Certot

KEINGINAN BERSUKAN

Hasil nukilan NOR ATIKAH 2 years agoSukan 19

Namaku Azyan Najihah. Orang memanggilku Azyan. Kawan-kawan selalu mengejekku rimau kerana aku ini garang orangnya. Kini aku berumur 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Maharani.

Hari ini merupakan hari perjumpaan bersama-sama kawan sekelasku. Aku dan kawan-kawanku mengadakan kelas tambahan selepas tamat persekolahan.

Tiga minit kemudian….

“Assalamualaikum, kelas. Cikgu ingin menyampaikan bahawa kelas kamu akan ada beberapa pelajar perempuan yang akan terpilih untuk memasuki perlawanan sukan yang akan diadakan nanti,” ucap Cikgu Halimah.

Selesai sahaja Cikgu Halimah memberitahu kepada kami semua. Aku berharap sangat terpilih untuk melibatkan diri.

*****

Kring!  Kring!

Tamat kelas.

Sewaktu dalam perjalanan pulang, tiba-tiba ada sebuah kereta dipandu dengan laju. Tidak aku sangka kereta tersebut melanggarku, sehingga aku tercampak jauh. Aku pengsan di tempat kejadian.

*****

“Ibu! Ibu! Saya dekat mana sekarang? Apa yang berlaku dekat saya. Kenapa kaki saya sakit sangat ni?” tanyaku kepada ibu yang sedang menenangkan aku.   

“Sabar anakku. Kamu sekarang ada di hospital. Kamu kemalangan sewaktu pulang dari sekolah. Orang yang melanggar kamu telah ditahan oleh pihak polis. Kaki kamu cuma patah dan agak lama untuk pulih,” terang ibu sambil memelukku.

Aku berasa sangat sedih kerana tidak dapat melibatkan diri dalam perlawanan itu nanti. 

*****

Seminggu berlalu.

Keadaan kakiku belum pulih lagi. Hari perlawanan sudah dekat. Cikgu halimah tidak lama lagi akan memilih pelajar. Aku berharap sangat dapat masuk.

Keesokannya, aku ke sekolah seperti biasa. Ibu menghantarku betul-betul di depan pintu kelas.  Ramai kawanku datang ke arah aku dan bertanyakan khabarku.

“Kau macam mana, Azyan? Kaki kau sudah okey ke belum? Aku nak beritahu ni cikgu Halimah sudah memilih pelajar,” ujar Atirah kawan baiknya.

“Aku sudah okey sikit. Tak lama lagi kaki aku akan pulih. Cepatnya cikgu Atirah pilih. Aku baru teringin mahu join,” terangku dengan nada yang sedih. 

Aku memulakan pelajaran seperti biasa. Ibu selalu memesan kepadaku.

‘Pelajaran amat penting selain sukan. Masa depan itu juga penting. Mungkin peluang kita masih jauh kalau kita tidak berusaha.’

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: