Certot

London atau Paris?

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL 2 years agoSuperhero 36

Cuti panjang telah pon tiba, inilah masanya untuk pergi bercuti bersama keluarga! Wohoo!

“Ayah! Ayah! Cuti ni kita nak ke mana? Paris atau London?”

Ayah bertanya, “Kalau adik pilih mana? Ayah ikut je adik nak pergi mana. 

Adik berkata, “Adik nak pergi Paris. Ada macaron! Adik nak makan macaron yang banyak dan sedap! 

Kata ayah, “Baiklah. Minggu depan kita pergi Paris!

“Yahoo! Pergi Paris! Sayang Ayah!”

*****

Setibanya di Paris.

“Baiklah, kita pergi check in Hotel dulu ya semua?” kata ayah. 

“Baiklah ayah.”

“Sekiranya semua setuju, esok baru kita mulakan perjalanan kita untuk bersiar-siar di Paris ya.” 

Setibanya di Hotel. 

“Wah, besarnya bilik hotel kita! Bolehlah adik baring sepuas-puasnya! Berguling-guling! Yahoo!

*****

Keesokkannya.

“Ayah, kita pergilah sarapan dulu ya? Adik laparlah!”

“Baiklah, kita pergi makan di cafe yang berada di bawah hotel, ya? Kemudian, kita pergi menara yang popular tu. Dengar cerita, kita boleh naik ke tingkat paling atas untuk melihat pemandangan di sekitar Kota Paris yang cantik sangat!”

*****

“Ayah, kita pergi kedai cenderamata dulu ya?Adik nak beli cenderamata untuk kawan-kawan adik! Mesti mereka suka!” 

“Baiklah, kita pergi ke kedai cenderamata dulu. Seronoknya ayah tengok anak ayah ni! Gembira semacam je anak ayah ni?”

“Mestilah, sebab adik dapat pergi Paris ngan ayah dan ibu!”

*****

Di Malaysia

Hai kawan-kawan! Tengoklah apa yang saya bawa ni!” 

“Wah, apa tu? Untuk kami?” kata kawan-kawannya.

“Mestilah untuk kamu semua! Ole-ole dari Paris! Macam-macam aku beli untuk korang tau! Come on girls! Come and choose what you want!

Baiklah, saya balik dulu. Nanti mak dan ayah saya marah pula. 

*****

“Eh, kenapa banyak sangat kereta di halaman rumah aku ni?Mak dan ayah ada buat kenduri ke?Aku tak tau pula.” Lalu,aku pun masuk ke rumah.

Abangku berkata, “Adik, ibu, dan ayah dah tak ada. Mereka kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari kedai.”

Aku menangis semahu-mahunya! Mataku bengkak akibat menangis terlalu banyak.

Aku tidak akan melupakan kenangan ketika pergi ke Paris. Ibu, ayah, adik doakan ibu dan ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: