Certot

Love You Mrs. Superhero

Hasil nukilan Aunie hanani 2 years agoSuperhero

“Ina, mari turun makan! Hari ini ibu masakkan makanan kegemaran kamu. Gulai batang pisang dan ikan siakap goreng!” Puan Hanissa memanggil anak tunggalnya.

“Sekejap ibu, Ina sedang turun,” Ina menjawab panggilan ibunya.

“Wah, mesti ibu masak sedap!” puji Ina.

“Sudahlah, mari makan. Nanti kamu lewat ke sekolah pula.”

“Baik ibu,”

                                                               ******

Aku Adlina Humairah. Orang selalu panggil aku Ina. Hidup aku biasa sahaja. Tidaklah daif sangat, kaya sangat pun tidak. Ayahku sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan, manakala ibuku merupakan temanku yang paling setia. Namun aku langsung tidak tahu pekerjaannya kerana dia tidak mahu aku tahu tentang itu. Oleh itu, aku sentiasa memerhati setiap gerak-geri ibuku. Dan kini, aku tahu segalanya tentang dirinya. Sehinggalah pada suatu hari….

“Ibu, Ina ada tulis surat untuk ibu. Ibu baca kuat-kuat, ya,” kataku.

“Okey,” balas ibu.

  Saya mempunyai seorang ibu yang sangat hebat. Dia selalu mengambil berat tentang diri saya dan pelajaran saya. Segala kemahuan saya diturutinya. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana mempunyai seorang ibu seperti ibu saya, tetapi….

 Langkah Puan Hanissa terhenti.

  Dia tipu.

 Puan Hanissa terus memandang anaknya.

 Dia tipu tentang segalanya. Dia tipu yang dia tidak sakit. Dia tipu yang dia tidak letih. Dia tipu yang dia ada banyak duit. Dia tipu dia ad kerja hebat. Setiap hari dia memakai kot dan menyatakan yang dia seorang bekerjaya hebat, namun sebenarnya tidak. Dia tipu. Demi seorang anak yang dia sayang.

 Ina berpaling ke arah ibunya. Kelihatan butir-butir mutiara jernih ibunya sudah menitis. Dia menangis lantas berlari memeluk ibunya dengan erat.

“Maafkan ibu, Ina. Ibu cuma mahu yang terbaik untuk Ina. Ibu tidak mahu kamu malu ada ibu yang tidak bekerjaya seperti ibu,” luah Puan Hanissa separuh menangis.

“Tidak, ibu. Ina tidak akan malu, tetapi Ina bangga sangat sebab ibu sanggup habiskan masa, tenaga, dan wang semata-mata untuk Ina. Ibu, terima kasih sangat-sangat kerana sentiasa disamping Ina tidak kira susah ataupun senang.”

Puan Hanissa dan Ina menangis dalam pelukan.

                                            *****

 Ibu merupakan seorang insan yang sangat hebat di mataku.

 Makan minumku, pakaianku, tempat tinggalku diberikan olehnya untukku.

 Dia sanggup bersusah payah mencari wang hanyalah untukku.

 Ibu, terima kasih.

 Kerana telah menjagaku dengan baik sekali.

 Kerana telah menjadi teman yang paling setia.

 Kerana sentiasa disampingku tanpa mengira masa.

 Kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadaku.

Aku sayang ibu.

 Ibu,

 Kaulah superheroku!

Love You Mrs Superhero….

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: