Certot

Ampunkan Aku!

Hasil nukilan Ft. nur aina 3 years agoFantasi 36

“Butakah?” Aku merenung wajah wanita separuh abad itu. Air kopi yang tadi terhidang di depan mata sudah tertumpah terkena baju kemejaku. Baju kemeja berwarna merah jambu itu aku pandang. Ah! Hitam! 

Pantas wanita itu mengambil kain dapur yang digunakan untuk mengelap. Dia berkata, “Maafkan ibu, nak. Ibu tidak sengaja.” 

Kain itu aku rampas. “Ah! Kau memang sengaja kan! Tak nak aku pergi kerja! Nak suruh aku teman kau! Eii, kalau aku tahu macam ini, dah lama aku hantar kau pergi rumah orang tua! Biar senangn dan tak menyusahkan orang!” Kain itu aku baling. Terkena mukanya. 

Dia terduduk di atas lantai. Air mata laju mengalir di pipinya yang berkedut. 

“Ma… maafkan ibu, nak….” 

“Dah! Aku nak tengok lepas aku balik semua dah kemas! Faham!” Baju kemejaku harus ditukar. Laju aku pergi ke bilikku. Aku menukar baju kemeja yang berwarna biru pula. 

Wanita itu bangun lalu mengemas meja makan yang bersepah. Aku keluar dari bilik dan terus melangkah keluar dari rumah dua tingkat itu. Hatiku mula rasa tidak tenteram. Aku berhentikan langkah. 

‘Ah! Mainan hati saja!’ kataku sambil melangkah kembali. Aku memasuki perut kereta mewah BMW yang aku beli dari hasil titik peluhku sendiri. Aku menghidupkan kereta itu. Dengan berhati-hati aku membawa kereta itu keluar dari rumah.  Laju kereta itu menyusur ke lebuh raya utama. 

***** 

“Hai!” Aku melambai ke arah kawanku. 

“Hai!” Dia memandangku sambil tersenyum manis. 

Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku mengeluh kecil. Hmm… nombor yang langsung aku tidak kenal. Ah, abaikanlah! Aku simpan semula telefonku. 

***** 

Petang itu, aku pulang seperti biasa. Kelihatan ramai orang di rumahku. Kenapa ya? Aku pun tidak tahu jawapannya. Pantas aku keluar dari keretaku. Aku bertanya kepada jiranku. 

“Mira, ada apa? Kenapa orang ramai ada di rumah aku?” Dia memandangku tajam. Langsung tidak memberi jawapan. Seolah-olah aku ada buat salah. Hurm… terasa seseorang menepuk bahuku. Aku memandang belakang. Ayah! 

“Ayah! Apa ayah buat di sini? Ayah tak kerja?” Aku bertanya dengan nada yang kuat. Ayahku memelukku. Hairan. Kenapa ya? 

“Dik, ibu dah tak ada,” katanya sebak. Aku terpinga-pinga. Walaupun benci, aku tetap sayang ibuku. 

“Tadi, ayah yang telefon. Tapi adik tak angkat. Ibu dah meninggal masa itu. Ayah tahu adik benci ibu, tapi….” Ayahku mengeluh. Ibu! Maafkan adik! Aku berlari masuk ke dalam rumah. Kelihatan ramai orang sedang membaca surah Yassin. Aku menerpa ibuku. Ah! Ibu! Aku menjerit! 

Pusara ibu kurenung. Ibu…. ampunkan adik. Ibu, adik sayang ibu. Ya, adik benci ibu. Tapi tetap ada sayang. Ibu… maafkan adik!


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: