Certot

Finny the Kitten

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 3 years agoFiksyen 38

“Iiuuuu… kitten!” jerit Mel.

“Jangan nak iiuuuu sangatlah, Mel. Aku dah meluat dengan perangai kau,” marah Tiffany.

Hai! Nama saya Alisya Tiffany binti Jefri dan kawan saya namanya Melin Syakin binti Zarul Hisyam. Saya ini benci sangat kat kucing kerana kucing jijik, berpenyakit, dan hodoh. Tapi itu dahulu. Sekarang, saya sudah tubuhkan satu klinik special for cat! Banyak kucing yang datang dan dirawat oleh saya. 

Tetapi, ada satu kucing jalanan yang dibela oleh saya yang bernama Finny! Dia pakai stokin dan ekornya berbentuk V. Dia warna coklat dan putih. Sangat comel. Tetapi pada suatu hari….

“Tiffany! Awak okey? Finny ada penyakit toxocaralah. Awak perlu buangnya,“kata Melin dengan senyuman. Mungkin kerana perkataan ‘buang Finny’.

“Jangan haraplah! Saya akan rawatnya,” kata Tiffany. Tiffany hanya pergi tanpa menghiraukan Melin.

‘Kurang ajar punya kucing! Habis BFF aku kau rampas!’ marah Melin dalam hati. 

*****

Meow! Meow! Meow! “jerit Finny kelaparan.

“Sabar ya, Fin. Ikan rebus dah nak siap ni,” kata Tiffany dengan lembut. Tiffany hanya tersenyum melihat gelagat comel Finny.

*****

Sebulan kemudian…

Finny kelihatan lemah dan tidak bermaya. Keadaan ini membuatkan Tiffany risau lalu dibawa ke klinik miliknya.

“Kamala, tolong scan penyakit dia,” kata Tiffany.

“Dia perlu masuk wad, doktor. Dia demam dan selsema,” kata Kamala. Tiffany hanya mengangguk lemah.

*****

“Doktor! Finny ada masalah. Keadaannya semakin serius,” kata Afendi. Tiffany pun berlari ke arah wad Finny.

“Lakukan pembedahan sekarang!” jerit Tiffany, tetapi malangnya Finny telah pergi dahulu.

“Finny….,” kata Tiffany sambil mendakap mayat Finny. Melin hanya tersenyum jahat di kaunter klinik itu.

Sebenarnya itu semua angkara Melin. Dia telah memberi Finny ubat mati. Dia tidak mahu Finny wujud di dunia kerana dia benci kawannya lebih sayangkan haiwan daripadanya.

“Doktor, tengok ni,” kata Afendi kepada Tiffany.

“Panggil Melin sekarang!” marah Tiffany. Melin hanya tersenyum semasa memasuki pejabat Tiffany.

” Sudah! Kita bukan BFF lagi! Kau telah bunuh haiwan yang paling aku sayang kat dunia ni! Aku tak nak tengok muka pembunuh ni lagi! Keluar sekarang. Kau DIPECAT!!!“kata Tiffany dengan marah sekali.

Melin terkaku. Dalam hatinya berkata “Cis, aku buat sebab aku sayang kau,Tiffany. Haruskah kau bela kucing busuk tu?” Melin membuat kesian tetapi tidak dihiraukan oleh Tiffany.

“Tunggu apa lagi? Keluar!“marah Tiffany. Melin keluar sambil menjeling ke arah Tiffany.

“Doktor, Finny masih hidup lagi! Saya berikan sedikit antibiotik dan dia masih bernyawa,” kata Afendi keriangan. Tiffany terus memeluk Finny dan Finny pun memeluknya. Air mata kegembiraan berderai-derai keluar dari mata Tiffany.

“Ini bermakna saya boleh jadi BFF kamu dan berkerja di sini lagi?” tiba-tiba Melin mencelah.

“Tak faham eh perkataan dipecat  atau perkataan keluar? Ke-lu-ar sekarang! Nanti kau bunuh kucing yang lain atau kucing aku lagi,” kata Tiffany dalam keadaan marah yang amat sangat. 

Melin sangat marah. Dia pun keluar dari klinik itu.





Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: