Certot

KEMBARA AISHAH

Hasil nukilan Manis Farhana 2 years agoKembara 8

Aishah ialah seorang yang pemurah, pemalu, dan terlalu merendah diri. Aishah mempunyai adik yang peramah dan berani bernama Aina. Aishah dan Aina adalah kembar yang tinggal di Asrama Puteri. Aishah kerap dibuli oleh Balqis. Balqis ialah seorang yang kaya, manja, dan tidak pernah bersyukur. Aishah tiada kawan kerana dia sering difitnah oleh Balqis, tetapi Aina tetap percaya kepada kakaknya.

Pada suatu hari, Aishah dibuli oleh Balqis. 

“Aku nak kau keluar dari asrama ini!” kata Balqis dengan marah. 

Cikgu Murni ternampak kelakuan Balqis kepada Aishah. Cikgu Murni menjerit dengan kuat. Balqis dan kawan-kawannya pun berlari tanpa ada hala tuju.

Cikgu Murni bertanya kepada Aishah, “Awak okey?” 

“Saya okey, terima kasih,” jawab Aishah. Aishah cuba sembunyikan perkara itu tadi. 

“Ini kali pertama mereka buli awak?” tanya Cikgu Murni sekali lagi.

“Ya,” jawab Aishah.

“Kamu pergi bersikan diri dahulu, ya,” Cikgu Murni memberi arahan kepada Aishah.

Aishah terus bergerak ke biliknya. Apabila tiba sahaja di bilik, Aina bertanya kepada kakaknya, “Kenapa baju kotor, kak?” 

Aishah berdiam diri dan terus masuk ketandas.

 Pada malam itu, Aishah bertanya kepada adiknya, “Aina, jom lari dari asrama.” 

“Kenapa?” tanya  adiknya. 

Aishah mengelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa. Aina tertidur manakala Aishah pula sibuk memikirkan tentang petang tadi.

*****

Keesokan harinya, Aishah mengambil tabungnya dan baju-bajunya dan keluar dari situ. Aina mendapat surat daripada kakaknya yang bertulis, “Akak tunggu di stesen bas. Kalau adik tak sampai sebelum pukul 4.00, akak  pergi dulu.”  

Aina risau  keadaan kakaknya. Dia pun keluar dari situ. Pada pukul 2.15 petang, Aina tiba di stesen bas dan bertemu dengan Aishah di situ. Mereka selamat sampai di Melaka untuk berjumpa ibu dan bapanya dan menerangkan hal sebenar, tetapi ayahnya membuat keputusan menghalau Aishah dari rumahnya. Aishah pun keluar dari rumah itu.

Sudah dua tahun Aishah berjalan tanpa hala tuju. Aina pun sudah berjaya. Semasa Aina dalam perjalanan pulang ke rumah, Aina terjumpa kakaknya. Dia membawa kakaknya pulang ke rumah  kerana ayahnya telah jatuh sakit. Aishah sangat sedih kerana ayahnya meninggal dunia semasa dia pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan sedih, mereka tetap bersatu. 

“Emak, adik janganlah sedih, kita hanya mampu berdoa… yang penting kita harus kuat dan bersatu,” Aishah memberi kata-kata semangat kepada ibu dan adiknya. Mereka pun cuba untuk hidup tanpa ketua keluarga.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: