Certot

Kiseki No Kokoro

Hasil nukilan Muhammad Aliff Haiqal bin Jamaludin 3 years agoFantasi 29

Beberapa abad yang telah berlalu, terdapat sebuah kristal ajaib yang berada di dalam hutan yang sangat tebal dan jauh. Di dalam hutan itu juga terdapat beberapa raksasa yang kejam dan ganas. Ramai orang mati akibat berlawan dengan raksasa yang kuat itu termasuklah kanak-kanak dan orang dewasa. Di tepi hutan itu terdapat sebuah kampung yang kecil. Ramai pekerja penoreh getah di kampung tersebut takut untuk keluar pergi menoreh getah sehinggalah kini.

Di kampung itu, terdapat seorang pemuda yang bernama Azrin. Beliau adalah seorang yang berani dan beliau juga terkenal dengan gelaran Pahlawan Handal, Along, dan lain-lain. Beliau selalu berlatih silat dan bermain pedang pada waktu malam dan siang. Beliau bukan sahaja pahlawan yang handal tetapi juga pandai membuat strategi berlawan. Azrin mempunyai beberapa rakan yang handal sepertinya.

Pada suatu hari, semasa Azrin pulang dari kedai.Beliau terserempak dengan beberapa orang tua yang sedang bercerita tentang kristal ajaib. Ini kali pertama beliau mendengar tentang kristal ajaib tersebut. Dia bercadang untuk mencari kristal itu bersama rakan-rakannya.

Setelah memberitahu rakan-rakannya tentang kristal tersebut, mereka mengemas barang-barang dan bermalam di hutan tersebut. Sebelum mereka pergi mengembara, mereka membuat strategi untuk mengalahkan raksasa yang kuat itu. Beberapa minit selepas membincang tentang strategi tersebut, mereka pergi mengembara ke dalam hutan tersebut.

Hari telah larut malam, mereka telah membuat khemah serta menyalakan unggun api untuk bermalam di situ. Beberapa jam kemudian, Azrin telah bangun daripada tidur lalu mengejutkan rakan-rakannya. Mereka menyambung pengembaraan mereka. Mereka semakin hampir dengan kristal ajaib, salah seorang rakan Azrin menyuruh mereka berhenti kerana terdengar suara raksasa yang diceritakan oleh penduduk kampung lalu menyuruh serang raksasa itu mengikut strategi yang telah dibincangkan.

Mereka pergi menyerang raksasa tersebut lalu strategi yang dihasilkan oleh mereka tidak berjaya. Mereka masing-masing terpaksa melakukan serangan rahsia mereka untuk berlawan dengan raksasa itu. Selepas beberapa helah telah digunakan, raksasa tersebut telah dikalahkan oleh mereka. Malangnya beberapa rakan Azrin telah cedera tetapi mereka masih tersenyum dan tergelak-gelak kerana berjaya mengalahkan raksasa itu. Mereka mengambil kristal ajaib tersebut lalu mereka mendapat pelbagai emas dan duit sebanyak RM1,000,000. Mereka pulang sambil membawa harta tersebut serta membahagikan ganjaran itu.

 Akhirnya kampung yang berdekatan dengan hutan itu hidup dengan aman. Mereka tidak takut untuk menoreh getah lagi. Semenjak itu, mereka digelar sebagai The Legendary Fighter.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: