menyampuk. Memang banyak mulut budak ni. Cili mulut baru tahu. 

“Baiklah, awak boleh duduk disebelah Najwa.” Cikgu Tasneem menunjukkan sebuah meja kosong. Kelihatan seorang gadis sedang melambai ke arahnya. 

Ainan menuju ke meja tersebut. “Hai, saya Ainan,” Ainan berkata kepada rakan sebelah. 

“Saya pula Nur Najwa Azwa. Nama kita berdua nama penyanyi. Memang kebetulan sungguh,” Najwa memperkenalkan diri. Wajahnya putih dan mempunyai hidung yang mancung. 

“Baiklah, cikgu keluar dahulu,” Cikgu Tasneem segera meminta diri. Dia keluar daripada kelas itu. Kelas menjadi riuh kembali. 

“Hai, nama saya Trisha. Selepas ini boleh buat geng nama yang seperti penyanyi.” Seorang lagi gadis bermata bundar dan bibir mungil memperkenalkan diri. 

“Huh, nama cantik ,tapi muka tak lawa.” Tiba-tiba seorang berkata. Dia ialah Erissa. Di sebelahnya ada kawannya,Ainul. 

“Wei, mulut jaga sikit. Awak ingat muka awak cantik sangat,” Trisha berkata. Dia berasa meluat melihat dua orang yang memang gedik. 

“Mestilah, kami gadis yang paling cantik. Kalau tak percaya, awak cermin muka budak itu,” Ainul menjawab. Dia mengeluarkan cermin daripada poket bajunya. Dia menunjukkan cermin itu ke arah Ainan. 

Ainan melihat ke arah cermin itu. Hodoh sangatkah dia? Kulitnya berwarna kuning langsat, hidung, mata, dan mulut biasa sahaja. Cuma ada pendakap gigi sahaja yang boleh dikata merosakkan wajahnya. Dia memandang seluruh wajah budak perempuan di kelasnya. 

Semuanya memang cantik. Hidung mancung, mata yang cantik, kulit putih bak salju, dan bibir yang mungil. Itulah yang ada antara gadis di dalam kelas. Dia termakan dengan kata-kata Ainul dan Erissa itu .Memang muka dia tidak secantik mereka. 

“Sudahlah, apa gunanya kalau muka cantik, tapi hati busuk,” Najwa berkata sinis. Dia memang sengaja memerli dua orang perasan bagus itu. Wajah mereka berdua menjadi merah seperti udang dibakar. Mereka segera meninggalkan tempat duduk Ainan. 

“Ainan, jangan terasa dengan kata-kata mereka. Awak cantik. Mungkin comel,” Trisha cuba memujuk kawan barunya itu. 

“Betullah kata mereka. Awak semua cantik-cantik belaka. Saya biasa-biasa sahaja,” Ainan berkata. Suara agak serak. Mungkin menahan sebak. 

“Awak memang tidak secantik kami, teapi awak tetap cantik,” Najwa berkata.Dia mengusap belakang Ainan. Mungkin dapat menenangkan hati kawannya itu. 

“Ini apa hal?” Tiba-tiba Hairi bertanya. Dia merupakan lelaki yang paling diminati ramai gadis di Tingkatan 2. 

“Si Erissa dan Ainul kata Ainan hodoh macam katak. Hari pertama sekolah sudah diejek,” terang Trisha. Dia hendak memburuk-buruk nama dua orang itu di depan lelaki yang di minati mereka. 

“Apa? Mereka memang melampau. Adakah patut kata begitu? Semua perempuan ada kecantikan tersendiri,” Hairi berkata. Dia memang pandai menjaga hati orang. Sebab itu agaknya ramai orang sukakan dia. 

“Tidak mengapa. Saya tidak kisah pun,” Ainan berkata. Hairi memandang wajah Ainan. 

“Kalau macam itu, baguslah. Tapi kalau mereka ganggu awak lagi, beritahu saya,” Hairi berkata sambil tersenyum.Lesung pipitnya terserlah. 

Ainan hanya mengangguk.

*****

“Siapa lelaki tadi?“Ainan bertanya kepada Najwa dan Trisha pada waktu rehat.Dia masih tidak mengenali lelaki yang boleh tahan kacak baginya. 

“Oh, itu Hairi. Dia tampan, bukan? Ramai orang sukakan dia. Tapi kami tidak minat dia. Sekadar anggap dia sebagai kawan baik,” Najwa berkata. 

Ainan hanya menggangkuk. Hairi. Lelaki yang sungguh mengambil berat terhadap rakan sekelasnya .Memang patut orang ramai senang dengan dia. 

“Er, Ainan. Kami kena jumpa cikgu sekejap. Awak baliklah kelas dulu,” Trisha berkata dengan serba salah. Ainan hanya menurut.D ia tidak mahu membantah. Dia segera menuju ke kelas. 

Ketika perjalanan di kelas, dia dilanggar oleh seorang. Dia jatuh terduduk.  

“Aduh!” Dia memaling wajahnya untuk melihat orang yang melanggar dia.A langkah terkejutnya apabila melihat wajah Erissa dan Ainul. 

“Huh, berani awak meminta simpati terhadap Hairi. Jangan sesekali dekat denganya.” Erissa menarik tudung Ainan dengan kasar.Ainan mengaduh kesakitan.

“Betul tu. Ini sebagai balasan sebab mendekati dia,” Ainul berkata lalu menuang jus epal ke atas Ainan. 

Ainan hanya terkejut dengan kejadian tadi. Baju dan tudung basah lecun.N asib baik dia pakai inner. Kalau tidak, pasti badannya kelihatan. Erissa dan Ainul ketawa melihat Ainan yang basah dituang jus epal. Tiba-tiba air mata mengalir dari mata Ainan. Apa salah dia sehingga dibuat sebegitu. 

“Alamak,anak kecil ini sudah menangis memanggil ibunya.“Erissa ketawa sinis.

“Woi, kamu buat apa pada Ainan?” Entah datang dari mana Hairi dan Danish. Erissa dan Ainul sudah berasa cemas. Lelaki pujaan mereka melihat apa yang dibuat terhadap Ainan. Mereka segera melarikan diri. 

Hairi mendekati Ainan manakala Danish cuba mengejar mereka. 

“Awak okey tak?” Hairi bertanya.Ainan masih menangis teresak-esak. 

“Okey awak kata? Kenapa saya dibuat sedemikian .Saya ingat saya boleh berkawan dengan semua orang, tapi saya salah. Ada orang tidak sukakan saya,” kata Ainan.

“Sudahlah. Awak tukar baju sekarang. Saya ada bawa baju lebih. Awak pakailah dulu.” Hairi cuba memujuknya. Dia menyuruh Ainan bangkit untuk menyalin baju. Ainan hanya menurut. Dia masih berasa sedih.

*****
Ainan sudah menukar pakaian kepada baju sukan Hairi. Nasib baik dia hampir sama tinggi dengan Hairi. Baju Hairi agak longgar dan labuh. Tidak mengapa, lebih bagus. 

Ainan memasukkan baju sekolah yang basah di dalam plastik yang diberi oleh Hairi.D ia segera masuk ke kelas. Kelihatan Najwa dan rakan sekelas yang lain juga pakai baju sukan. Ainan berasa hairan.

“Eh,macam mana awak tahu ada sukan selepas ini? Saya masih belum beritahu awak. Dan awak sudah beli baju sukan? Tapi kenapa baju lengan pendek?” Najwa tiba-tiba menyampuk Pelbagai soalan diajukan kepada Ainan.

Baru Ainan faham. Patutlah Hairi ada bawa baju lebih. Ada sukan rupa-rupanya hari ini. Tapi kalau dia pakai baju Hairi, Hairi hendak pakai baju apa? 

“Peninglah Ainan hendak jawab soalan awak itu. Jom pergi padang sekarang.” Trisha menarik Ainan agar turut serta dengan pelajar lain.Ainan mengikuti mereka turun ke padang. Di situ sudah ada cikgu menunggu.

“Hairi, kenapa kamu tak pakai baju sukan?” Guru sukan mereka bertanya. Mereka semua memandang Hairi. Hairi masih berbaju sekolah lengkap.

“Maafkan saya, cikgu. Saya tertinggal baju sukan saya di rumah.” Hairi berbohong. Dia hanya tersengih.

“Disebabkan kamu tidak memakai baju sukan, kamu didenda. Sila ambil semua kayu hoki untuk kami semua.” Guru sukan memberi arahan. Hairi memberi tabik spring. Dia berlari ke arah stor sukan. 

Ainan hanya merenung Hairi.Tidak sangka Hairi sanggup didenda.Memang gila agaknya budak itu.

“Baiklah, panaskan badan sekarang.” Cikgu segera memberi arahan. Mereka membuat dua bulatan lalu memanaskan badan.

*****
Waktu balik. 

“Akak, kenapa akak tukar baju?” Aiman bertanya. Hendak kata mereka beli baju itu,memang tak. 

“Oh, tadi akak jatuh. Selepas itu, ada budak tertumpahkan air di atas akak. Kawan akak pinjamkan baju ini dekat akak,” Ainan berkata. Dia terpaksa berbohong. Tidak mengapa, bohong sunat. 

“Padan muka. Tapi kesianlah juga,” Aiman berkata. Walaupun dia kurang ajar,tapi dia tetap ada nilai baik hati. Ainan membulatkan matanya. Sempat lagi usik dia. 

Ainan hendak mencubit pipi adiknya yang agak tembam. Tetapi tidak jadi kerana ibu mereka sudah sampai.Aiman segera memasuki kereta ibuya. Ainan hanya mengikuti di belakang. 

“Bagaimana hari pertama sekolah?” tanya Puan Aina.Aiman menunjukkan ibu jarinya yang bermaksud semua okey. 

“Bolehlah. Ada yang tidak kawan dengan Ainan,” kata Ainan. Dia malas hendak berbohong lagi. Cuma menambahkan dosa sahaja. Dia memberi perhatian kepada ceramah agama yang disampaikan di radio Nasional FM. Keadaan menjadi senyap. 

“Hari ini mama hendak pergi shopping. Nak ikut tak?” ibunya memecah kesunyian. Ainan dan Aiman menggangkuk dengan laju sekali. Sudah lama tidak pergi ke komplek membeli-belah. 

Sesampainya dirumah, Ainan segera bersiap. Begitu juga dengan Aiman. Setelah ibu mereka bersiap, mereka pun keluar dari rumah.

*****

Keesokkan harinya. 

Ainan menuju ke kelasnya. Kelihatan hanya sedikit orang di dalam kelas. Mungkin dia terlalu awal agaknya. Jam menunjukkan pukul 7.15. Dia menuju tempat duduknya lalu mengeluarkan novel Aku Mahu Banglo Pink. 

“Hai, Ainan! Awalnya awak datang.” Najwa dan Trisha muncul secara tiba-tiba. Ainan hanya tersenyum. 

“Memang setiap hari saya datang pada 7.15,” Ainan berkata.

“Oh, patutlah. Jom kita pergi ronda-ronda kawasan sekolah. Lagipun kami berdua tidak sempat tunjukkan kawasan sekolah,” Trisha berkata.

“Baguslah. Saya memang hendak tengok kawasan sekolah ini.” Ainan menutup novelnya.Dia segera bangkit dari kerusi. Mereka segera keluar dari kelas.

“Makmal sains berada di sana, manakala… bla… bla… bla… bla….” Najwa memberi penerangan yang sungguh panjang. Ainan hanya mendengar walaupun telinganya sakit mendengar penerangan yang panjang lebar itu. 

Ketika mereka sampai di bilik muzik, beberapa ekor ular mainan jatuh di atas kepala mereka. Mereka menjerit ketakutan. 

“Wah, ular!” 

“Jangan bunuh aku!” 

“Cis, mainan rupa-rupanya. Siapa yang buat semua ini?” Trisha mengambil ulat mainan itu. 

“Mesti budak lelaki yang buat,” Najwa berkata .Memang budak lelaki suka mengusik budak perempuan. 

“Sudahlah, kita balik kelas. Nanti banyak lagi perangkap yang datang,” Ainan berkata. Sudahlah dia memang takutkan ular. Najwa dan Trisha bersetuju. Mereka segera balik ke 2 Melur.

*****
Najwa, Ainan, dan Trisha menuju ke kantin.Dalam perjalanan mereka, kelihatan banyak pelajar sedang memandang mereka. Mereka semua ketawa kecil. 

“Kenapa semua orang tengok kita? Baju kita kotorkah?” Trisha tertanya-tanya. Tudung mereka senget ataupun baju mereka ada kotoran? Mungkin wajah dia ada jerawat yang besar. Oh,tidak! 

“Wah, ular!” Seorang budak lelaki berkata lalu ketawa terbahak-bahak. Wajah mereka bertiga bertukar menjadi merah seperti kek red velvet. 

“Macam mana mereka tahu tentang kejadian tadi?” Ainan bertanya. Dia berasa sungguh malu. 

“Entah-entah mereka yang buat semua itu,” Trisha berkata. Dia yakin pasti budak lelaki itu yang buat prank yang tidak lawak itu. Dia segera menuju ke arah budak lelaki itu. 

“Kenapa awak baling ular mainan itu dekat kami? Awak mahu cari pasal?” Trisha merenung lelaki itu. Kecut perut semua yang ada di situ. 

“Bukan saya yang buat. Ada orang hantar video ini kepada saya.” Lelaki itu memberi telefonnya kepada Trisha. Trisha mengambil telefon itu. Dia menonton video tersebut. Wajah Trisha berubah menjadi merah apabila melihat Ainul muncul dalam video.Dia sedang memegang baldi yang penuh dengan ular. 

“Tak guna!“T risha melempar telefon tersebut. Nasib baik pemiliknya pantas menangkap telefon dia. Lelaki itu merenung Trisha dengan pandangan yang pelik. 

“Kenapa Trisha?” Najwa bertanya. Pasti kawannya sedang menahan amarah. 

“Erissa dan Ainul. Mereka dalang dalam semua ini,” Trisha berkata dengan nada yang geram. Mata Najwa dan Ainan terbeliak. 

Trisha segera menuju ke kantin. “Saya hendak jumpa mereka berdua,” Trisha berkata kepada Najwa dan Ainan. Mereka berdua segera mengikuti Trisha. 

Trisha terlihat kelibat Erissa dan Ainul. Dia segera menuju ke arah mereka. Dia menolak Erissa. 

“Kenapa awak cari pasal dengan kami? Ada hendak kena ke?” jerit Trisha. Kantin menjadi senyap. Semua pelajar memandang mereka. 

“Salahkah?Kalau tidak mahu kena macam tadi,kau orang kami berkawan dengan Ainan.“Erissa berkata.Ainan terkejut mendengar kata Erissa tadi. 

“Kenapa awak benci sangat dengan Ainan? Apa salah dia sampai hendak ugut orang?” Najwa bertanya. Dia tidak puas hati kerana harus tinggalkan Ainan. 

“Awak tak perlu tahu. Kau orang cuma kena tinggalkan si Ainan itu,” Ainul menyampuk pula. Ainan cuba menahan sebak tetapi tidak berjaya. 

“Kalau kamu hendak buat apa-apa dekat saya, buatlah. Cuma jangan libatkan mereka. Mereka tidak ada mengena dengan semua ini. Pukullah saya. Bulilah saya.Cuma jangan libatkan mereka berdua,” Ainan akhirnya bersuara. Air mata mengalir dari mata Ainan.

“Okey, kalau itu yang awak minta. Jangan menyesal pula.” Erissa bersetuju dengan kata-kata Ainan.N ajwa dan Trisha mengangakan mulut mereka. Biar betul Ainan ni.

Erissa dan Ainul segera meninggalkan mereka. ‘Akhirnya saya menang,’ bisik hati kecil Erissa.

*****
Sudah sebulan Erissa dan Ainul menganggu Ainan. Trisha dan Najwa tidak mampu buat apa-apa kerana Ainan menyuruh mereka diam. Dia tidak mahu mereka berdua terlibat dengan semua ini. 

Keesokkan harinya. 

“Ainan tidak datang ke?” Najwa berkata. Kelihatan meja Ainan kosong. Selalunya Ainan datang awal, tetapi tidak kali ini. 

“Entah, mungkin hari ini dia datang lewat,” Trisha berkata. Dia harap Ainan baik-baik sahaja. Dia duduk di mejanya. 

“Saya rasa tak sedap hatilah. Kalau Ainan ada masalah macam mana?” Najwa berasa risau. Macam mana kalau Ainan di kurung oleh Erissa? Fikiran Najwa dipenuhi dengan benda yang mengarut. 

Kring! Loceng berbunyi. 

Cikgu Tasneem memasuki kelas. “Cikgu ada berita. Hari Ainan telah berpindah ke sekolah lain.”

“Apa?” Najwa menjerit. Dia tidak percaya yang Ainan sudah pergi. Sampai hati Ainan tidak beritahu dia. Begitu juga dengan Trisha. Mereka berdua paling terkejut apabila mendengar berita itu. 

“Najwa, Trisha, kamu ada tak alamat rumah Ainan? Mungkin Ainan cuma pindah sekolah sahaja.” Tiba-tiba Hairi bertanya. 

“Ada, kita pergi selepas sekolah juga,” Trisha berkata. Dia harus bertemu Ainan juga.

“Okey, kita pergi selepas sekolah.” Hairi bersetuju dengan cadangan Trisha. Begitu juga dengan Najwa.


*****
Ainan memandang jalan raya. Dia terpaksa berpindah ke Johor. Dia tidak pasti mahu gembira ataupun sedih. Kadang-kadang dia rasa menyesal kerana tidak beritahu Najwa dan Trisha yang dia akan pindah. 

‘Pasti mereka kecewa dan marah. Saya ini memang teruk,’ hati kecil Ainan berkata. Dia mengalirkan air mata. Dia kehilangan sahabat dan terlepas daripada seksaan yang teruk. 

‘Maafkan saya.’ Ainan menekup mukanya dengan teddy bear yang dia pegang sejak tadi.N ampaknya ada luka yang sembuh dan luka yang baru.

*****
“Tidak guna.” Hairi menghentakkan kakinya.Rumah Ainan kosong.S ah mereka sudah pergi ke tempat yang jauh. 

“Ainan sudah tiada. Saya masih belum mengenali dia dengan rapat.” Najwa menahan sebak. Dia kehilangan Ainan.T risha mengusap belakang Najwa agar dia bertenang. 

“Tidak mengapalah. Dia tidak akan dibuli lagi. Luka yang dia simpan selama ini mungkin akan sembuh. Lagipun penderitaan dia sudah berakhir,” Trisha berkata. Mata sudah berkaca. Walaupun dia agak tegas, tetapi dia juga akan menangis. 

Hairi hanya terdiam. Kata-kata Trisha betul. Entah kenapa dia rasa sungguh sedih. Ya, dia sedih kerana seorang perempuan. Tidak pernah lagi dia rasa begitu. 

Najwa, Trisha, dan Hairi meninggalkan rumah banglo itu dengan penuh kesedihan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: