Certot

Kurela Kau Pergi

Hasil nukilan Siti Nur Aqilah 2 years agoSuperhero 37

“Papa! Erin mahu pergi ke kedai ya. Mahu beli gula-gula dan aiskrim. Papa mahu pesan apa-apa?” laung Erin dari luar rumah. Tangannya sudah memegang beberapa keping duit. Hanya menunggu keizinan ayahnya, baru dia boleh pergi.

“Pergilah Erin. Papa cuma mahu kamu belikan papa panadol. Kepala papa rasa sengal-sengal semacam,” balas ayah Erin sambil memicit-micit kepalanya yang pening. 

“Okey, papa!” Erin terus berlalu pergi dan bergerak ke Kedai Runcit Pak Yaakob di hujung kampung.

“Suatu hari nanti, aku kan bebas ayayaya. Dan pada oh hari itu, dengar aku nyanyikan ayayaya,” Erin menyanyikan lagu Suatu Hari Nanti yang dinyanyikan oleh Najwa Latif, penyanyi kegemarannya.

Erin hidup berdua bersama ayahnya selepas kematian ibunya yang meninggal akibat kanser rahim. Ibunya juga meninggal bersama-sama kandungan di dalam perutnya. Apabila mengetahui berita itu, Erin terus pengsan dan selalu muram. Dengan kegigihan ayahnya yang selalu menceriakannya, Erin kembali ceria seperti dahulu.

“Terima kasih, pak cik.” Erin terus mengambil beg plastik yang dihulurkan oleh pekerja di kedai itu. 

“Eh, berapa kali nak beritahu Erin? Panggil saya abang. Gelilah panggil pak cik. Rasa macam dah tua!” Pekerja itu terus memarahi Erin, tetapi lebih kepada bergurau. Sememangnya semua pekerja di situ telah mengenalinya kerana Erin merupakan pelanggan tetap kedai itu. 

“Erin balik dahulu, ya.” Erin terus berlalu dari situ. Tidak dihiraukan langsung gurauan lelaki itu tadi.

*****

“Eh,kenapa ramai sangat orang ni?” Erin menjadi musykil apabila terlihat berderet-deret kereta di situ. Orang pun boleh tahan ramai.

Erin menjadi terkejut melihat sekujur tubuh yang berbaring di atas tilam nipis. Tubuh itu dilitupi dengan selimut.

“Papa! Papa! Papa kenapa baring dekat sini? Papa bangunlah. Jangan tinggalkan Erin. Erin tidak mahu keseorangan sekali lagi!” jerit Erin sambil tangannya memeluk tubuh ayahnya. Ayahnya telah kembali ke rahmatullah. Ayahnya telah pergi meninggalkannya sendirian.

*****

“Erin, ini surat yang ayah awak sediakan untuk awak. Mungkin dia sudah tahu yang dia akan pergi. Jadi dia telah menyediakan surat untuk awak terlebih dahulu.” Mak cik Erin menghulurkan sekeping surat kepada Erin. Erin membuka surat itu.

Erin,

Ayah minta maaf kepada Erin jika ayah menyakitkan hati Erin. Ayah tahu ayah salah. Tetapi ini untuk kebaikan Erin juga. Sebenarnya, ayah telah lama menghidap penyakit barah paru-paru. Puncanya ayah tidak tahu. Tetapi, apa yang ayah ingin Erin tahu bahawa ayah sangat sayangkan Erin. Erin belajar baik-baik, ya. Jangan lupa solat. Selamat tinggal.

Erin terus menyimpan surat itu di dalam kocek seluarnya. Dalam hati, Erin berdoa agar ayah dan ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: