Certot

Kisah Duka Maisara

Hasil nukilan Safiya Fany 3 years agoFiksyen 39

Maisara seorang gadis yang cantik dan kaya. Dia juga diminati ramai lelaki, tetapi satu sahaja yang dia inginkan. Dia inginkan seorang kawan yang ikhlas berkawan dengannya, bukan berkawan dengannya kerana rupa parasnya. Dia inginkan seorang sahabat yang sudi mendengar segala suka dan dukanya, yang sentiasa ada saat dia susah mahupun senang.

Kring! 

Tanda tamatnya waktu persekolahan. Maisara berjalan berseorangan menuju ke parkir kereta sambil melihat kelibat keretanya yang dipandu oleh pemandunya, Encik Hisyam.

“Maisara!” Lantang namanya dipanggil oleh Dania dari tingkat atas. Terus sahaja wajahnya berpaling ke arah Dania. 

“Sinilah cepat, cikgu panggil,” panggil lagi Dania. Maisara bergegas menuju ke bilik guru.

Maisara menangis teresak-esak saat turun dari tangga apabila mengetahui bahawa pemandunya Encik Hisyam terlibat dalam kemalangan pada tengah hari tadi. Dia tertanya-tanya akan soalan yang terdetik di hati dengan siapa dia akan pulang nanti? Bagaimana dia mahu ke sekolah selepas ini? Dengan ibu bapanya? Memang mustahil kerana ibu bapanya yang sering sahaja mengabaikannya kerana sentiasa sibuk akan urusan kerja mereka.

Dia terpaksa pulang berjalan kaki. Dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan seorang perempuan yang tak dikenali. 

“Hai, awak siapa?” Pantas Maisara menegur perempuan itu. 

“Oh, hai saya Diana. Saya baru sahaja pindah ke sini,” jawabnya dengan wajah yang ceria. 

Maisara terus tersenyum. Entah mengapa dirinya terasa sangat gembira dengan melihat riak wajah Diana ini sedangkan dia baru sahaja bertemu.

“Oh, baiklah jika begitu. Saya pulang dulu,” kata Maisara dengan wajah yang ceria.

“Baiklah. Semoga kita bertemu lagi!”

Setelah Maisara pulang, dia terus ke dapur. 

“Adik tahu tidak bahawa Pak Hisyam ada di hospital?” kata bibik Hany dengan perasaan yang sedih. 

Tahu, tadi dekat sekolah cikgu ada beritahu Sara,” jawab Maisara. Dia segera berlari naik ke atas menuju biliknya. Dia baring diatas katil empuk sambil tertanya-tanya mengapa dia begitu gembira melihat wajah Diana tadi.

Kesokan harinya, setelahMaisara pulang dari sekolah, dia mencari kelibat Diana. Tiba-tiba dia terdengar satu panggilan. Terus dia pandang ke arah belakang. 

“Ah, saya lupa mahu tanya semalam apa nama awak, ya?” tanya Diana kepada Maisara.

Maisara tersenyum. Akhirnya dia jumpa Diana. “Nama saya Maisara. Awak boleh panggil saya Sara.” 

Diana berkata, “Wah, sedap nama awak. Apa pun selamat berkenalan!”

Maisara begitu gembira sekali. “Selamat Berkenalan juga.”

Setelah lama, Diana sudah pun pindah ke sekolahnya. Mereka sudah menjadi sahabat. Semua yang mereka lakukan pasti bersama. Itulah yang diinginkan Maisara selama ini. Keadaan dia yang sering diabaikan oleh ibu bapanya sekarang sudah pun makin rapat. Sekarang hidupnya sudah berubah apabila bertemu dengan perempuan yang bernama Diana. Dia kini lebih ceria jika dibandingkan dengan dulu. Dia bersyukur sangat kerana Allah mempertemukannya dengan Diana.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: