Certot

Kawan Baik

Hasil nukilan Zureen 2 years agoFiksyen

“Awak!” Syazira ingin teriak, tetapi katanya dipotong.

“Awak. Apa?” Zana sudah naik angin.

Aku memang dilahirkan di keluarga bangsawan, tetapi aku tidak sombong. Nama? Oh, aku hampir terlupa. Aku Emira. Panggil Emi sahaja.

Aku memerhatikan dua orang itu iaitu Syazarina dan Zana. Mereka tidak tahu aku ini anak orang kaya kerana aku pelajar baru. Aku ingin menenangkan mereka berdua.

“Sudah. Jangan bergaduh.”

“Tetapi, dia ini tidak sedar diri tumpahkan air milo di atas baju kurung saya!”

“Dia pula! Zana ini langgar sahaja dan jatuhkan buku saya! Kemek dan kotor buku saya terkena milo! Itulah saya terjatuh!”

“Sudah. Jangan bergaduh. Baik baik, ya?” Aku cuba memujuk mereka. Mereka kembali ke meja mereka.

*****

Waktu rehat.

“Err….”  Aku tidak tahu ada orang di belakang aku.

“Hai, terima kasih kerana leraikan pergaduhan saya dengan orang tidak sedar diri itu. Baju saya juga sudah kering. Saya Zana, tidak salah awak ialah Emira.”

“Ya, saya Emira. Boleh panggil Emi.” Aku bersalaman dengan Zana.

“Awak anak Tengku  Haizi?”

“Ya.”

“Oh! Itu kawan rapat ayah saya sewaktu kecil dahulu!”

“Yakah? Patutlah setiap malam ayah saya tengok gambar masa kecil dia!”

“Emi….”

“Ya?”

“Jangan berkawan dengan orang tidak sedar diri itu iaitu Syazarina.”

“Hmm….”

“Okey, bye….”

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Malu Zana.

Tiba-tiba Syazarina mendekati aku.

“Emi, bukan?”

“Ya. Awak mesti Syazarina.”

“Ya. Terima kasih ya kerana leraikan pergaduhan saya!”

“Tidak mengapa.”

“Jangan berkawan dengan Zana, ya!”

“Hmm….”

*****

Suatu hari, Syazarina dan Zana ingin berborak dengan aku. Tetapi, mereka pada masa yang sama ke tempat aku.

“Zana, maaf. Ini adalah baju kurung baru.”

“Syazarina. Maaf… Ini milo dan buku awak.”

Serentak  mereka meminta maaf.

“Terima kasih kepada Emi!” Mereka memeluk aku dan kami menjadi kawan baik.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: