Certot

Keluarga yang Sihat

Hasil nukilan Nur Hidayah 2 years agoSukan 16

Pada hujung minggu, Amira dan keluarganya sentiasa ke taman untuk bersenam dan bersukan.

Amira sangat aktif dalam bidang sukan.

“Okey, jom kita pergi taman sekarang,” kata Encik Hisyam.

Lalu, Amira dan keluarganya pun berjalan kaki ke taman.

Ia hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja.

Seperti biasa, Amira dan keluarganya akan melakukan regangan dahulu.

Kemudian, mereka akan berjoging sebanyak dua pusingan.

Setelah selesai, Amira dan ahli keluarganya akan berehat sebentar.

“Sekarang, kita nak main apa ni?” soal Rina.

“Kita main badminton nak tak?” soal Arif.

“Boleh juga,” sambung Aiman.

“Amira, marilah main sekali,” panggil Puan Aina.

“Tak apalah ibu. Amira tak pandai main badminton,” kata Amira.

“Tak apa. Mari kakak ajar kamu cara main badminton,” kata Rina.

Amira kemudian belajar cara bermain badminton dengan kakaknya.

“Ooo… senang sahaja rupanya,” kata Amira.

Sejak itu, Amira semakin mahir bermain badminton.

Malahan, dia telah dipilih untuk menjadi pemain badminton sekolah.

Bersenam dan bersukan setiap minggu telah menjadi satu rutin harian buat Amira dan keluarganya supaya badan sihat dan cergas.

Amira dan keluarganya sangat suka bersenam dan bersukan.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: