Certot

Kemenangan Tanpa Penipuan

Hasil nukilan Laila Lyana 2 years agoSukan 58

‘Kita mesti menang!’ desis hati ketua-ketua rumah sukan perempuan yang memang kuat bersaing.

Aurora, si ketua Rumah Violet mula mengukir senyuman kejam. Kirana, ketua Rumah Cyan yang murah dengan senyuman manisnya mula menggosok kedua tapak tangan. Cindy pula bermain dengan rambutnya sambil tersenyum-senyum. Flora pula masih terkial-kial mentafsir pemberitahuan itu.

*****

“Latihan akan diadakan setiap petang! Tiada alasan lain!” Aurora mengetuk meja. Kesemua 27 ahli perempuan rumah Violet terlopong. 

“Hah?” Aurora mengangkat kening.

“Kenapa? Ada masalah?” tanyanya sinis. Semua menggeleng lemah.

Memperkenalkan… Aurora Rose! Seorang yang ingin menang dengan adil dan saksama! Dan strategi Aurora kali ini ialah memaksa ahli-ahli menyertai latihan setiap hari! Supaya mereka hadir ke latihan, Aurora mempunyai taktiknya sendiri iaitu memesan makan bufet dari hotel! Yalah, siapa mahu menolak hidangan sedap dengan bauan enak? 

*****

“Supaya kita menang pada tahun ini, kita akan menggunakan strategi yang sama iaitu menjaga kesihatan dan berlatih seperti biasa.” Kirana tersenyum manis. Semua ahli mengangguk, senang dengan kata-kata Kirana.

Setelah semua ahli rumah Cyan keluar, Kirana menepuk tangannya. Muncul tiga orang junior dari belakangnya. Senyuman Kirana pudar.

“Letak julap dalam minuman, letak batu tajam dalam kasut atlet dan gunting pom-pom mereka!”

Ya, Kirana Aaliyah sesuai sebagai salah satu contoh peribahasa ada udang di sebalik batu!

*****

“Yang paling penting ialah kecantikan kita ya! Biar juri-juri melting dan beri markah lebih walaupun kalah,” kata Cindy sambil menepek bedak pada wajahnya. 

Semua ahli saling bertepuk tampar. Tak perlu berpeluh dan berbau masam di bawah terik matahari! Yeay! 

*****

“Apa yang penting, kerjasama! Kerjasama dan sikap toleransi antara satu sama lain penting. Jadi, kita haruslah saling membantu. Jika penat, tolong beritahu dan berehat secukupnya. Kemenangan tidak penting asalkan kita semua sihat dan bertenaga,” kata Flora. Semua ahli terangguk-angguk, setuju dengan kata-kata ketua mereka.

“Kami sokong Flora! Kami sokong Flora!” 

Flora tersenyum dan sedikit menunduk.

*****

Maka… tibalah hari sukan yang dinantikan.

Markah Rumah Rose yang diketuai Flora dan Rumah Violet kini seri. Sementara Rumah Cyan dibatalkan penyertaan kerana tertangkap dalam sabotaj mereka. Rumah Gold pula sudah ketinggalan jauh dibelakang.

Makanya, perlawanan tarik tali tanpa peraturan dimulakan. Ahli yang tidak menyertai sibuk menarik tudung pihak lawan. Walaupun sudah ditegah ketua masing-masing, mereka masih berdegil.

Kaki Flora mula rasa berpeluh dan licin. Juga tangannya. Di saat dia hampir jatuh ke belakang, salah seorang peserta Rumah Violet melepaskan tali secara tiba-tiba.

“Yeay! Go go go Rose!” sorakan ahli Rumah Rose pun kedengaran….

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: