Certot

Kau Supermom Aku

Hasil nukilan Nana Hanis 1 year agoSuperhero

P/S: Sebelum baca sila sediakan tisu banyak-banyak, ya.

“Ah! Lecehlah!” keluh seorang gadis dingin.

Dia memandang ke arah jari telujuknya. Ya, benar. Dia terluka. Lantas dia pergi ke arah peti kecemasan. Dia mendapatkan sekeping pembalut luka dan membalut lukanya. Matanya mula berkaca. Rasa sakit yang dirasai akibat terluka di jari tidak sesakit hatinya yang terluka. Jika boleh, mahu sahaja dia membalut luka itu seperti sekarang. 

“Sakitnya.” Gadis itu mengerang kesakitan. Dia memandang ke arah kerja dapurnya yang tergendala sebentar tadi.

“Ah… banyaknya kerja. Tidak mengapalah. Aku akan rehat dahulu. Nanti aku sambung,” kata gadis itu kepada dirinya. 

Dia duduk di atas sofa yang empuk. Dia memandang ke arah diarinya. Pantas tangan panjangnya mengambil diari itu.

Hello diari….

Hari ini aku rasa sedih sangat. Pedih dan sakit. Satu pakej yang lengkap. Apalah nasib, mama bukannya ada masa untukku. Hanya aku yang membuat semua perkara. Makanan aku? Aku yang masak. Pakaian ku? Aku yang sediakan. Bukan niatku untuk mengeluh. Namun, aku begitu penat dengan semua ini. Aku selalu bersendirian. Kadangkala aku berasa iri hati melihat rakanku bersama ibu mereka. Ah mama… adakah mama sudah tidak sayangkan Afira? Mama… Fira rindu mama….

Yang benar,

Nur Alisya Afira.

Fira menutup diarinya. Dia mengeluh lagi. Hidupnya memang bosan!

*****

TOK! TOK! TOK!

Pintu utama diketuk. Dengan segera, Fira pergi ke arah pintu itu. Pintu dikuak. Fira dapat melihat dengan jelas muka seorang insan yang penat bekerja tersenyum manis ke arahnya. Dia melihat ke arah jam tangannya. Apa? Pukul 10? Ini satu rekod!

“Awal mama balik hari ini?” kata Fira sambil tersenyum. Namun, jelas terlihat. Senyuman itu ialah senyuman plastik. 

“Fira… kamu okey?” soal Puan Aalia.

“Fira okey. Mama tidak perlu risaukan Fira. Mama risaukan kerja mama itu sahaja,” kata Fira dengan nada sinis.

“Apa yang sudah jadi dengan tangan Fira?” Puan Aalia kelihatan cemas. Pantang anak tunggalnya terluka.

“Mama! Fira okey! Mama cuma perlu risaukan pekerjaan mama sahaja! Fira tahu Fira tidak penting dalam hidup mama. Mama sudah berubah sejak arwah papa pergi! Fira benci dengan keadaan mama sekarang. Fira benci!” kata Fira lalu naik ke atas. Pintu dihempas kuat. Fira tahu. Malam ini akan ditemani dengan tangisan mereka berdua.

********

6.00 pagi.

Hari ini hari Sabtu dan semestinya ianya hari untuk bercuti. Tidak seperti budak-budak lain, Fira memilih untuk bangun awal seperti biasa. Kemudian, dia akan mengulangkaji pelajaran. Seperti pepatah Inggeris yang bertulis practice makes perfect yang bermaksud jika kita berusaha dengan lebih lagi dari biasa, hasilnya akan lebih lumayan. 

Sesudah menunaikan solat subuh, dia pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sarapan pada pagi sudah siap dihidang. Di peti sejuk, mamanya meninggalkan sepucuk nota yang bertulis….

Morning honey. I’m sure it’s 6.00 o’clock like every morning. I make a really special breakfast for you. Sorry, I have to go to the office because I have some work to do. 

Fira tersenyum. Tidak sangka sesibuk mana ibunya, beliau masih sempat untuk menyediakan sarapan untuk dirinya.

******

“Hello?”

“Hello. Af, mahu pergi shopping?” Mama aku hantar.”

“Erm… shopping eh? Boleh, tetapi….”

“Tetapi?”

“Kau kena datang ambil dan hantar aku pulang. Boleh?”

“No problem. Pak Mad ada.”

“Okay. Bye Mira.”

“Bye Af, tetapi….”

Telefon dimatikan. Hanya suara Amira yang tersekat di hujung panggilan. Fira tersenyum. Sekurang-kurangnya, dia ada perkara untuk dilakukan pada hari cuti begini. Tidaklah dia berkurung sahaja di dalam rumah.

“Mama belum tahu. Tidak apalah, bukannya dia kisah. Sibuk dengan kerja sahaja,” kata Fira sinis. Marah betul dia dengan ibunya.

******

Selepas beberapa jam berada di pasar raya, mereka pun pulang. Ketika mereka melintas jalan, tiba-tiba….

BAM!

Sebuah kereta BMW melanggar Fira. Fira terbaring tidak bermaya. Darah memancut keluar dari kepalanya. Pemandu kereta itu segera keluar mendapatkan Fira. Dia memanggil Amira untuk membantunya memapah Fira masuk ke dalam keretanya. 

*****

Darah. Darah. Darah. Semuanya berdarah. Amira menangis teresak-esak melihat kawannya terkulai lemah tidak bermaya. Pemandu itu melihat ke arah Fira dan Amira menggunakan cermin pandang belakangnya. Dia berasa serba salah. Meskipun dia tidak berniat untuk melanggar gadis itu dan dia langsung tidak perasan bahawa gadis itu melintas di hadapan keretanya. 

Bau hanyir darah meracuni di setiap pelusuk hidung sang pembau. Namun, mereka tidak kosah, yang penting sekarang ialah nyawa Fira. Fira sekarang seperti nyawa-nyawa ikan. Bila-bila sahaja dari sekarang nyawanya boleh melayang. Semoga Allah memanjangkan umur Fira.

******

“Doktor! Nurse! Kecemasan! Cepat bawa dia ke bilik rawatan!” Kata Amira, cemas. 

Doktor-doktor dan jururawat-jururawat di situ bergegas sebaik sahaja mendengar jeritan Amira. Mereka membawa Fira ke bilik rawatan dengan kadar segera. Amira dan lelaki tadi menolak Fira sehingga hampir dengan bilik itu. Jika ikutkan hati, mahu sahaja Amira menyerbu masuk ke dalam. Namun, langkahnya diberhentikan oleh seorang doktor.

“Maafkan saya, cik. Cik tidak boleh masuk ke dalam,” kata doktor itu lalu masuk ke dalam bilik rawatan.

******

Dia berdiri. Dia duduk. Dia berjalan ke hulur ke hilir. Kemudian, dia duduk kembali. Amira menjadi tidak sedap hati. Dia hanya harapkan seseorang sekarang. Siapa lagi jika bukan Puan Aalia. Harap beliau dapat menerima berita sedih lagi sadis ini.

“Amira!” jerit Puan Aalia.

Amira berpaling. Air matanya mencurah laju. Dia berlari ke arah Puan Aalia lalu memeluknya. 

“Mama, Mira minta maaf. Maafkan Mira sebab tidak beritahu mama bahawa Mira dan Fira pergi keluar ke tempat membeli-belah. Sekarang, Fira… dia….” Kata-kata Amira tersekat. Dia memeluk Puan Aalia lebih erat. 

“Mira… sayang, apa sudah jadi dengan Fira? Tenang… tarik nafas, Mira. Jelaskan pada mama apa yang jadi dari a sampai z,” pujuk Puan Aalia.

******

“Ya Allah!” Puan Aalia terkesima mendengar penjelasan Amira. Air matanya mencurah laju. Dia memeluk Amira erat. 

“Mama… maafkan Mira. Maafkan kami.” Amira menundukkan mukanya. Malu. Sungguh dia malu untuk berhadapan dengan wajah seorang insan yang sangat menyayangi Afira. 

*****

Tiga bulan selepas itu.

“Assalamualaikum warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah,” Puan Aalia memberi salam sesudah menunaikan solat fardhu Asar. Dengan segera, dia mengangkat tangannya. Berdoa kepada Allah. Semoga Allah memanjangkan umur anaknya.

“Ya Allah ya Tuhanku. Aku bersaksi tiada Tuhan selain-Mu. Ya Allah… sembuhkanlah anakku. Berilah aku peluang untuk menatap wajahnya tersenyum mesra lagi. Tolonglah ya Allah. Ampunkan dosa kami ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.” 

Air matanya menitis. Rasa sedihnya tidak dapat dibendung lagi. Namun, dikuatkan hatinya dengan istighfar. Sepasang mata memerhatikannya dari jauh. Raut wajah sang ibu yang suci murni itu dipandang. Rasa bersalah menenggelami hatinya. Dia tidak mampu untuk menyampaikan berita sedih ini. 

“Mama, bertahanlah mama…,” kata Amira.

Dia melangkah masuk ke dalam surau kecil itu. Dia bergegas ke arah Puan Aalia sambil ditemani air mata yang turun mencurah-curah. Sesampainya di situ, dia duduk di hadapan Puan Aalia.

“Mama, tabah ya.” Kata-kata Amira tersekat. Bukan senang dia mahu menyampaikan berita begini. Lagi-lagi di hadapan insan yang dia sayangi. 

“Mengapa sayang? Fira sudah sedar dari koma?” soal Puan Aalia sambil menyapu titisan air yang jatuh dari mata Amira.

“Afira… dia… dia sudah pergi.” Air mata Amira mencurah lagi. 

Puan Aalia terkesima. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Selama hampir tiga bulan dia menunggu sang puteri tercinta, kini dia sudah pergi selamanya. Dia kehilangan semua ahli keluarganya. Dahulu suami, kini anaknya. Semua pergi meninggalkan dirinya. Hanya tinggal dia seorang, menunggu masa untuk pergi bersama.

“Innalillahwainairajiun…,” kata Puan Aalia yang masih terkejut.

***************

Lima bulan selepas kematian Afira.

“Mama, sebenarnya Afira ada menulis sepucuk surat untuk mama,” kata Amira sambil menyerahkan sepucuk surat berwarna kuning cair. Puan Aalia memandang surat itu. Perlahan-lahan dia membuka surat itu. Di surat itu tertulis…

Kepada Mama tercinta@Puan Aalia,

Mama, pada saat ini mungkin Fira sudah tiada lagi di samping mama. Ah! Mengarut sahaja Fira ini, bukan? Tetapi, Fira memang rasa lain dari yang lain. Seperti tidak lama lagi Fira bakal meninggalkan mama buat selamanya. Ish! Sudahlah. Naik seram pula Fira apabila teringatkannya. Mama, maafkan Fira jika Fira ada sakitkan hati mama, lukakan hati mama, kecewakan mama, sama ada sengaja atau tidak sengaja. Ketahuilah ia hanya untuk bergurau sahaja. Mama jangan ambil hati, ya.

Fira fikir, tiada apa lagi yang Fira harus katakan lagi. Sayang mama selamanya! Mamalah supermom Fira

Salam sayang,

Nur Alisya Afira.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: