Certot

Langit Tetap Biru

Hasil nukilan Hans’ 3 years agoFiksyen 399

Wajah didongakkan ke dada langit yang kelam tanpa taburan bintang. Bagaikan video, kenangan lalu menerjah fikirannya satu per satu. Kenangan. Manusia hidup dalam kenangan. Tapi tidak semua mampu menerimanya. Termasuk dia. Tanpa sedar, senyum tawar ditarik segaris. Air liur yang terasa berpasir ditelan. Mata dipejamkan seketika sebelum kembali memandang langit dengan perasaan yang berbuku.

“Kau serius?”

“Kau pernah nampak aku main-mainkah kalau melibatkan benda ni?” Sinis suaranya membalas.

“Tak… tetapi sudah tujuh tahun kau tak balik Malaysia, Ren. Aku masih tak lupa penyebab kau berubah secara drastik.”

“Kenapa? Kau masih tak percaya aku dah berubah? People change dude, people change.”

“Heh! Kalau betul pun kau dah berubah, I hope the new Ren is able to handle the old Ren. Lupakan perkara lama dan mulakan hidup baru. France is not your bread and butter. Am I right? Aku tahu kau rindu Malaysia.”

Jeda seketika. Entah macam mana Ren hilang kata-kata. Zahid menarik nafas panjang di talian.

“Biarlah masa menentukannya,” perlahan suaranya membalas.

“Yeah! Right. Kata-kata seorang pengecut yang kalah sebelum berjuang. Kau pengecut?” ujar Zahid lantas memutuskan talian. Tiada salam. Tiada pamitan. Ren hanya terpaku merenung gagang telefon dengan sayu. 

Itu cerita seminggu yang lalu.

Tujug tahun dulu Ren menyusuri kaki lima Kolej Tengku Izman sambil menyanyi-nyanyi kecil. Gembira betul hatinya hari ini.

“Eh, kenapa semua orang tengok aku semacam?” soalnya sendiri. Pelik. Semua orang tengok dia dengan pandangan sinis. Langkahnya mati di hadapan papan kenyataan. Berkerut dahinya. Ini macam….

Hah! Terbuntang matanya. Tangannya pantas mencabut kertas-kertas yang mendedahkan tentang keluarganya. Aib keluarganya. Terduduk dia di situ. Sungguh, dia malu!

Sejak itu, dia membawa diri ke Perancis. Tanah kelahiran ibunya. Dia tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Malaysia. Kerana dendam dan cemburu, manusia sering kalah dengan nafsu. Adam Firas. Nama penyebab angkara.

Kini kakinya terpaku di tengah-tengah balai ketibaan KLIA. Matanya digosok berkali-kali. Pelawaan Zahid untuk menemaninya ke KLIA menjemput seseorang diterima dengan senang hati tanpa diketahui siapa orangnya.

“Be… betul ke apa yang aku nampak ni?” tuturnya perlahan. Dia dah balik. 

“Adam Faris. Ingat aku lagi? Ren. Ahmad Zahen Hafizi,” tenang Ren menutur kata.

“Kau… kau dah balik?” terketar-ketar suaranya membalas. 

Ren berhenti betul-betul di hadapan Adam. Tangan dihulurkan.

“Peace, bro.” Serentak dengan itu tubuh Adam dipeluk erat. 

“Selagi kita menghirup udara-Nya, memandang langit yang sama, siapa kita untuk melawan qada dan qadar-Nya. Dendam itu nafsu sedangkan langit kita tetap biru,” ucap Ren tenang sambil mengangkat ibu jari tanda syabas kepada Zahid.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: