Certot

Kenangan terakhir

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoFiksyen 63

  “Wah, tak sabarnya besok. Nanti ada jamuan akhir tahun. Tak sabarnya!” kata Wani.

 Wani ialah sahabat baik kepada Insyirah sejak mereka kecil lagi.

“Insyirah, kenapa awak diam je?” soal Wani.

Insyirah hanya tersenyum dan menggeleng. Tetapi dalam hatinya, penuh rasa duka dan lara yang tidak akan orang lain fahami.

~~~~~~~~~~~

Akhirnya, jamuan hari raya di Sekolah Kebangsaan Indah Permata pun telah tiba. Semua pelajar gembira sekali pada hari itu kecuali Insyirah. Dia masih bersedih lagi.

‘Kenapalah dengan Insyirah ni. Ada masalah ke?’ soal Wani dalam hati. 

Wani perasan kebelakangan ini, Insyirah kerap kali termenung. Dia sendiri berasa hairan dengan sikap rakan baiknya itu.

“Insyirah, awak bawa telefon?” soal Wani.

“Bawa,” jawab Insyirah.

“Okey, apa kata kita ambil gambar bersama-sama. Nak tak?” cadang Wani pula.

“Okey, jom,” kata Insyirah dengan gembira.

Sepanjang hari itu, Wani dan Insyirah telah bergembira. Inilah kali pertama Wani melihat senyuman Insyirah yang paling manis sekali.

Kring! Kring!

Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan. Ada murid yang gembira dan ada yang sedih. Semua murid bersalaman antara satu sama lain.

“Wani, maafkan segala dosa saya kepada awak. Halalkan semua benda. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi,” kata Insyirah dengan nada sebak.

“Eh, kenapa awak cakap macam ni. Tahun depan kan kita jumpa lagi. Saya pun sama. Maafkan segala dosa saya dan halalkan semua benda,” kata Wani pula.

Sebelum pulang, Insysirah memberi sesuatu kepada Wani.

“Eh, apa ni Insyirah?” soal Wani sambil memegang sebuah kotak yang dihias dengan reben yang diberi oleh Insyirah.

“Awak bukalah ya. Saya balik dahulu,” kata Insyirah sambil berlalu pergi.

Sebaik kotak itu dibuka oleh Wani kelihatan sekeping gambar dia dan Insyirah yang amat cantik sekali. Terdapat nota kecil di tepinya. Apabila membaca nota itu Wani terkejut. Barulah dia tahu hari itu adalah hari terahir Insyirah di sekolah itu. Insyirah dan keluarganya akan berpindah ke Shah Alam dan itulah kenangan terakhir dia dengan Insyirah yang paling indah sekali.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: