Certot

Khas Buatmu Ayah

Hasil nukilan microsof excel 2 years agoSuperhero 2

“Qeisya!” Kedengaran satu suara memanggilnya. 

Qeisya lantas menoleh. Seperti yang disangka, Ina sedang melihat kearahnya. “Takpalah Ina, Qeisya tak lapar,” jawab Qeisya.

“Qeisya, hari ini mak cik kantin hidangkan nasi goreng, pasti lazat,” kata Ina lagi memujuk Qeisya.

*****

  “Qeisya, ayah ada buatkan nasi goreng untuk Qeisya,” panggil Encik Hafizul.

“Baik ayah,” jawab Qeisya lalu Qeisya lantas menuruni anak tangga.

“Sedapnya nasi goreng ini, ayah,” puji Qeisya.

“Mestilah, masakan ayah kan yang paling sedap,” kata Encik Hafizul.kemudian mereka tertawa seketika.

*****

  “Qeisya! Qeisya, Qeisya okey tak?” soal Ina kerisauan.

Lamunan Qeisya lantas terhenti. “Tak pa lah Ina, lagipun Qeisya dah makan tadi,” jawab Qeisya lemah.

           *****

  “Qeisya Izara, ini keputusan ujian kamu.” Cikgu Nafisah menghulurkan sekeping kertas kepada Qeisya. “Tahniah Qeisya, markah bahasa Malaysia kamu adalah yang paling tinggi,” kata cikgu Nafisah sambil tersenyum.

           *****

  Kring! Jam loceng merah jambu Qeisya berbunyi. Qeisya lantas menyiapkan diri untuk aktiviti pada hari ini.

  “Baiklah, hari ini kita akan merentas desa,” terang cikgu Hazilah merangkap guru pendidikan jasmani.

  “Mula!” Kedengaran suara cikgu Hazilah   menandakan acara bermula.

  Tiba-tiba botol air Qeisya terjatuh ke atas jalan raya.Qeisya segera menuruni bukit yang agak curam itu untuk mengambil botolnya. Qeisya amat menyayangi botol air itu kerana itu adalah pemberian terakhir dari arwah ayahnya.

  Tiba-tiba…. 

Pang!

“Qeisya!” jerit Ina. Ina lantas berlari ke arah Qeisya.

  “Ayah hari ini ayah nak bawak Qeisya ke mana? “soal Qeisya dengan nada teruja. 

“Rahsialah,” balas ayahnya.

“Alah ayah ni, dengan Qeisya pun nak berahsia.” Qeisya memuncungkan mulutnya

  “Ayah nak bawa….” Belum sempat encik Hafizul menghabiskan kata-katanya.

Bam!

   “Ayah!” jerit Qeisya lalu air matanya mengalir membasahi pipinya. Ina dan cikgu Hazilah hanya memandang Qeisya.

          *****

  “Masuk!” jawab psngetua rumah anak-anak yatim Seri Petaling. Qeisya lantas duduk lalu memandang pengetua.

“Mengapa puan panggil saya?” tanya Qeisya dengan penuh debaran.

“Sebenarnya begini, dua minggu lagi pertandingan sajak. Jadi saya ingin kamu menyertai pertandingan tersebut,” terang Puan Rosmawati dengan penuh jelas.

“Saya tidak akan membantah, tetapi bolehkan saya tahu apakah tajuknya?” soal Qeisya.

  “Saya harap awak akan bersetuju untuk menyertai pertandingan ini dan tajuknya adalah ayahku superhero,” jawab puan Rosmawati perlahan.

“Tapi puan…,” keluh Qeisya. 

“Saya tahu ini mungkin sukar bagi kamu tapi kamu harus mencuba,” pujuk Puan Rosmawati.

“Saya akan fikirkan nya, minta diri ya puan.” Qeisya lantas meninggalka  pejabat pengetua sambil menangis tersedu-sedu.

           ***

  Hari berganti hari..Qeisya telah bersetuju untuk menyertai pertandingan tersebut..

  “Saya mempersilakan Qeisya Izara,” kata pengerusi.

Qeisya perlahan-lahan memasuki pentas..

“Ayah ialah satu pemberian tuhan yang patut dihargai. Ayah… dia mencari duit untuk isteri dan anaknya. Walaupun dia kesempitan, dia tetap berusaha untuk menggembirakan anak-anak dan isterinya. Sekian, terima kasih.”

           *****

  “Pemenang ialah Qeisya Izara!” ucap pengacara pertandingan. 

Qeisya menaiki pentas lalu mengambil trofi tersebut sambil mengucapkan terima kasih. Air mata Qeisya membasahi pipinya.

‘Ini adalah hadiah Qeisya untuk ayah,’ ucapnya dalam hati.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: