Certot

Laut Tuju Harapan

Hasil nukilan M.S. Jieya 3 years agoSukan 19

Namaku Syuhada. Aku lahir di Malaysia dan berpindah ke Banda Aceh ketika aku berumur satu tahun. Aku seorang yang gemar berenang sejak aku kecil. Aku belajar berenang dengan sendiri. Aku selalu berenang di laut sebelah rumah aku. Satu hari, aku menyertai lawatan ke Cameron Highlands. Aku sungguh teruja. Selepas beberapa hari, aku mendapat khabar keluarga aku di terkorban kerana Banda Aceh dilanda tsunami. Aku tersungguh sedih. Sekarang, aku duduk di Kota Baharu bersama Atuk dan Nenek. Walaupun mereka juga tinggal di tepi laut, aku lansung tidak menjejakkan kaki ke dalam laut. Aku berlatih berenang di kolam renang sahaja.

Satu tahun kemudian….

“Baiklah, sekolah kita akan mengadakan Pertandingan Berenang di laut Kota Baharu. Dan pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap dua. Tahap dua semua digalakkan masuk.” 

Ucapan guru besar itu membuatkan semua orang teruja. Tetapi, itu lain bagi Syuhada. 

“Syuhada, kau kan mahir berenang? Apa kata kau masuk?” kata Alisha. 

Syuhada berminat, tetapi dia masih takutkan tsunami itu. 

“Tak nak lah. Aku dah satu tahun tak pijak air laut. Trauma tsunami,” kata Syuhada. 

“Syuhada, kau tahu tak, kami semua nak kau masuk tau. Kau dah tak boleh putar balik ke masa lepas. Move on lah Syuhada. Untuk kawan kau, please, masuk?” rayu Alisha. 

“Aaaa, yelah yelah, aku masuk, tapi jangan marah kalau aku berhenti tengah jalan eh?” gurau Syuhada. 

“ Yey, semoga berjaya,” kata Alisha.

Syuhada berlatih dengan tekun dan gigih di kolam renang. Tetapi, dia masih takut untuk menjejak ke laut. 

*****

Akhirnya, hari pertandingan sudah pun tiba. 

‘Hmm… takutnya. Macam mana ni? Nak tarik diri nak terlambat dah,’ kata Syuhada dalam hatinya. ‘Atuk, Nenek, kawan-kawan, semua orang meletakkan harapan pada aku. Aku tak boleh hampakan diaorang!’ kata Syuhada lagi. 

“Baiklah! Perlawanan akan bermula sekarang!”

“Sedia! Mula!” Pengadil membunyikan hon dan semua orang berlari kedalam laut. 

Apabila sampai kebahagian yang dalam, mereka terus mula berenang. Mereka perlu berenang sejauh 100 meter. Syuhada berenang dengan teguh tetapi dia cuba sedaya upaya untuk tidak menakutkan dirinya. Sekarang, mereka semua sudah berada separuh jalan daripada bahagian permulaa. 

“Wow! Mereka semua berenang dengan laju sekali! Nampaknya akan ada banjir yang besar berlaku di Kota Baharu ini!” 

Sebaik sahaja terdengar perkataan ‘banjir’, Syuhada teringatkan memori silamnya tentang kejadian di Banda Aceh. Dia terus tersedak dan mula berhenti berenang. Kemudian, dia tenggelam ke dalam air dalam situasi kelemasan. Syuhada semakin tenggelam ke dasar laut tetapi tiba-tiba, dia terdengar suara iaitu suara ibunya. 

Ibu berkata, ”Syuhada, jangan biarkan masa lepas jadi pintu halangan bagi masa depan kamu. Ibu bangga dengan Syuhada.” 

Mendengar kata-kata itu, Syuhada terus naik keatas permukaan laut, tarik nafas dalam-dalam lalu terus berenang dengan laju sekali. Syuhada memecut dengan laju hinggakan dia memotong semua orang. Akhirnya, dia orang pertama sampai ke garisan penamat.

“Dan Syuhada adalah orang yang bergelar juara di pertandingan ini!” 

Semua orang bersorak gembira terutama sekali Atuk, Nenek dan kawan-kawannya. Syuhada jura bersyukur kepada Tuhan Yang Esa. Sejak hari itu, Syuhada tidak lagi trauma dengan laut. Dia juga kerap ke laut untuk bermain, berseronok, berlatih berenang dan sebagainya yang selalu dikenang.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: