Certot

Layakkah AKU ?

Hasil nukilan Aina Zahira 3 years agoSukan 34

Namaku Nur Laila Syazila. Umurku kini sudah mencecah 12 tahun. Aku belajar di SK Taman Meru. Pada tahun lepas, aku sudah berusaha untuk menjadi olahragawati sekolah namun gagal. Aku berharap agar pada tahun ini, impian aku menjadi satu kenyataan. 

KRING!

Jam loceng yang berada di sisiku berbunyi. Aku terpaksa mentutup telingaku kerana tidak tahan untuk mendengar bunyi yang terlalu kuat. Aku mengambil kain tuala merah jambuku yang terletak di hujung katil lalu mandi. Setelah usai mandi, aku mengambil pakaianku yang sudah digosok semalam. Aku turun ke tingkat bawah untuk bersarapan. Aku meneruni tangga rumahku dengan berhati-hati. Aku berjalan menuju meja makan. 

“Sedapnya  masakan mama. Sandwich sardin dengan air milo. It’s my favourite food,” pujiku. “Bismillahirrahmanirrahim.” Aku pun makan dengan sopan dan tertib.

“Bye, mama,” kataku. 

Aku pun naik ke atas bas sekolah yang sudah menungguku di luar rumah. Bas itu pun terus ke sekolah kerana rumahku ialah perhentian terakhir. Sementara sampai di sekolah, aku berbual-bual dengan  sahabatku iaitu Ummi. Sedar tak sedar, kami sudah tiba di sekolah . 

“Terima kasih, Pak Cik Amin,” kataku.

Aku meletakkan beg galasku di dalam kelas. Lalu , aku turun ke tapak perhimpunan. Majlis perhimpunan rasmi dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri, dan lagu sekolah. Kini, tibalah masa untuk ucapan guru penolong kanan kokurikulum iaitu Cikgu Rahim. “Terima kasih, pengerusi majlis. Untuk makluman anda semua, sekolah kita akan mengadakan hari sukan peringkat sekolah pada minggu ke-2 bulan ini. Harap maklum,” kata Cikgu Rahim. Semua murid berasa gembira kerana itu ialah hari yang paling seronok.

KRING! 

Loceng waktu rehat sudah berbunyi. “Tak sabarnya nak tunggu hari sukan. Seronok sangat. Syaz, kau seronok tak?” tanya Ummi. 

“Siapa kata tak seronok. Beritahu aku. Aku dah berazam tahun ini aku nak buat yang terbaik untuk menjadi olahragawati sekolah,” jawabku.

*****

Aku pun pulang ke rumah menaiki bas sekolah itu. Dalam perjalanan pulang, aku bernyanyi-nyanyi kerana terlalu gembira.

Entah apa rasa, indahnya di jiwa. Entah apa rasa, aku pun tidak tahu. 

Aku pun tiba di rumah. “Mama tahu tak, nanti sekolah Syaz nak buat hari sukan. Tak sabarnya. Ibu bapa juga dijemput untuk hadir ke  sekolah,” terangku. 

“Oh, ye. Kalau Syaz jadi olahragawati, mama hadiahkan sebuah basikal fixie untuk Syaz yang disayangi,” kata mamaku.

*****

Hari yang dinanti kini sudah tiba. Pada hari ini, Aku tidak datang dengan menaiki bas. Tetapi, aku datang dengan mama papaku yang tercinta.  Setelah sampai, mama dan papa pergi ke khemah waris manakala aku pergi ke khemah rumah sukan Kekwa iaitu rumah sukanku. Aku terlibat dalam acara larian 100 meter, 80 meter berpagar, lompat jauh, 4x100 meter dan 4x200 meter. Pada tahun lepas, mataku hanya kurang sedikit sahaja daripada olahragawati pada tahun lepas. Aku mendapat 2 pingat emas dan 3 pingat perak manakala olahragawati itu mendapat 3 pingat emas dan 2 pingat perak.

Sebelum acara larian 100 meter berpagar di mulakan, aku pergi ke olahragawati itu. “Nisa’, kau kan dah dapat gelaran olahragawati itu tahun lepas. Bagilah peluang untuk aku pulak. Kalau tidak, siap kau aku kerjakan,” ugutku. 

Nisa’ berasa sangat takut lalu bersetuju dengan permintaanku .

PRIT!       KEKWA .... TERATAI .... SERI PAGI .... TULIP ....     

Wisel telah ditiup. Semua ahi rumah sukan bersorak untuk peserta rumah sukan masing-masing.  Semua orang berlari dengan sekuat hati. Aku melihat Nisa’ juga berlari dengan pantas. Aku berasa sangat marah kerana dia telah mungkir janji. Aku menolak Nisa’ dengan perlahan kerana takut disyaki oleh orang lain. Syukurlah, pengadil menganggap itu hanya tidak sengaja. Nisa’ pun keluar dari trek. Di lututnya terdapat luka kecil. Aku meneruskan larianku sehingga ke garisan penamat. Aku melonjak keriangan. 

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman nama-nama pemenang. Aku menunggu namaku yang bertuah ini disebut. 

“Olahragawati kita pada tahun ini jatuh kepada Nur Laila Syazila dengan mendapat 4 emas 1 perak. Emas dalam acara larian 100 meter, 4x100 meter, 4x200 meter dan lompat jauh. Aku naik ke atas podium dengan perasaan penuh bangga.

Ketika guru besar ingin menghadiahkan pingat kepadaku, perasaanku berkata, “Syaz, kau tak layak menerimanya. Yang layak ialah Nisa’.”

“Maaf, cikgu. Saya tak layak menerima hadiah ini. Ini adalah satu penipuan. Yang layak ialah Nisa’. Sebenarnya saya yang tolak Nisa’. Saya terlalu mengikut nafsu. Maafkan saya,” kataku dengan penuh jujur. Maka, hadiah itu diberikan kepada Nisa’. 

Aku pulang ke rumah dengan gembira kerana aku telah bersikap jujur. Aku berjanji tidak akan menipu lagi. Atas kejujuran aku itU, mamaku tetap memberikan hadiah kepadaku. 

“Mama bangga sangat kerana anak mama bersikap jujur. Janji pada mama, jangan buat lagi,” kata mamaku. 

“Syaz janji mama,” balasku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: