Certot

KUMOHON KEAMPUNAN

Hasil nukilan irdina sarah ^_^ 1 year agoFiksyen

Hai, namaku Zara. Aku berusia 12 tahun aku yang paling bongsu antara enam adik-beradik yang bernama Afifie, Afifi, Zakwan, Amir, dan Mukrin.

Aku sudah berusia 12 tahun, tetapi aku malas belajar kerana masa dahulu aku seorang yang agak pandai dan cantik orangnya. Aku sentiasa mahu menonjolkan diriku dengan memakai mekap dan memakai pakaian yang ketat apabila keluar berjalan. Sekiranya dihalang, aku akan melawan kata-kata ibu bapaku. Selain itu juga, aku tidak sembahyang dan tidak memakai tudung. Ibuku selalu menasihati aku supaya memakai pakaian elok dan menutup aurat, tetapi aku melawannya.

Pada suatu hari, aku dan keluarga keluar berjalan-jalan. Aku melintas jejantas sambil menarik legan ayahku dan tiba-tiba….

BAM!

Aku dan ayahku dilanggar oleh lori kayu balik. Kami pun dikejarkan ke hospital. Semasa aku sedar, aku mendengar tangisan ibuku sambil memanggil namaku. Aku menjawabnya, tetapi mereka tidak mendengar. Aku melihat di sisi katil. Ayahku berada di sebelah katilku, ayahku sudah sedar dan sedang berbual dengan doktor. Baru aku sedar yang itu hanya mainan tidur. Aku terbangun daripada tidur di kereta. Inilah peringatan yang diberikan oleh Yang Maha Esa untu menyedarkan aku. Aku pun mula menutup aurat, bersembahyang, dan mengaji. 

Jadi semua orang perlu hargai ibu bapa sebelum mereka meninggalkan kita. Janganlah lupakan semasa mereka menolong kita dalam kesusahan. Kita juga perlu menjaga lidah dan percakapan kita semua. Hargailah mereka semua. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: