Certot

Kismis

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoFiksyen 34

    Adibah seorang yang cemerlang dalam pelajaran akademiknya. Tetapi dia lemah dalam mata pelajaran agama terutamanya Hafazan. 

“Adibah dapat nombor berapa dalam kelas?” soal Puan Aina.

“Nombor tiga, ibu,” jawab Adibah.

“Alhamdulillah, tetapi kenapa Adibah nampak tak gembira ni?” soal Puan Aina.

“Sebab Adibah tak dapat mumtaz dalam hafazan ibu,” jawab Adibah dengan nada yang sayu.

“Adibah dah cuba hafal surah-surah tu ibu. Tapi Adibah asyik lupa je,” kata Adibah lagi.

“Sabarlah Adibah. Kalau Adibah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan seterusnya berserah kepada Allah, Insya Allah Adibah akan berjaya,” kata Puan Aina.

“Ibu pergi dapur kejap ye.” 

Adibah hanya duduk termenung di atas sofanya. Dia sedang memikirkan keputusan hafazannya.

“Adibah buat apa tu?” soal Amira.

“Eh Kak Amira, takde buat apa pun,” kata Adibah.

“Tapi kenapa muka macam sedih je ni?” soal Amira lagi.

“Adibah tak dapat mumtaz dalam hafazan,” jawab Adibah.

“Adibah, sabarlah ye,” pujuk Amira.

“Kak Amira ada cara tak macam mana nak nak kuatkan ingatan,” soal Adibah.

“Oh ada. Kalau Kak Amira selalu makan kismis,” kata Amira.

“Eh, kenapa kismis?” soal Adibah lagi.

“Sebab kismis ni banyak khasiatnya tau. Lepas tu, kismis ni boleh bantu kuatkan ingatan,” terang Amira panjang lebar.

“Kalau Adibah nak, Kak Amira boleh bagi,” sambung Amira lagi.

“Emm… bolehlah,” jawab Adibah.

~~~~~~~~~~~

Keputusan peperiksaan akhir tahun telah pun keluar dan Adibah telah mendapat nombor satu. Adibah berasa amat gembira sekali. Keputusan hafazannya juga mumtaz. Kini dia gemar mengambil kismis. Dengan mengambil kismis ingatannya menjadi semakin kuat.D ia juga sangat bersyukur kepada Allah.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: