Certot

Kerana Sebatang Pensil

Hasil nukilan Shamim 2 years agoSuperhero 8

             

  Tidak lama lagi peperiksaan besar UPSR akan bermula. Azlina mulai resah. Sudahlah peperiksaan akhir tahun lepas, dia hanya memperoleh tempat ke-17 dalam kelas. Azlina hanya mendapat anugerah kehadiran penuh sahaja.

*****

  Tanggal yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Tanggal 3 September ialah hari jadi Azlina. Langkah demi langkah menuju ke ruang tamu. Kelihatan lampu ditutup.

Plup!

  Lampu dibuka.

Happy birthday to you,

Happy birthday to you,

Happy birthday to Azlina,

Happy birthday to you.

  Sebaik sahaja lagu habis bergema, Azlina terus meniup lilin yang berjumlah 12 batang yang di letakkan di atas kek keju itu.

“Lina, hadiah ini papa belikan untuk kamu. Happy birthday,” ujar Encik Sazali sambil tersenyum.

“Terima kasih,” jawab Azlina ringkas.

  Azlina memakan dua potong kek keju, dua keping pizza mozzarella, dan seketul ayam goreng KFC hot and spicy. Dijamahnya satu per satu keping pizza. Saat yang paling menggembirakan hati ialah saat memukul piñata sambil mata ditutup dengan kain hitam. Dan apabila piñata pecah, itu masa untuk merebut gula-gula yang bertaburan di bawah pohon mangga epal yang ditanam oleh Puan Maria yang kini berbuah lebat.

  Parti berakhir. Azlina menjejak kaki ke biliknya. Dikoyakkan pembalut hadiah yang berwarna pink dan hitam bercorak damask.

Apa!

  Jeritan Azlina terdengar hingga ke ruang tamu di mana Puan Maria dan Encik Sazali sedang menonton televisyen dalam rancangan Majalah Tiga. Mereka berdua bergegas ke bilik Azlina yang berada di tingkat dua.

“Lina, apa yang jerit-jerit ini?” tanya Encik Sazali dengan nada serius.

“Papa, setakat benda murah macam ini tidak usahlah beri. Saya pun boleh beli sendirilah,” ujar Azlina sambil menunjukkan set alat tulis jenama Stabilo pemberian ayahnya itu.

“Lina, papa berikan kamu hadiah itu sebab tak lama lagi kamu kan mahu menghadapi UPSR. Jadi gunakan lah pensil ini,” ujar Encik Sazali lembut.

“Kalau guna pensil ini bukannya boleh dapat 5A pun,” Azlina mula menzahirkan rasa marahnya terhadap ayahnya itu.

“Kamu tahu tidak? Setiap kali papa sembahyang, papa selalu doakan kamu sihat, menjadi anak yang soleh, dan menjadi anak yang rajin,” ujar Encik Sazali sambil mengusap lembut rambut Azlina yang kerinting itu.

“Saya tidak pandanglah semua itu! Mama dan papa cepat keluar dari bilik saya. Saya benci papa!” kata kata Azlina itu mulai mengguris hati ayahnya.

  Encik Sazali menangis mendengar kata-kata anaknya yang dibelai dengan penuh kasih sayang itu. Dia percaya bahawa sisa-sisa kasih sayang Azlina terhadap Encik Sazali masih tersisa dalam hati kecilnya.

*****

  Hari demi hari berlalu. Tibalah tanggal 9 September iaitu tanggal paling bersejarah bagi murid-murid tahun enam. Tibanya sebuah peperiksaan terpenting bagi setiap murid sekolah rendah. Perkara paling penting itu ialah UPSR.

*****

  Azan subuh mulai memecah keheningan bayu pagi. Azlina terbangun daripada semua igauan mimpi aneh yang sejak kebelakangan ini asyik menyerang tidur Azlina walaupun sudah mencuci kaki sebelum tidur.

  Terus digapai tuala merah jambu bercorak polkadot milik Azlina terus melangkah kaki kiri ke dalam bilik air. Selesai mandi, dia terus menyarung badannya dengan baju kurung putih dan kain biru.

“Mama, saya nak guna pensil apa UPSR nanti?” Azlina mula membuka bicara.

“Gunalah pensil hadiah papa kamu itu,” Puan Maria menjawab.

“Tak mahu. Saya tidak mahu menggunakan pensil bekas tangan papa,” ujar Azlina selamba.

“Tak baik kamu berkata begitu. Ayah kamu beri kamu ikhlas,” kata Puan Maria pada anak sulungnya itu.

“Walaupun gempa bumi, badai atau tsunami, saya tetap tak mahu guna pensil ini,” Azlina mula memberontak.

“Ikut suka kamulah. Mama tak tak kisah walau kamu tidak bawa pensil pun,” kata Puan Maria sambil menoleh pandang ke arah dapur.

  Dengan tangan terketar-ketar, Azlina mengambil set menghadapi ujian yang dihadiahkan oleh ayahnya dan segera memasukkan ke dalam beg yang dibeli di Aceh, Indonesi itu.

*****

  UPSR bermula. Gementar hati Azlina tak tertanggung oleh dirinya. Azlina menjawab UPSR dengan penuh teliti. Satu per satu perkataan dibacanya sangat penuh teliti. Mana tidaknya, dalam hati Azlina hanya menerapkan 5A saja. Jika tidak, penat lelah usaha selama enam tahun itu tidak berbaloi.

UPSR berakhir.

*****

  Kini harinya untuk mengambil keputusan UPSR. 17 November, tanggal yang ditunggu-tunggu. Perasaan gementar, seronok, dan takut bercampur-baur.

“Azlina, tahniah! Awak berjaya memperolehi 5A,” kata Cikgu Zainab yang merupakan guru kelas Azlina.

“Alhamdulillah, berkat doa mama selama satu tahun,” Puan Maria pula bersuara.

“Puan, saya ucap kan tahniah untuk anak puan. Saya tak sangka kerana selama ini dia hanya sekadar murid biasa,” kata Cikgu Zainab dengan nada lembut.

“Terima kasih,” jawab Puan Maria ringkas.

*****

  Azlina masuk ke rumah dalam tangis gembira.

“Papa, lihat ini,” Azlina mula bersuara.

“Ya Allah! Papa tak sangka kamu boleh dapat 5A!” Encik Sazali menjawab.

“Papa, disebabkan pensil hadiah daripada ayah, saya takkan dapat keputusan sebegini!”  kata Azlina sambil memeluk erat Encik Sazali.

“Sebenarnya sebelum papa beri pada kamu pensil itu papa ada jampi supaya kamu dapat 5A,” kata Encik Sazali sambil ketawa kecil.

“Terima kasih, papa,” kata Azlina mengundang titisan air mata antara Azlina dan Encik Sazali.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: