Certot

Keajaiban

Hasil nukilan Nur Hasanah BakhtierEffandyabout 3 years agoFiksyen 28

“Assalamualaikum, abang kenal saya? “

Terpinga-pinga muka seorang lelaki dewasa berumur 40-an itu.

“Omar?”

“Omar Lim ya?” jawab lelaki itu.

Sejurus Omar menjawab, “Ya, saya.” 

Terus dipeluk pemuda yang bernama Omar itu. Pertemuan yang tidak dijangka itu membuatkan hati yang kembali bersatu setelah bertahun-tahun lamanya terpisah itu menjadi sebak.

“Allah ingin menunjukkan kekuasaannya,” kata Omar.

Mana tidaknya kali terakhir mereka berjumpa adalah sewaktu mereka masih menuntut di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Omar merupakan junior kepada lelaki itu. 

“Siapalah yang akan lupa tentang kamu?” kata lelaki itu.

Omar merupakan seorang pelajar yang hebat. Dia mempunyai sijil tertinggi dari Microsoft Office. Dia juga sungguh mahir berbahasa Melayu, Arab, dan Inggeris. Kiranya seperti pelajar serba boleh.

“Abang sungguh kagum dengan kekuasaan Tuhan. Kamu tahu Omar, abang memang tidak ada simpan nombor telefon kamu. Tapi, abang tidak pernah lupa tentang kamu. Abang selalu bercerita tentang kamu kepada anak-anak abang. Sungguh tidak sangka sekarang ini anak kamu merupakan pelajar universiti ,tetapi anak  abang yang paling sulung pun baru berumur 15 tahun,” kata lelaki itu dengan sungguh gembira.

Inilah yang dikatakan ukhuwah. Jika kita niat berkawan dengan seseorang itu kerana Allah, walaupun laut yang tiada penghujung menjadi jarak pemisah. Tetapi jika Allah berkehendak, pasti kita akan bertemu juga dengannya.

Ini sahaja yang boleh saya kongsikan dengan anda sekalian. Semoga ini menjadi inspirasi untuk kita sedar siapakah kekasih kita yang abadi.

“Tepuk dada, tanya diri sendiri.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: