Certot

Kisah Seorang Murid Pintar Yang Bernama Amran

Hasil nukilan Muhammad Aliff Haiqal bin Jamaludin 2 years agoFiksyen 28

Amran seorang murid yang pintar. Dia selalu mengajar rakannnya yang tidak faham tentang pelajaran dan dia juga, selalu memperoleh keputusan yang cemerlang semasa ujian peperiksaan di sekolahnya. Namun begitu,dia tidak pernah meninggi diri.

Pada tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan UPSR. Dia selalu belajar pada waktu awal pagi kerana pada waktu itu otaknya masih segar. Dia juga taat kepada agama dan tidak pernah meninggalkan solat kepada Tuhan. Selain itu, Amran juga bijak membahagikan masa belajar dan bermain. Di rumah pula,dia menyediakan jadual belajar secara sistematik.

UPSR semakin hampir, dia mengurangkan aktiviti sukan dan mengantikannya dengan belajar bersungguh-sungguh. Dia berazam untuk membanggakan ibu bapanya dengan memperoleh keputusan yang cemerlang dan masuk ke sekolah berasrama penuh serta menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Sebelum menghadapi peperiksaan UPSR, Amran menjaga pemakanannya dengan memakan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menghindarkan diri daripada sebarang penyakit yang berbahaya

Hari ini hari yang dinanti-nantikan olehnya. Dia tiba di sekolah lebih awal daripada biasa. Sebelum datang ke sekolah, dia bersalaman dengan ibubapanya dan memohon maaf serta meminta ibu bapanya mendoakan kejayaannya. Selepas itu, dia masuk ke dewan sambil berzikir dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kertas soalan mula diedarkan oleh pengawas peperiksaan. Sebelum menjawab, dia berdoa kepada tuhan agar dipermudahkan menjawap soalan yang dikemukakan. Dia mula menjawab soalan dengan tenang dan yakin.

Setelah tiga hari berjuang di dalam dewan peperiksaan, dia berjaya  menjawab semua soalan yang dikemukakan. Dia selalu melakukan solat hajat supaya Tuhan melembutkan hati pemeriksa yang menanda kertas jawapannya supaya memberikan markah yang tinggi. Dia berharap agar doanya di makbulkan kerana dia percaya bahawa Tuhan itu maha pemurah.

Beberapa bulan selepas UPSR tamat, keputusan UPSR akan diumumkan. Akhirnya doa Amran dimakbulkan. Dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan dinobatkan sebagai tokoh akademik sekolah serta menjadi pelajar terbaik seluruh Malaysia. Amran berasa sungguh gembira dan bersyukur atas kejayaan yang dianugerahkan daripada Tuhan.

      

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: