Certot

Aku Tidak Dihargai

Hasil nukilan Sarah about 3 years agoFantasi 38

Sarah Nur Azzahra ialah seorang gadis yang berangan-angan menjadi pengawas. Tidak kiralah pengawas PSS ke pengawas sekolah ke dia tidak kisah. Alia mendapat tahu bahawa Sarah bercita-cita ingin menjadi pengawas. 

Dia berjumpa Sarah dan berkata “Alahai kau, kasut kotor, baju selekeh, tudung senget nak jadi pengawas. Tak akan dapatlah.”

Dalam diam Sarah menangis kesedihan. Sarah selalu terbayang dia menjadi seperti Aina Nabila iaitu merupakan rakan karibnya. Aina selalu disambut ketika datang ke sekolah, ditunggu menukar beg, dan macam-macam lagi.

Seorang lagi rakan karibnya ialah Laila Najwa. Laila selalu meminggirkan Sarah dan ketika Aina tidak melayannya baru hendak datang pada Sarah. Begitulah kehidupan hariannya. Sangat sedih bukan?

Pada satu hari, seorang pelajar baru daripada sekolah cina berpindah ke Sekolah Dato’ Ahmad Manaf. Pelajar baru tersebut bernama Darwisyah Sasha. Pada mulanya Sarah benci pada gadis itu kerana dia telah merampas kawan baiknya. Tetapi hari demi hari, Sarah mula menerimanya sebagai rakan baiknya.

Sarah tidak rasa dipinggirkan atau tidak dihargai oleh rakan-rakannya lagi. Mereka gembira bersama-sama. Semoga Sarah berjaya menjadi pengawas yang diinginkannya itu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: