Certot

Kenangan Itu

Hasil nukilan Ika Zulkefle 1 year agoFiksyen

Nama aku Hani Rose. Walaupun namaku kedengaran agak mewah, namun begitu tidak. Aku hidup dengan kesederhana dan kekurangan.

Ibu bapaku selalu memperingatkan aku supaya belajar rajin-rajin untuk masa hadapanku. Dan aku sentiasa buat yang terbaik untuk ibu bapaku.

Aku bercita-cita hendak menjadi seorang doktor bedah. Jika guru bertanya kepadaku aku ingin menjadi apa, aku memberitahu kepada guruku bahawa aku ingin menjadi doktor bedah. Namun, rakan sekelasku mentertawakan aku. Mereka seolah-olah fikir orang miskin tidak akan berjaya.

Aku memberitahu kepada ibu dan ayah aku yang aku hendak menjadi doktor bedah. Ibuku menitiskan air mata, tetapi aku tidak tahu apa sebabnya.

Berbalik kepada ceritaku, aku mendapat 7A dalam PT3 dan mendapat tawaran MRSM. Ibu bapaku amat bangga dengan pencapaianku dan sentiasa menyokong aku. Disebabkan aku adalah anak tunggal, mungkin ibubapaku masih lagi boleh menanggung aku.

Sehinggakan SPM, aku mendapat 8A+ dalam subjekku. Aku seperti dalam mimpi. Adakah benar ini pencapaian aku? Aku ini tidaklah rajin mana pun. Tetapi bila di dalam kelas, aku akan mendengar apa yang guru ajar.

*****

Aku mendapat tawaran kerja di luar negara dalam kos perubatan. Aku seperti tidak sangka bahawa cita-citaku menjadi kenyataan. Dan, aku bekerja sebagai doktor bedah dan sikit-sikit keluargaku menjadi keluarga yang senang.

Setelah dua tahun aku bekerja di luar negara, aku dikejutkan dengan kematian ibuku. Ibuku ada penyakit buah pinggang. Aku rasa menyesal. Menyesal kerana tidak menjaga ibuku. Sekarang baru aku tahu mengapa ibuku menangis ketika aku berkata aku ingin menjadi doktor bedah.

Air mataku mengalir. Kenangan bersama ibuku berliar di ruang ingatanku. Aku menitiskan air mata buat ibuku.

Aku tinggal bersama ayahku di rumah banglo dua tingkat. Ayahku kemurungan kehilangan ibuku. Aku turut begitu, namun aku cuba sedaya upaya untuk menceriakan suasana.

*****

Pada 30 Mei, genap umur ayahku 63 tahun. Dan berita duka datang mengejutkan aku pada malam itu juga. Ayahku sudah kembali ke rahmatullah. Aku kehilangan orang tersayang aku buat selama-lamanya.

*****

Aku sudah berjaya. Aku sudah ada apa yang aku hendak. Tetapi aku kehilangan kedua-dua orang yang aku sayang. Tetapi aku tidak marahkan Tuhan. Aku redha dengan ketentuannya. Hari jadiku pada 14 Julai. Aku menangis kerana mengingati kenangan bersama ibu bapaku. Sekarang aku berasa kesunyian. Kenangan itu. Aku rindu kenangan itu.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: