Certot

Kaum Kanibal dan Pulau Asli

Hasil nukilan 6A Guys 2 years agoFiksyen 3

Tiga orang pelancong dari Malaysia, Raju, Ah Meng, dan Saiful menaiki kapal terbang yang sedang terbang ke Eropah. Tiba di pertengahan jalan, enjin kapal terbang itu meletup. Lalu mereka pun diarahkan mengambil payung terjun dan terjun dari kapal terbang tersebut. Terjunlah mereka sekali gus dan selamatlah mereka mendarat di sebuah pulau tidak bernama.

Sebaik sahaja mereka mendarat, berpusing-pusinglah mereka bertiga di pulau tersebut sehinggalah mereka ditangkap oleh sekumpulan orang kanibal. Diikatlah mereka dan dibawa menghadap Tok Batin kaum kanibal tersebut yang bernama Tok Umbai.

“Kamu semua kenapa datang ke sini?” tanya Tok Umbai.

“Kami naik kapal terbang, kapal terbang BOOM jatuh, kami pun sampai kat sini,” jawab Ah Meng.

“Takkan kami mahu mendarat dalam air pula, Tok Batin?” tambah Raju lagi. Saiful hanya mengangguk-angguk mengiakan jawapan mereka.

“Okey, tidak mengapa. Begini, kamu pergilah ke dalam hutan sana, carilah apa-apa buah yang kamu paling suka sekali. Tiap-tiap kamu akan berpecah dan pengawal aku akan temani kamu. Bila kamu pulang nanti, aku akan bagi kamu arahan seterusnya. Jika kamu berjaya, aku akan bebaskan kamu dan berikan kamu satu bot untuk pulang ke tanah besar. Jika gagal, kamu akan jadi lauk makan malam kami malam ini,” perintah Tok Umbai.

Bergegaslah mereka bertiga berpecah mencari buah-buahan yang paling mereka gemari ditemani oleh pengawal Kaum Kanibal tersebut. Orang yang pertama sekali pulang ialah Ah Meng. Dia membawa setangkai buah anggur.

Selang beberapa saat kemudian, Raju kembali membawa setangkai langsat. Tok Umbai menunggu kepulangan Saiful. Mungkin kerana bosan menunggu, Tok Umbai pun meneruskan upacaranya.

“Okey, Raju dan Ah Meng. Aku mahu kamu masukkan buah-buah yang kamu pilih itu ke dalam seluar kamu.”

Raju dan Ah Meng terus bersusah payah mencuba dan mencuba, tetapi gagal memasukkan kesemuanya. Tok Batin pun tersenyum riang mengenangkan hidangan makan malam itu. 

“Kamu gagal! Pergi masuk dalam kuali besar itu!”

Ah Meng dan Raju pun dengan berat hatinya melangkah masuk ke dalam kuali yang sudah tersedia rempah ratus dan bunga cengkih. 

“Habislah kita jadi lauk malam ini, Meng!” kata Raju. 

“Nasib kitalah. Tok Batin yang berkuasa di sini, kalau kita tak ikut, mati juga,” jawab Ah Meng. 

Tatkala mereka berendam di dalam kawah suam tersebut, kelihatan ada dua orang yang sedang menuju ke situ.

Tiba-tiba Raju tergelak besar.

“Kenapa, Raju?” tanya Ah Meng. 

“Saiful bawak balik durian!”

Ah Meng pun tergelak besar, seluruh kaum kanibal pun tergelak besar.

Tok Batin pun tidak mampu berkata apa-apa lagi, terus menghadiahkan sebiji bot kepada Saiful.

Saiful pun terus belayar kembali ke Malaysia meninggalkan Ah Meng dan Raju yang terpinga-pinga.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: