Certot

Kekurangan Bukanlah Penghalang

Hasil nukilan Shazarina Aryani 3 years agoSukan 362

             

     Muhammad Adrian seorang remaja yang berumur 14 tahun. Dia merupakan seorang murid yang sangat aktif dalam sukan bola sepak ketika berumur 12 tahun sewaktu di sekolah rendah. Dia juga pernah mewakili sekolahnya dalam sukan bola sepak sehingga ke peringkat negeri.

Namun kini, semuanya berubah setelah dia kehilangan anugerah Tuhan yang telah dikurniakan kepadanya selama ini sehingga dia tidak bisa melihat keindahan alam. Adrian terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia menjadi yatim piatu sekelip dalam mata dan menjadi seseorang yang cacat penglihatan.

Adrian tidak tahu apa yang telah terjadi kepadanya kerana apa yang dilihatnya kini hanyalah kegelapan semata-mata. Kini, dia ditempatkan di rumah anak yatim di Kota Damansara.

“Assalamualaikum. Kamu ini Adrian, ya?” Adrian terdengar suara yang menegurnya. Dia menoleh ke arah sebelah kanannya. Walaupun Adrian seorang yang buta, dia tetap boleh mendengar dengan jelas.

“Ya, saya Adrian. Boleh saya tahu kamu siapa? Dan di mana saya?” soal Adrian kepada orang yang menegurnya tadi.

“Saya Shafiq. Salah seorang penghuni rumah anak yatim ini. Kamu sekarang di dalam asrama. Saya diberitahu oleh puan Mastura iaitu pemilik rumah anak yatim ini untuk menjaga dan menemani kamu. Memandangkan kamu budak baru di sini,” jawab Shafiq dengan jelas.

“Selamat berkenalan. Saya harap awak tak berasa malu berkawan dengan orang OKU seperti saya ini,” jawab Adrian sambil menghulurkan tangannya untuk berkenalan dengan Shafiq.

*****

Setelah dua bulan Adrian tinggal di rumah anak yatim itu,dia tidak pernah dihina tentang kecacatannya itu. Malahan, kesemua Penghuni rumah anak yatim itu baik-baik belaka.

“Anak-anak, bermula pada minggu hadapan kita akan pergi ke kompleks sukan pada setiap minggu. Kamu semua boleh memilih satu sukan setiap orang untuk berlatih di sana. Setiap orang daripada kamu yang mempunyai bakat dalam sukan yang kamu pilih nanti berpeluang untuk masuk ke kejohanan sukan,” Puan Mastura berucap di hadapan penghuni rumah anak yatim itu dengan lembut.

*****

“Adrian, kau nak ikut sukan apa nanti?” soal Shafiq kepada Adrian yang sedang duduk di birai katilnya.

“Kalau boleh aku nak ikut bola sepak. Tapi, aku buta,” jawab Adrian.

“Siapa kata orang buta tak boleh main bola sepak? Kau tahu, sekarang ada permainan Blind Football tahu. Orang yang tak buta pun boleh main,” terang Shafiq.

“Sukan apa tu? Tak pernah dengar pun?” soal Adrian. Dia terfikir-fikir bagaimana orang yang buta sepertinya boleh bermain bola sepak?

“Permainan ni pakai deria pendengaran. Jadi, orang buta pon boleh main. Lagipun setiap pemain akan ditutup matanya pakai kain hitam. Di bolanya pula ada loceng. Jadi, kita boleh tahu kedudukan bola tu dengan hanya menggunakan deria pendengaran,” jelas Shafiq lagi. Sebenarnya dia mendapat tahu tentang sukan itu dalam surat khabar.

“Aku nak joinlah. Macam best. Kau nak ikut juga ke?”

Adrian terus bersetuju untuk mengikuti sukan itu.

“Mestilah nak. Aku nak juga cuba permainan yang lain daripada lain,” jawab Shafiq dengan bersemangat.

*****

 

Menjelang hujung minggu, Puan Mastura membawa kesemua penghuni rumah anak yatim Kota Damansara ke Kompleks sukan yang terletak di pusat bandaraya.

Adrian dan Shafiq diberi kebenaran berjumpa dengan jurulatih permainan Blind Football untuk mengajarkan mereka cara-cara dan peraturan permainan itu.

“Setiap orang yang ingin bermain akan dipakaikan penutup mata dan baju keselamatan. Tidak kira kamu buta ataupun tidak .Penutup mata wajib dipakai oleh setiap pemain. Kedudukan bola bergantung kepada bunyi loceng yang ada pada bola tersebut,” jelas jurulatih itu dengan teliti. Keterangannya mirip dengan penerangan Shafiq sebelum ini.

“Bagaimana pula dengan tiang gol? Macam mana kami hendak mengesan di mana kedudukan tiang gol?” soal Adrian bertubi-tubi. Dia tidak sabar hendak bermain.

“Kamu boleh tahu di mana tiang gol dengan menyentuh permukaan lantai. Kamu boleh rasa ada garisan di situ. Jika kamu biasa bermain bola sepak sebelum ini, kamu boleh tahu kedudukan tiang gol kerana gelanggang sukan Blind Football ini sama dengan bola sepak,” jelas jurulatih itu lagi.

Adrian bermain Blind Foootball dengan baik sekali. Walaupun dia tidak dapat melihat gelanggang tempatnya bermain, dia cepat membiasakan diri. Maklumlah, dia sudah lama menjadi OKU. Lagipun pada suatu masa dahulu, dia memang aktif bermain bola sepak. Jadi, tiada masalah baginya untuk membiasakan diri bermain permainan itu.

Berbeza pula dengan Shafiq. Dia langsung tidak dengan menyentuh bola kerana badannya masih teragak-agak untuk bergerak dengan bebas dalam keadaan gelap seperti itu.

*****

Setelah berbulan-bulan bermain sukan Blind Football, Adrian telah terpilih menjadi pemain tetap Blind Football. Adrian berasa sangat bersyukur dengan pencapaiannya itu. Dia seakan-seakan tidak percaya yang kecacatannya itu tidak menghalangnya untuk bersukan seperti dulu.

Kini, Adrian tidak lagi menjadikan kecacatannya itu sebagai penghalang untuk dia menjadi seorang yang berjaya pada suatu hari nanti.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: