Certot

Let’s Rock and Roll

Hasil nukilan Micheal Midian 2 years agoFiksyen

Majlis Akhir Tahun bakal berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah Jaya. Pelbagai persiapan dan persembahan sedang giat dilakukan oleh pelajar tingkatan empat yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan. Begitu juga Aliana Hanim, pengurus majlis itu nanti yang sememangnya sibuk dengan pelbagai urusan.

Namun di sebalik kegarangan dan ketekunan dia menyusun persembahan dan atur cara majlis, dia mempunyai kerisauan terhadap hidup peribadinya. Rakan-rakannya, Yusniza,g adis bertudung yang mendalami ilmu agama bakal berpindah ke sekolah tahfiz pada tahun hadapan. Manakala Shalini, gadis India yang kasar namun ceria bakal berpindah ke India.

Jadi, dia harus memastikan majlis kali ini bakal memberikan fenomena dan ingatan yang kekal terhadap pelajar-pelajar sekolah itu. Namun segala usahanya hampir musnah apabila gudang tempat letak barangnya terbakar. Peserta persembahan pula tarik diri dan khabar angin ada makhluk halus menghantui kawasan pentas tersebar luas. Memang sakit kepala dibuatnya!

Aliana hampir berputus asa, namun dia tetap meneruskannya walaupun majlis itu tidaklah sempurna seperti yang diimpikan. Namun konsert oleh kumpulan rock menggegarkan sekolah, persembahan teater komedi oleh pelajar tingkatan dua sememangnya menggeletek jiwa, tarian kebudayaan dan K-Pop oleh pelajar perempuan tingkatan tiga, dan muzik-muzik yang didendangkan sememangnya tidak ubah seperti pesta bersuka ria. 

Aliana, Yusniza, dan Shalini sememangnya mengalami peristiwa yang sungguh mengagumkan. Namun alangkah bagusnya mereka bertiga tidak berpisah. Namun segalanya telah tertulis. Aliana tetap menyimpan memori indah kali terakhir bersama rakan-rakannya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: