Certot

Kawan baik vs Kawan jahat

Hasil nukilan Akma 2 years agoFiksyen 17

   Alisya berasa sedih akan kejadian semalam yang menimpanya. Aina tidak sukakan dia kerana dia telah menghilangkan pen kesayangannya. Alisya berasa sedih. Namun, dia ada buku catatan hariannya. Dia meluahkan segala isi hatinya dalam diari.

Pada esok hari, Alisya pergi ke sekolah dengan membawa diarinya di dalam beg. Tujuan dia membawa diari itu ke sekolah agar diarinya tidak dibaca oleh ibu bapanya.

Sewaktu pembelajaran bahasa arab, Alisya ditentukan oleh cikgunya untuk masuk ke kelas Bougainvilla. Segelintir murid kelas Alisya masuk juga kelas Bougainvillea. Alisya pun terus membawa buku bahasa arabnya ke kelas Bougainvillea.

Tanpa disedarinya, Alia, budak kelas Bougainvillea pergi ke meja Alisya. Sewaktu belajar, Alia ternampak buku diari Alisya. Alia dengan tanpa rasa bersalah membaca buku diari Alisya.

Apabila, Alisya ke kelas Hibiscus, semua orang seperti memandang-mandang Alisya. Rupa-rupanya Alia memberitahu semua orang bahawa Alisya menyukai seseorang.

Alisya berasa malu. Sejak hari itu, Alisya tidak bercakap dengan Alia. Alisya tiak sangka kawan yang selalu menemani dia selalu, kini menjadi musuhnya. Alia tidak berfikir sebelum membaca diari orang itu. Itu adalah privasi Alisya. Dia tidak sepatutnya membaca privasi orang lain.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: