Certot

KUPEMENANG BUKAN PENGECUT!

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL about 3 years agoSukan 19

Satu hari di SRAI SM ,aku dan rakan-rakanku hendak menyertai pertandingan bola jaring. Tetapi ramai yang mengejekku. Aku berasa sedih.

Aku hendak menyertainya kerana aku minat bola jaring. Mereka mengejekku hanya kerana aku pendek.

Semasa pertandingan, cikgu memilihku untuk mewakili sekolah. Aku berasa gembira tapi dalam masa yang sama, aku berasa sedih kerana mereka tetap mengejekku. Aku membuktikan kebolehanku ketika latihan bola jaring.

Tiba hari pertandingan, semua murid dan guru menyaksikan pertandingan itu. Aku berasa gementar dan berdebar-debar! Aku takut sekiranya mereka mengejek aku lagi.

Akhirnya, aku berjaya membuktikan kepada semua orang yang aku bukannya pengecut! Tetapi aku seorang pemenang! Mereka meminta maaf kepada aku kerana mengejekku. Aku telah membuktikan yang orang pendek seperti aku juga boleh menjadi pemenang!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: