Certot

KEMBARA GIRLS

Hasil nukilan Syahkitty 2 years agoKembara 11

“Tiba-tiba teringat peristiwa lampau. Rindu,” cakap Lylis kepada Nazeeri.

“Betul. Sangat rindu,” balas Nazeeri. 

Mereka semua tersengih sahaja apabila mereka semua bersungguh-sungguh mahu membina kelab Kembara Girls. Kenangan lalu yang tidak mampu dan bisa untuk dilalui lagi.

“Hanary, awak rindu saat kita berlawan dengan ular yang comel itu?” tanya Kylaqi.

“Hish, Kyl. Mengerikan sungguh ular itu, bukan comel,” balas Hanary takut. 

“Yalah, ular itu boleh membawa maut dan sungguh tidak comel!”

“Apa-apa yang telah berlaku sekarang hanyalah kenangan indah. Sekarang tibanya waktu untuk kita pergi. Semoga generasi selepas kita akan mengembangkan kelab ini,” doa Nanazy.

Kini, mereka perlu mengundurkan diri. Tinggalkan kelab itu untuk generasi seterusnya.

‘Aku harap kelab ini akan terus maju.’ Dalam hati ahli-ahli kelab Kembara Girls berharap. Sekarang mereka akan berpecah membawa haluan masing-masing.

“Semoga bertemu lagi, sahabat,” ucap Nanazy kepada teman-teman yang setia.

Sekarang air mata berjurai-jurai turun membasahi pipi kerana mereka pasti saling merindui. Pengembaraan mereka diharap mampu disambung lagi.

“Semoga kita mampu untuk kembara semula ya!” kata Nanazy.

Mungkin kembara mereka akan bersambung lagi!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: