Certot

Kejutan Hari Lahir Raisya

Hasil nukilan sabrina 1 year agoFiksyen

Raisya seorang anak yang baik dan cerdik. Dia mempunyai seorang kakak bernama Asyikin. Mereka adik beradik yang sangat rapat. Ibu bapa mereka juga sayang dan bersyukur mempunyai anak-anak yang baik. 

Raisya datang dari keluarga yang miskin. Ibunya menjual kuih setiap hari, manakala ayahnya seorang penarik beca. Raisya tidak pernah mengeluh tentang nasib keluarganya. Dia gembira mempunyai keluarga bahagia. 

Raisya murid darjah enam dan beberapa bulan lagi dia akan menduduki ujian peperiksaan sekolah rendah (UPSR). Kakaknya sudah tamat belajar dan hanya menunggu keputusan sijil pelajaran malaysia (SPM). Kakaknya sangat pandai. Kakaknya juga antara pelajar yang cemerlang.

*****

Beberapa minggu kemudian, keputusan SPM kakak raisya pun keluar. Asyikin mendapat 10 A+. Ibu bapanya amat gembira atas kejayaannya. Raisya juga tumpang gembira kerana kakaknya mendapat keputusan cemerlang. Dia ingin mengikut jejak langkah kakaknya. 

Suatu hari, Raisya dan kakanya demam panas. Ibu bapa mereka membawa mereka ke hospital. Rupa-rupanya mereka menghidap demam denggi. Raisya pula akan memduduki UPSR beberapa hari lagi. Walaupun demam, Raisya tetap menguatkan semangat. Raisya menduduki UPSR dengan tenang.

Beberapa bulan telah berlalu, Raisya sihat seperti sediakala. Tetapi kakaknya sakit semakin tenat. Menurut doktor, kakaknya menghidap demam denggi berdarah. 

*****

Semasa ibu bapa raisya mengambil keputusan UPSR, pihak hospital menelefon bapanya dan menyatakan bahawa kakaknya sudah menghadap ilahi. Jantung Raisya seperti hendak tercabut apabila mengetahui hal itu. 

Raisya  mendapat 5 A. Semua rakannya terkejut kerana Raisya mengambil ujian dalam keadaan tidak sihat. Mereka mengucapkan tahniah kepadanya. Namun, raisya masih sedih kerana kehilangan insan yang amat bermakna dalam hidupnya iaitu kakak kandungnya sendiri.

******

Setahun berlalu.

Raisya kini masuk ke alam persekolahan yang baru. Ayahnya yang menghantarnya ke sekolah semasa hari pertama persekolahannya. Ibunya sakit. Sejak kematian kakaknya, ibunya sentiasa bermuram, tidak makan, dan sering termenung. 

Raisya tahu mengapa ibunya berlaku sedemikian mestilah kerana kehilangan anak perempuannya yang dikandung selama sembilan bulan. Dibawa ke sana sini dan melahirkannya dengan perit sekali. Raisya sedih dan takut apa-apa berlaku pada ibunya. 

Suatu hari, semasa raisya belajar seperti biasa di dalam kelas 1 Arif, ayahnya datang dan meminta izin guru membawanya pulang. Ayahnya mendapat keizinan dan membawa raisya pulang. Mereka terus ke hospital. 

Raisya bertanya kepada ayahnya, namun tidak dijawap. Rupa-rupanya ibunya sakit tenat. Raisya pelik kerana ibunya sakit secara tiba-tiba. Ibu sakit apa agaknya. 

*****

Sesampai di hospital, Raisya lihat ibunya baring diatas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri. Raisya ingat ibunya sakit disebabkan kemurungan. Tiba-tiba bunyi orang memyanyikan lagu selamat hari lahir. Rupa-rupanya mereka membuat kejutan hari lahir. Sekarang baru raisya faham bahawa ibunya demam panas, namun sudah beransur pulih. Raisya gembira mempunyai keluarga bahagia

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: