Certot

Kunci Langit Bintang

Hasil nukilan Micheal Midian 1 year agoFantasi 15

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Diana Louvre, gadis kacukan Scotland dan Melayu yang berperwatakan pelik. Dia sering dipinggirkan budak-budak lain sewaktu kecil.Dia juga merupakan anak yatim piatu dan dibesarkan oleh makciknya. Diana juga sering diejek kerana tidak mempunyai ibu bapa.

 Pada suatu hari, Diana terjumpa seorang lelaki bernama Ramzi. Lelaki itu mengatakan segala impian Diana akan tercapai sekiranya gadis itu mengumpul tujuh komponen jam yang tersembunyi di tujuh lokasi berbeza. Demi mengubah nasib hidupnya, Diana melarikan diri dari dan memulakan perjalanannya ke tujuh lokasi itu mengikut peta yang diberikan oleh Ramzi.

 Dalam perjalanan, seorang wanita mulia bernama Amirah ingin menolongnya mencari komponen jam itu. Seseorang tiba-tiba memberi amaran agar jangan mencari komponen-komponen jam itu. Jika tidak, dunia akan ditimpa malapetaka. Demi mencapai impiannya, Diana meneruskan perjalanannya bersama Amirah.

 Apabila mereka berdua berjaya menjumpai ketujuh-tujuh komponen jam itu, Ramzi merampasnya. Ramzi menggabungkan semua komponen itu dan menghidupkan jam itu. Dunia menjadi huru-hara dan tidak tentu arah. Diana menyedari dia tidak patut mendengar kata-kata Ramzi. Namun, seperti apa yang dikatakan, semua impian Diana akan tercapai. Jadi, dia menggunakan peluang itu untuk mengembalikan komponen jam itu ke tempat asalnya dan dunia akan aman.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: